Tuesday 18 June 2013

Datuk Norza Zakaria Antara Bintang Yang Bersinar Dalam UMNO...




Kita mengenali Datuk Norza Zakaria sebagai salah seorang bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO bersemangat dalam memperjuangkan dan membuatkan Pemuda UMNO kelihatan tegas satu masa dulu. Beliau juga yang kita kenali sebagai pengasas Biro IT Pemuda UMNO Malaysia yang mula-mula sekali membangkitkan berkenaan pengurusan isu membabitkan blogger pro-BN. Kita tak pernah lupa jasa beliau.

Satu-satunya perkara yang membuatkan penulis respect dan salute dengan bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kedua dahulu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop adalah sikap beliau yang tidak pernah menyerah kalah, tidak mudah berputus asa, banyak bersabar dan yang paling penting terus setia kepada parti itu sendiri yang membuatkan beliau kelihatan hebat. Sikap tak cepat melenting dengan segala tuduhan dan patuh 
menerima hukuman perlu ada dalam setiap ahli UMNO sekarang. 

Mungkin tidak berat jika penulis letakkan Datuk Norza Zakarian ini sebagai contoh pemimpin yang tahap kesetiaan kepada parti adalah 100% dan contoh pemimpin terbaik yang boleh dibuat icon atau role-model khusus kepada barisan Pemuda UMNO.

Tetapi nasib tidak menyebelahi beliau apabila didakwa dan dituduh atas politik wang untuk memenangi jawatan dalam pemilihan UMNO. Yang lepas biarlah berlalu namun dalam politik semuanya boleh berlaku. Rakan sekeliling yang kita percaya bagai menatang minyak penuh juga mampu menjadi musuh dalam selimut yang paling bahaya. Akibat terlalu percaya kepada rakan sendiri akhirnya Datuk Norza terperangkap dengan permainan yang dicipta oleh rakan seperjuangan.

Setelah 5 tahun digantung keahlian dalam parti UMNO akibat dari tuduhan rasuah pada 2009, akhirnya baru-baru ini bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan akhirnya dikembalikan keahliannya sebagai ahli UMNO yang sah setelah dibebaskan dan dilepaskan dari sebarang tuduhan yang membabitkan dirinya dengan dua tuduhan rasuah bernilai RM3,400 di Mahkamah Sesyen di Temerloh pada 17 Jun 2010.

Syabas dan tahniah kepada Datuk Norza Zakaria yang telah dikembalikan haknya untuk memilih juga dipilih memandangkan pemilihan MT UMNO tidak lama sahaja lagi. Perkara ini umpama memberi isyarat kepada UMNO dan kepimpinan di dalamnya bahawa satu nafas baru bakal dihembus oleh beliau. Selanjutnya Di Sini...

Monday 17 June 2013

Syabas PM...!!! Suara Pengamal Media Di Dengari!!!


Siapa yang kata PM Najib tidak dengar pendapat akar umbi & tidak mendengar pandangan pengamal media sosial? Disebabkan PM Najib dengar suara bawahanlah kesemua SETPOL nya sebelum ini yang bertanding dan kalah digugurkan. Disebabkan pendapat dan artikel pedas para pemain media sosial jugalah Najib terpaksa mengambil langkah drastik untuk tidak menyambung kembali kontrak SETPOL-SETPOL beliau sebelum PRU13 lag. Memang benar ramai pemimpin UMNO yang berpotensi untuk menjadi SETPOL Najib tetapi siapakah orang yang benar-benar berani mempertahankan PM???

Cuma ingin meluahkan sedikit pandangan berkenaan pemilihan Ezam Mohd Noor sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru. Mungkin ada yang tidak setuju jika penulis katakan  SOKONG bekas Ketua AMK dan sokongan penulis menggambarkan yang pilihan PM Najib adalah yang terbaik buat masa ini memandangkan situasi politik semasa negara.



Cuma mahu bertanya kepada yang membangkang perlantikan Ezam sebagai SETPOL PM. Dalam banyak-banyak pemimpin dan ikon UMNO di Malaysia ni siapa yang betul-betul mempertahankan Najib ketika diserang oleh pelbagai isu? Ketika Najib dan UMNO diserang dari segenap sudut tidak kira dari dalam mahupun luar siapa yang bersuara mempertahankan kepimpinan yang diterajui oleh Najib? Siapa? Siapa?

Ezam Mohd Noor, Zulkefli Nordin, Zahid Mat Arip, Nallakarupan, Zahrin, dan beberapa lagi nama besar dalam kepimpinan Anwar dahulu telah kembali menyokong kepimpinan PM Najib. Jangan dilupa juga suara siapa yang berani menghentam Anwar dan mempertahankan PM Najib jika bukan mereka-mereka ini. Ada pemimpin UMNO yang nak bersuara? Ada pemimpin UMNO yang berani kehadapan menghentam Anwar dengan segala fitnah yang dilemparkan kepada PM Najib?... TIADA!!!

Jadi tak salah kiranya PM melantik Ezam menjadi orang kanan beliau dalam pentadbiran. Sekalipun PM Najib hendak melantik bekas-bekas orang kuat pembangkang sekali pun, penulis tidak punya masalah kerana rakyat dapat melihat siapa yang betul-betul membantunya.

Jadi... janganlah mempersoalkan lagi keputusan PM. Biarlah PM Najib yang memilih siapa orang kepercayaan beliau. Kita juga sudah melihat kesan pemilihan SETPOL Najib yang terdahulu dari orang UMNO sendiri yang lebih mementingkan kerusi yang mereka bertanding daripada kerusi bos mereka sendiri. Dalam PRU13 PM  keseorang bersama kepimpinan bahagian Pekan. Semua SETPOL sudah tidak memperdulikan nya kerana kerusi mereka lebih utama dibanding dengan kerusi Perdana Menteri di Pekan.  Selajutnya Di Sini...

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan