Saturday 29 September 2012

AAKJ.COM: BAJET 2013 !! TEKS UCAPAN PENUH PM

AAKJ.COM: BAJET 2013 !! TEKS UCAPAN PENUH PM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, Jumaat.
Tu...

Bayangkan Betapa Hebatnya Kerajaan Malaysia...

Hari ini Kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu antara RM250 dan RM500 yang merupakan antara bajet yang ditunggu-tunggu oleh rakyat golongan bawahan yang kurang berkemampuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 manakala RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan pemberian BR1M sebanyak RM250 kepada rakyat yang masih bujang akan diberikan bermula awal tahun hadapan.
Katanya, "Rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250."
Bayangkan betapa hebatnya kerajaan Malaysia...

Sumber : http://penadaritanahmelayu.blogspot.com/

Saturday 22 September 2012

Ngeh Koo Ham Terlanjur???Tidak Boleh Dimaafkan...

Bahang kemarahan sebahagian umat Islam mungkin sudah sedikit reda selepas Ngeh Koo Ham meminta maaf atas keterlanjurannya, namun hakikatnya ia tidak bermakna Pengerusi DAP Perak itu sudah boleh menarik lafaz lega.
Klik di sini  http://penadaritanahmelayu.blogspot.com/2012/09/jangan-lepaskan-koo-ham-dari-tindakan.html

Friday 21 September 2012

PENA DARI TANAH MELAYU: GEMPAR!! YB DAP SEKINCHAN KENE SAWAN BABI?

PENA DARI TANAH MELAYU: GEMPAR!! YB DAP SEKINCHAN KENE SAWAN BABI?: Inilah yang dikatakan pemimpin yang prihatin kepada masalah rakyat biarpun rakyatnya itu selalu mencari salahnya dan sentiasa mencaci mak...

Kemenangan Besar Aspirasi Mahasiswa Di UiTM

Aspirasi Mahasiswa yang pro-establishment telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).
Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.

Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa di UiTM mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu yang turut menyapu bersih kesemua kerusi perwakilan.
UiTM mencatat sejarah sebagai satu-satunya universiti awam di negara ini yang belum pernah menyaksikan kumpulan pro pembangkang mencapai kemenangan.

Namun sebanyak 15IPTA lgi iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang akan mengadakan pilihan raya kampus pada Selasa depan iaitu pada tarikh 25 September 2012.

Monday 17 September 2012

Ng Swee Lim Buat Kecoh,Noh Omar Jemput Makan...




Ng Swee Lim bersama kira-kira 100 orang penyokong yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Industri Sarang Burung Walit dari seluruh negeri menyerahkan memorandum kepada Dato Seri Noh Omar di majlis sambutan Hari Raya diperkarangan Pejabat Umno Bahagian Tanjung Karang. Memorandum bantahan tersebut dilakukan oleh persatuan penternak burung walit bagi menunjukkan bantahan terhadap proses menandatangani surat persetujuan diantara Republik China dan Malaysia.


Antara kandungan yang terdapat dalam memorandum tersebut ialah mereka mendakwa bahawa pihak kementerian mengenakan syarat memaksa agar setiap penternak memasang Radio Frequency Identification (RFID) adalah untuk mengaut keuntungan sendiri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menjawab segala persoalan yang terkandung dalam memorandum yang sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang berhubung isu penternakan sarang burung walit. Dato Seri Noh menjawab persoalan yang dibuat oleh pihak pembangkang itu selepas memorandum tersebut dibacakan oleh Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Sarang Burung Walit Malaysia, Lim Lai Soon.

"Saya telah berbincang dengan pihak negara Cina bahawa kita tidak mahu RFID dan ia telah dipersetujui, tetapi kenapa isu ini masih dipersoalkan?.Telah berulang kali saya beritahu bahawa RFID hanya dilakukan oleh pengeksport, penternak rumah burung walit hanya perlu mendaftar kan rumah tersebut dengan pusat vaterinar.
"Anda (penternak) tidak faham mengenai isu ini, sebab itu anda timbulkan isu yang sudah mendapat kata putus dari kabinet," katanya ketika menjawab salah satu memorandum yang dibuat oleh persatuan tersebut.

Beliau turut menjawab mengenai persetujuan yang akan ditandatangani dengan negara Cina pada 20 September ini.
"Persetujuan ini perlu bagi mengelakkan harga sarang burung walit terus merundum. Dahulu, harga mencecah RM6, 000 dan kini jatuh sehingga RM1, 500.
"Jika perkara ini tidak diselesaikan, harga sarang burung walit akan jatuh ke RM800 atau RM700, " tambahnya lagi ketika membidas memorandum tersebut.

Dato Seri Noh Omar juga turut menegaskan disitu bahawa tuduhan pembangkang terhadap kerajaan yang tidak mengambilberat mengenai rakyat adalah tidak benar kerana kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
"Kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat.Kami (kerajaan) sentiasa tunaikan janji kami kepada rakyat," katanya.
Sesi menjawab berakhir apabila timbul rasa tidak puas hati dikalangan pihak pembangkang terhadap penjelasan yang diberikan oleh Noh Omar.

Ternyata pihak Pembangkang mengatur pelbagai strategi untuk menjatuhkan Kerajaan dengan "menghasut" pelbagai pihak. Hal ini sangat nyata dan jelas apabila banyak kejadian yang melibatkan prokasi yang dirancang oleh pihak Pembangkang.

Klik disini http://penadaritanahmelayu.blogspot.com/2012/09/video-kekecohan-che-bard-sue-lim-dan.html








◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan