Sunday 21 July 2013

PRK N1 Kuala Besut: Ekslusif - Keluarga Tidak Restui Che Long...




Hari ini, video rayuan oleh sepupu kepada Che Long sendiri bernama Wan Mohd Sulaiman Idris menceritakan segala-galanya tentang khabar angin yang bermain selama ini sepanjang tempoh kempen PRK Kuala Besut. Khabar angin tersebut adalah suatu perkara yang realiti dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa lagi...

Sepanjang temubual yang dibuat oleh pihak media bersama Tok Wan segala cerita bagaimana keluarga dan waris terdekat Che Long tidak bersetuju beliau menjadi calon PAS kerana menganggap Che Long menjadi mangsa kepada pihak tertentu dalam PAS sudah terjawab...

Rupa-rupanya kemelut dalaman PAS di Terengganu makin membara selepas ini dengan PRK Kuala Besut. Pas nampaknya betul-betul nak memperalatkan duit Che Long sahaja dalam PRK ini. 
Kalau betul PAS mempercayai Che Long, sudah tentu dalam PRU yang lepas, Che Long sudah terpilih menjadi calon tetapi sebaliknya Nafisah yang di pilih bukannya Che Long, kerana PAS sendiri pun tahu bahawa Che Long sebagaimana didedahkan adalah masih berjiwa UMNO. Sebab itulah Che Long diminta berbaiah secara terbuka oleh PAS sewaktu pengumuman calon...
Sebab itulah kali ini, Pas yang tahu agak sukar utk menang di PRK Kuala Besut memilih Che Long sebagai calon walaupun tahu Che Long sebenarnya tidak memiliki ciri2 pemimpin sebagaimana biasa menjadi taruhan PAS... ( Di Sini

Che Long antara watak utama yang banyak membantu Husam di Putrajaya pada PRU13 baru-baru ini. Sebagai timbal balas, Che Long meminta Husam Musa untuk menjadi pengarah PRK bagi pihak PAS walaupun pada hakikatnya tidak dipersetujui oleh YDP PAS Besut Wan Azhar... ( Di Sini )


Untuk Che Long, kami tahu bahawa ibu anda juga menitiskan air mata kerana tidak bersetuju anda menjadi calon PAS dalam PRK Kuala Besut ini. Jangan hanya kerana Husam Musa yang banyak memberi projek dan balak kepada anda, rayuan ibu juga tidak diendahkan...



Monday 15 July 2013

PRK N1 Kuala Besut : Che Long Bawa Imej Buruk Kepada Pas???



Rupa-rupanya juga PRK Kuala Besut ini makin mendedahkan wajah busuk PAS yang selama ini terselindung disebalik ucapan retorik dan topeng Islam terutamanya PAS Besut sendiri kerana perbalahan peribadi antara Nik Zawawi bekas calon dan ADUN Kuala Besut  tahun 1999 dengan Wan Azhar YDP PAS Besut yang juga bekas calon di Jertih menyebabkan PAS akhirnya menjadikan Endut@Azlan@Che Long sebagai calon yang membawa harapan PAS untuk menawan Kuala Besut. 

Endut@Azlan@Che Long sebagai Bendahari PAS Besut yang terpilih rupa-rupanya mempunyai strategi dan plan politik beliau tersendiri dan sebagai kontaraktor, jiwa rakus dan gelojoh tidak boleh dipisahkan walaupun telah ditarbiah oleh PAS sejak meninggalkan Pemuda UMNO dulu malah kenyataan awal beliau yang mensyaratkan supaya pemilihannya harus dikuti dengan perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Jentera PRK Kuala Besut mengejutkan banyak pihak di dalam PAS. 


Seolah-olah semua masalah rakyat Kuala Besut boleh diselesaikan dengan kekayaan milik Che Long. dan PAS terlupa kepada pesan Saidina Ali ketika ditanya antara ilmu dengan harta mana lebih baik? Ali menjawab ilmu, kerana harta jika dibelanja ianya makin habis,sebaliknya ilmu bila dibelanja makin bertambah; dan kita tidak mahu rakyat Kuala Besut  lali serta terlupa bahawa jika Che Long menang, yang akan menjadi kuat dan berkuasa k eatas Che Long sebenarnya bukan PAS tetapi Husam Musa.

Kini penyokong PAS Besut dan Terengganu boleh menilai apakah Che Long sekarang menjadi alat untuk Husam menyerang Presiden  PAS  dalam  Muktamar PAS  nanti?Semuanya ini bergantung kepada keputusan yang bakal dibuat oleh rakyat Kuala Besut dan jika memberi kemenangan kepada PAS dan akhirnya Presiden  Hadi Awang di serang nanti,,jangan salahkan PAS Terengganu kerana semuanya bermula dari gerakan Che Long di Kuala Besut ini. Seterusnya Di Sini...

Saturday 6 July 2013

Mahfuz & Nurul Izzah Berebut Jawatan???



Sebenarnya jika dikaji secara mendalam, beliau sangat layak menggalas jawatan itu berdasarkan kepada latar belakang kerja amal yang dilaksanakannya selama ini.
Malah tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa Azeez adalah seorang insan yang pemurah dan sangat prihatin dalam kerja kebajikan baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Contoh terdekat kita ambil ialah ketika pergolakan yang berlaku di Lahad Datu, siapa orang yang mula sampai untuk menghulurkan bantuan?
Siapa yang insan yang berhati mulia untuk membantu mangsa yang dalam kesusahan di sana?
Itu baru satu contoh yang berlaku di negara ini. Abdul Azeez juga antara orang yang bertanggungjawab membantu Gaza di saat pergolakan berlaku di sana.
Jadi, jika kita bandingkan Azeez dengan Mahfuz atau Nurul Izzah, sudah pasti jauh bezanya.
Pernah mereka ke sana atau ke mana-mana kawasan yang dilanda kesusahan???
Kalau hanya untuk bertutur dan memperlekehkan orang, baik simpan saja niat terkutuk itu wahai Mahfuz dan Nurul Izzah.
Anda berdua tidak layak sama sekali untuk mempertikaikan pelantikan Azeez sebaliknya perlu jaga perilaku diri masing masing sebelum mengkritik orang lain yang jauh lebih mulia sifatnya.
Cermin diri sebelum melontarkan buah fikiran yang akhirnya menampakkan kecetekan akal sendiri. Wallahualam…
Selanjutnya Di Sini...
◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan