Friday 29 March 2013

PANAS!!! MESTI TONTON!!! BESOK KERJA TAK??? KERJAKAN I???



Kali ini apa lagi yang mahu Anwar Ibrahim putar belitkan tentang video terbaru yang di keluarkan oleh Papa Gomo hari ini.
Kita tunggu apa kata Anwar selepas video ini tersebar, kita tengok apa yang dia "SPIN".
Bercerita panjang tiada gunanya, baik pembaca tonton sendiri video yang di keluarkan oleh Gomo ini.



Apakah remaja lelaki tersebut yang merupakan seorang Mahasiswa berdua duaan dengan Anwar Ibrahim kerana mahu meminta bantuan Biasiswa? Ataupun Mahasiswa tersebut berjumpa Anwar Ibrahim untuk berbincang tentang PTPTN? Segala persoalan ini tidak dijawap oleh Dato Sri Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini. Selanjutnya Di Sini...



TQ : PAPA GOMO

Wednesday 27 March 2013

Kenapa Nurul Izzah Meroyan???



Nurul Izzah nampaknya seperti perempuan meroyan yang dalam pantang bila berhujah sinis merendah rendahkan kewibawaan & kebolehan pihak Polis Di Raja Malaysia.
Tidakkah Izzah sedar bahawa siapa yang bertanggungjawab selama ini menjaga keselamatan negara?

Mengapa nampak "anti" sangat Izzah & pihak Pembangkang pada pihak Polis??? Adakah kerana pihak Polis menjaga keselamatan negara & menjadi penghalang kegiatan mereka??? Atau kerana pihak Polis menjadi batu penghalang mereka dalam agenda jahat mereka??? Atau adakah mereka terlibat dengan musuh negara??? 


Adakah ini contoh bahawa Izzah mewarisi perilaku & salahlaku "Papa"nya, yang sering memfitnah & memburuk burukkan Kerajaan???
Sentiasa ada yang tak kena pada kerajaan mata mata mereka, orang menjaga keselamatan rakyat & negera pun di rendah rendahkan...

Adakah manusia seperti ini hendak di jadikan pemimpin? Berjalan pon "Sengget", takkan nak pimpin rakyat kan???

Renung Renungkanlah...



Sayu Di Saat Deklamasi Puisi Di Sambutan Hari Polis Ke-206



Kesayuan dan kesedihan jelas terpancar tatkala puisi di deklamasikan pada sambutan Hari Polis Ke-206. Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah.


Rasa kesayuan itu juga turut terpancar di raut wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak &  Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tatkala bertemu dengan  waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan.




Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.
Hari Polis ke-206 disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik. Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.


Perbarisan itu turut disertai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat. Mereka diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu. Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
TQ : KLPos

SIAPA KAMU? TUHAN sendiri akan ukur kebaikan dan keburukan walaupun sebesar zarah.



"SIAPA MAHATHIR?"

Dia makan nasi goreng sama macam kita.

Dia jugak makan laksa sambil bersila sama macam kita.
Dia juga berjalan kaki sama macam kita.


Tiada beza dia dengan kita jika sekali pandang.

Tapi ...

Yahudi dok hentam dia kerana perjuangannya menentang kezaliman Zionisme.

Barat dok hentam dia kerana kelantangannya mempersoalkan dasar hegemoni imperialisme dan ketidakseimbangan ekonomi dunia.

Masa Tun ambil pemerintahan negara, orang tidak kenal Malaysia. Sepanjang 22 tahun menjadi pemimpin, negara kita muncul sebagai gergasi ekonomi ASEAN dan dianggap model pembangunan negara dunia ketiga. Beliau turun dari tampuk kekuasaan pun secara sukarela.

Tun ada rekod dan pencapaian yang cukup gemilang dan bakal dikenang sampai bila-bila

Bila dia mentadbir dan memimp negara dan rakyat, dia berfikir, berikhtiar.

Mahathir la seorang insan yang berjaya membuka mata, telinga serta minda rakyat Malaysia supaya kita berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.

Seorang insan yang mempunyai pandangan jauh untuk membangunkan negara Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya.

Seorang insan kerdil dari Malaysia yang berjaya menyelamatkan negara dari keporakporandaan ekonomi akibat serangan matawang oleh George Soros.

Seorang pemimpin berjiwa rakyat yang telah membina negara Malaysia ini dengan dasar2 yang pragmatik yang membolehkan semua rakyat mengecapi kehidupan yang aman, makmur dan tenteram.

Seorang yang selalu menepati masa dan tidak suka membuat sesiapapun yang harus beliau jumpa menunggu beliau sehingga berjam-jam lamanya.

Dalam tempoh 22 tahun jadi PM telah menyediakan peluang-peluang dan bantuan untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam berbagai-bagai industri yang boleh mempertingkatkan ekonomi masing dan berpeluang bersaing antara satu sama lain, antara satu syarikat dengan syarikat yang lain, antara satu developer dengan developer yang lain, di dalam dan di luar negara.

Mahathir adalah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang amat terserlah gaya kepimpinannya. Dikagumi seantaro dunia. Hebat daya pemikiran. Logik dalam tindakan. Memartabatkan bangsa dan agama (bukan keluarga). Sentiasa memotivasikan rakyat untuk menyerlah di mata dunia. Itulah Tun Dr Mahathir.

Beliau juga buat SILAP, sama macam kita.
Tapi adakah kita kena nafi jasanya hanya kerana kesilapannya?

SIAPA KAMU?
TUHAN sendiri akan ukur kebaikan dan keburukan walaupun sebesar zarah.

Wallahualam.


TQ :  Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

Wednesday 20 March 2013

TERKINI!!!HANGAT DIPASARAN!!! : Skandal Terbaru Abby???




Saya tidak berminat untuk menulis tentang selebriti munafik ini tetapi sejak melihat tingkahnya di media maya semakin menjadi-jadi,tekak tiba-tiba terasa loya melihat betapa `alim dan mulianya’ bekas selebriti ini dan bekas barang terpakai tinggalan Norman Hakim ini perlu diberikan kata dua supaya beliau tahu bahawa ada orang tahu siapa beliau sebenarnya.

Saya ingin memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana.Siapa VVIP yang menaja segala perbelanjaan.Abby  ke London yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia.Dan apa kerja yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu?Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya. ( Di Sini )


Abby belum putih sepenuhnya dan nilai taubat yang sedang beliau laung-laungkan ketika ini sama sahaja dengan nilai perjuangan PAS parti yang Abby dokong penuh dengan kehanyirannya yang tersendiri malah Abby juga sama dengan para pejuang PAS lain yang menggunakan agama untuk menutup kebejatan moral masing-masing.Dan pejuang PAS kononnya seperti Abby inilah yang diusung ke hulu ke hilir bagi dijadikan agen memecahbelahkan orang muda.

Jadi kepada Abby,kita pesan sekali lagi.Hentikan segala keceluparan,kebodohan serta kebiadapan ini sekiranya tidak mahu topeng yang sedang menutupi wajahnya ketika ini terbuka satu persatu.


Tun M Menyokong Semangat DS Rosmah Mansor...




"Saya gembira buku ini sudah dapat dikeluarkan dan berharap rakyat mendapat penjelasan"
"Bagi sesiapa yang ingin mencari keadilan, mereka patut dengar pihak yang mengkritik dan juga dengar pihak yang dijadikan sasaran supaya keputusan yang diambil menjadi lebih adil." - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed


Biografi Rosmah Mansor yang diterbitkan oleh YAPM itu mempunyai 180 halaman dan berharga RM150 senaskah. Ia mengandungi 12 bab mengenai perjalanan hidup Datin Seri Rosmah Mansor dari kecil sehingga sekarang serta menjawab pelbagai persoalan yang sering dikaitkan dengan beliau.

Buku tersebut ditulis oleh penggiat teater dan novelis Siti Rohayah Attan bersama Noraini Abd Razak telah diperkenalkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 10 Disember tahun lalu. Artikel Selanjutnya Di Sini .
 

Sumber : KLPos

Tuesday 19 March 2013

Panas & Terhangat!!! Papa Gomo Mintak Maaf Kat Anwar???



Permohonan Maaf saya :

Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.

Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja.


Nampaknya Papa Gomo sudah menunaikan hasrat BESAR Dato Seri Anwar Bin Ibrahim yang ingin Gomo memohon maaf kepada beliau berhubung kes pendedahan skandal terbaru yang mula tersebar sabtu lalu ( Di Sini ).

Kini... Tiba masa untuk Anwar menunaikan pula permintaan dari Gomo... ( Di Sini )
Macam mana??? Bolehkah dilaksanakan???
Berani kerana benar... Berani ke???

Renung Renungkanlah...

Friday 15 March 2013

Bala Meninggal??? Angkara Siapa???



Berita yang baru di terima!!! 
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat n Surendran dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa mengesahkan Penyiasat Persendirian (PI) P Balasubramaniam yang menyiasat kejadian pembunuhan model Mongolia Altantya Shaariibuu meninggal dunia hari ini.

Adakah dia pergi untuk menyiasat di alam lain?
Mungkin Bala pergi untuk mendapatkan bahan bukti???
"Maaf,sudah lama...jadi saya sudah lupa..."

Thursday 14 March 2013

Tian Chua Lari Lintang Pukang Nampak Polis???



Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa bahawa dakwaan yang dibuat terhadapnya itu adalah berkaitan unsur fitnah dari pihak UMNO & juga menyifatkan dakwaan yang dikenakan ke atasnya bermotifkan politik dan ada agenda jahat untuk mencemar imej pakatan pembangkang.
Menurutnya, kes ini tercetus akibat media  UMNO dan Barisan Nasional memutarbelit kenyataan yang disiarkan di akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR)), Keadilan Daily. Adakah benar begitu?

Tian Chua menghadapi empat pertuduhan dengan tuduhan mendakwa insiden serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat serta menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO. Beliau turut menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah dan kejadian pencerobohan adalah  konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Pagi tadi, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta beliau yang menghadapi pertuduhan dibawah Seksyen 4 (1) b Akta Hasutan 1948 diwakili oleh peguam Latheefa Koya dan N Surendran bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat dan meminta supaya dibicarakan.


Namun keadaan menjadi sedikit huru hara bila mana kira-kira 15 orang penyokong ahli parlimen itu dilihat bertindak membuat kepungan dan salah seorang daripadanya memarahi pegawai Polis yang hadir bagi mengiringi Tian Chua. Turut menghalang Tian Chua daripada dibawa pihak Polis adalah peguamnya, Lathefa Koya, N. Surendran dan Eric Paulsen.

Jika beliau dipihak yang benar & tidak bersalah, mengapa perlu takut menghadapi?
Jangan bagi pelbagai alasan, berani kerana benar Tian Chua!!! Jangan cuba nak berdalih!!!
Telajak perahu boleh di undur, telajak kata... see U in court!!!
Anak Melayu pantang di cabar!!! U ulang, I saman!!

Renung Renungkanlah...

Sumber : KLPos



Wednesday 13 March 2013

Jenazah Perwira Negara Selamat Tiba Di Kampung Halaman



Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, diterbangkan oleh pesawat TUDM C-130 mendarat kira-kira jam 8 pagi tadi dan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Najib dan Zahid kemudiannya memberi penghormatan terakhir kepada Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di jalan Lahad Datu - Chenderawasih ketika dalam perjalanan menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi tersebut. 









Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kenaikan pangkat kedua-dua anggota tersebut kepada koperal.
Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota tentera pertama yang terkorban sejak Op Daulat bermula.

Sejak insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu berlangsung, seramai 10 anggota keselamatan terbunuh dan 56 musuh ditembak mati.Kedua-dua jenazah kemudiannya akan diterbangkan ke  Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dan akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Tuesday 12 March 2013

BAKTI Serah Sumbangan Kepada Keluarga PerwiraYang Tekorban...

Pada 1 Mac lalu, dua pasukan polis dilaporkan meninggal dunia dalam pertempuran di Kampung Tanduo.
Ianya disusuli dengan kematian 6 anggota keselamatan pada keesokan harinya ketika melakukan serang hendap di Kampung Simunul.
Kedua-dua lokasi tersebut merupakan antara penempatan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Hari ini pula kita di kejutkn dengan berita kematian pertama pasukan keselamatan dari pasukan Tentera.

Anggota Polis yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, SJN Sabaruddin Daud, ACP Ibrahim Lebar, ASP Micheal Padel, Sjn Aziz bin Sarikun,  L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, Sjn/D Baharin Hamit dan Kpl/S Salam Togiran.  Manakala anggota tentera pula ialah Pbt Mohd Hurairah yang tekorban pagi tadi. (Sumbangan tidak termasuk kepada keluarga Mohd Hurairah)






Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) hari ini menyampaikan sumbangan kepada lapan keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah. Isteri Perdana Menteri juga merangkap Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan bernilai RM20,000 kepada setiap ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban

Majlis tersebut turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Yang Dipertua BAKTI. Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis ketika Rosmah menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga mangsa.
SUMBER : KLPos

 

Monday 11 March 2013

Blogger PR Meroyan Sebab Dirinya "STUPID"!!!



Mungkin Blogger Tulang Besi ini terlalu tertekan memandangkan PR bakal tumbang tak lama lagi. Apapun akibat ke"bodohan" orang bodoh seperti ini yang cuba mempertahankan kelalukan buruk "Geng" mereka, mereka dilihat lebih bodoh dari segala kebodohan.


TQ : KLPos
◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan