Thursday 31 May 2012

Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia kini akan tiba di ne


Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia meneruskan siri jelajah nya lagi dan kini bertandang di negeri SELANGOR.

Antara pengisian Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Peingkat Negeri Selangor. Bersama Ahli Panel Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dalam Forum "Mengurus Persepsi Menangani Fitnah".

Tarikh    : 5hb Jun 2012
Hari       : Selasa
Masa     : bermula jam 7.30 pagi
Tempat : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Untuk menyertai Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia, sila daftar awal untuk seats booking dan saiz baju (baju diberikan percuma, untuk elakkan baju tidak mencukupi).

Sila buat pra-DAFTAR secara online bersama butiran seperti berikut : -

 
Nama penuh:
No K/P:
No Telefon:
Nama FB:
Nama Twitter:
Nama Blog:
Size baju:

Hantarkan butiran anda ke email berikut : daftarkms1m.selangor@gmail.com

Boleh daftarkan bagi pihak kawan anda... atau untuk daftar berkumpulan...




*Hadiah MISTERI untuk 500 peserta terawal mendaftar secara ONLINE


So...jumpa disana yer...ingat, 5 June 2012...


Tuesday 29 May 2012

Apa Tindakan Ahli PAS Setelah Fatwa Pemimpin PAS DiSahkan Sesat?

Jika UMNO yang menyatakan bahawa fatwa yang disebarkan PAS bahawa ‘undi PAS masuk syurga’ adalah sesat, maka PAS akan menuduh UMNO cemburu, jahil, sesat hatta kafir.  

Justeru, kita ingin bertanya ahli-ahli PAS, apakah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi juga cemburu, jahil, sesat atau kafir juga kerana menyatakan fatwa yang digunapakai PAS itu adalah bodoh, jahil dan sesat?  Kenyataan ini dibuat beliau dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam. 

Jawapan pemimpin-pemimpin PAS mengenai kenyataan Dr.  Sulaiman ini sudah boleh dijangka iaitu “bahawa UMNO telah memberi penerangan yang tidak benar mengenai PAS kepada Sheikh Dr. Sulaiman sehingga menyebabkan beliau salah faham mengenai fatwa tersebut”.   

Ahli-ahli PAS totok pun akan turut berkata yang sama sebagai mempertahankan diri mereka.  Sebahagian ahli PAS yang lain pula iaitu yang mampu menggunakan sedikit akal fikiran, akan menafikan bahawa pemimpin mereka pernah berfatwa demikian sebaliknya UMNO yang sengaja mengada-ngadakannya. 

Apa yang pasti, pemimpin dan ahli PAS akan melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sendiri setelah menyedari yang mereka telah tersesat.   Ego dan takbur akan menghalang mereka-mereka dari mengakui kesalahan, jauh sekali untuk kembali ke pangkal jalan. 

Kenyataan Sh. Dr. Sulaiman ini amatlah dialu-alukan di ketika umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan keliru akibat dari hasutan Ulama-ulama jahat akhir zaman.  Namun, usaha untuk memperbetulkan kembali pemikiran umat yang telah dicelarukan ulama-ulama ini bukanlah mudah.  Rata-rata umat Islam yang celaru itu enggan mengakui kecelaruan mereka kerana terpesong jauh oleh emosi benci dan dendam yang tidak berasas terhadap kerajaan. 

Jika dulu, umat Islam di Malaysia dihasut oleh PAS untuk membenci kerajaan kerana tidak menggunapakai undang-undang Islam dan dianggap kafir, tetapi kini PAS masih terus membenci kerajaan walaupun mereka sendiri telah pun membuang negara Islam dari perjuangannya apabila bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan pluralis PKR.

Lebih menyedihkan ialah apabila PAS bukanlah dominan dalam Pakatan Rakyat tetapi menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.  Maka, sedar tak sedar, PAS kini sebenarnya sedang membantu perjuangan pluralis PKR dan Kristian Evangelist DAP untuk bertapak di Malaysia secara mutlak melalui penguasaan politik.
 
Hakikat yang sukar untuk ditelan ialah kesesatan PAS bukan sedikit, tetapi sudah terlalu jauh dan terlalu dalam, berakar umbi sejak tahun 70an, menjadi barah yang semakin parah kepada ummah.  Dalam hal ini, mungkin kerajaan juga berkongsi sedikit kesalahan kerana tidak mengharamkan saja PAS sejak dahulu.
 
Jika dulu, kesesatan PAS terlindung oleh imej ekstrem dan fanatik Islam, tetapi kini kesesatan PAS terserlah dengan duduk di belakang golongan liberal yang meletakkan hak asasi kebebasan mengatasi tuntutan agama.  Bertitik-tolak dari itu, pemimpin-pemimpin mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bercanggah dan merapu semata-mata untuk menjustifikasikan kesepakatan mereka dengan golongan ini. 

Walaupun kesesatan mereka kini jelas dan nyata, tetapi kerana fatwa ‘undi PAS masuk syurga’ telah berakar umbi sekian lama, maka ramai umat Melayu yang tetap kekal di dalam PAS semata-mata mengharapkan syurga mudah.   

Syurga adalah nikmat, rahmat yang diberi kepada manusia yang berbuat kebaikan, yang berbudi kepada manusia lain dan alam semulajadi, yang suci hatinya serta ikhlas perbuatannya. 

Syurga adalah untuk manusia yang tahu bersyukur akan nikmat Allah kepadanya, yang menggunakan sebaiknya anggota, pancaindera dan akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri sendiri, saudara-saudaranya, manusia sejagat dan alam sekitar

Syurga adalah untuk manusia yang mengamalkan ayat-ayat Allah untuk meneroka dan mencari ilmu dari seluruh kejadian alam dan cakerawala iaitu matlamat utama mereka dicipta

Syurga bukan ditentukan oleh manusia, parti, undang-undang atau kerajaan.  Syurga neraka adalah hak Allah S.W.T.  Kerana itu, kita diberitahu tentang kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi makan seekor anjing serta bagaimana seorang Ulama boleh tergelincir ke neraka kerana riak.  

Kita tidak faham bagaimana ahli-ahli PAS yang kononnya amat mementingkan agama tidak mampu memahami perkara asas dalam agama Islam iaitu tentang syurga neraka yang tidak boleh ditentukan oleh manusia.   Kita tidak faham bagaimana begitu mudah sekali sebahagian dari kita untuk terpesong, terpedaya dan tertipu oleh serban, jubah dan kata-kata yang tidak masuk akal. 

Inilah akibatnya jika gemar menolak penggunaan ‘akal’ dalam membincangkan soal agama.  Sedangkan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa ‘akal’ adalah kurniaan tertinggi yang diberikan kepada makhlukNya.  Apa guna diberikan akal jika bukan untuk digunakan terutama dalam menghayati ajaranNya?

Sh. Dr. Sulaiman bukan orang UMNO, bukan orang politik dan bukan mewakili kerajaan Mesir atau mana-mana negara Arab.  Beliau bercakap atas kapasiti seorang Ulama yang bertanggungjawab menyatakan kebenaran demi kebaikan ummah. 

Maka, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk terjun bersama serban pemimpin mereka atau mendengar nasihat Sh. Dr. Sulaiman dan kembali ke pangkal jalan

Sunday 27 May 2012

Pernahkah Isteri Lim Guan Eng 'Kacau' Ng Paik Kheng?


Ng Paik Kheng mungkin nama yang kurang dikenali.  Dia bukan bintang filem, bintang sukan pun bukan, tapi ada sesuatu mengenai dirinya yang akan menjadikannya popular – walaupun bukan dalam skop popular seperti mana membabitkan artis dan selebriti ternama.

Dihikayatkan bahawa Ng Paik Kheng ada hubungan terlarang dengan seseorang.  Siapa orang itu penulis tidak tahu tapi hubungan terlarang itu menyebabkan ADUN Kota Laksamana dari DAP, Betty Chew begitu terganggu dengannya, sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri dengan ‘mengacau’ wanita tersebut.  Khabarnya, bukan mengacau yang biasa ni, tapi ada sentuhan fizikal juga.

Isu ini sudah menjadi perbualan panas dikalangan inner circle DAP yang rapat dengan Betty Chew.

Asalnya, kita tidaklah berminat dengan masalah apa Betty Chew dengan perempuan tersebut.  Tapi sebab ia membabitkan orang politik, maka kita wajiblah mengambil tahu hal yang sebenarnya.  Orang politik ni macam orang seni juga, privasinya tu milik rakyat sebab yang meletakkan mereka di puncak kuasa pun rakyat juga.

Lebih-lebih lagi bila dah masuk bab-bab kaki tangan naik ni, sudah tentulah rakyat perlu tahu, paling tidak, apa hal sebenarnya yang berlaku?

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah bila maklumat yang kita terima mengatakan, jentera propaganda DAP bersungguh-sungguh untuk menafikan kewujudan perempuan ini.  Sehingga ke satu tahap, penulis dimaklumkan gambar dan nama Paik Kheng ini ditukar untuk mengelak identiti sebenarnya dari diketahui orang ramai.   

Tapi kita pun hebat juga, kita ada gambar dan nama yang sebenarnya.

Kesungguhan ini semualah yang mencetuskan tanda tanya yang lebih besar.  Mesti ada sesuatu yang besar cuba ditutup dari pengetahuan ramai.   Sebab, kali terakhir ‘kesungguhan’ sama digerakkan jentera propaganda DAP ialah ketika salah seorang anak Ketua Menteri Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan meraba buah dada seorang pelajar perempuan di Pulau Pinang. 

Pokok pangkalnya, jentera propaganda DAP tidak akan bersungguh seperti ini kalau kes itu tidak serius dan boleh menjejaskan parti tersebut.

Justeru, penulis rasa, wajiblah untuk Betty Chew tampil dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan hal ini kepada umum.  Betulkah dia ada ‘mengacau’ perempuan tersebut seperti mana yang digambarkan di atas.  Sebab kalau ada berlaku kejadian seperti itu, rosaklah imej DAP selama ini yang berbangga dengan konsep akauntabiliti dan intergritinya.

Mana boleh letak undang-undang di tangan sendiri, Betty Chew sepatutnya tahu ini.  Kalau ada kesalahan Paik Kheng ini yang menyalahi undang-undang, laporkan pada polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.  Penulis rasa, ramai orang dalam DAP yang boleh menasihatkannya tentang undang-undang, kot kotlah kalau dia tak faham.

Lainlah kalau kesalahan Paik Kheng ini tidak ada kaitan dengan undang-undang tapi lebih kepada peribadi?

Apa pun kita tak berminat nak bincang soal ini dari sudut kesensasiannya, walaupun kalau nak diikutkan, itulah yang menarik sekali dalam politik ini.  Kita cuma mahu tahu bagaimana perbuatan yang melanggar undang-undang ini dilakukan oleh seorang penggubal undang-undang, walaupun diperingkat negeri.  Hari ini negerilah, besok lusa mungkin parlimen pula.  Perkara ini bukan mustahil berlaku dalam DAP, yang hanya dikawal dan dikuasai beberapa kerat pemimpin dari kalangan keluarga tertentu sahaja, sejak dulu hingga sekarang.

Apalah rupanya nanti kalau penggubal undang-undang sendiri pun langgar undang-undang?


Tuesday 22 May 2012

Kalah Kes Liwat, Adakah Yusof Bersekongkol Dengan Anwar?

BUKAN sedikit mata yang terbeliak di hari perbicaraan Anwar dalam isu Bersih pagi tadi.  Semuanya gara-gara melihat peguam yang mewakili Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari.  Ia seolah-olah melihat Mahathir berpegang tangan dengan Anwar, sehari selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.

Sementara ramai yang beranggapan, Anwar menang kes tersebut kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.

Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, penulis tidak pasti, tapi penulis yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku.  Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius.

Sekarang fahamlah kita kenapa kes Anwar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan Pendakwaan.  Fahamlah kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodoh dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.

Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari.  Soal kebenaran disebalik ‘isu’ yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.
Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini?  Penulis yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut. 

Penulis yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.

Yusof tidak perlu menjawab kepada media (apatah lagi yang pro pembangkang) seperti yang dilakukannya sebentar tadi.  Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.

Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan.  Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.

Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat.  Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan?  Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.

Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan.

Najib Pilihan Utama Rakyat

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz yang secara terbuka menyokong program transformasi Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang disiarkan oleh kebanyakkan media massa nyata mengundang perasaan kurang selesa dari kem pakatan pembangkang.

Menurut Tunku Aziz, "apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang ini adalah betul dan tepat, kita perlu memberikan sokongan kepadanya". Satu kenyataan yang ringkas dan padat namun ianya pedas untuk diterima oleh pemimpin dan penyokong pembangkang.

Sebelum ini, Tunku Aziz juga pernah mencetuskan kemarahan ramai pemimpin pembangkang terutama dari DAP apabila mengecam perhimpunan Bersih 3.0 yang disifatkannya sebagai tindakan yang sengaja mahu mencabar undang-undang dan sukar untuk berlangsung dengan aman.

Tidak sedikit respon negatif diterima dari kalangan penyokong tegar pembangkang yang mengganyang kenyataan Tunku Aziz itu.

Rata-ratanya menyifatkan Tunku Aziz sebagai pengkhianat dan tidak berpendirian teguh.

Pun begitu, respon negatif pembangkang tidak sukar dimengertikan kerana hampir kebanyakkan penyokong pembangkang memahami peranan sebagai pembangkang hanyalah dalam konteks sentiasa bangkang apa saja tanpa mengira baik atau buruk sesuatu perkara.

Namun telahan Tunku Aziz terbukti betul apabila di saat-saat akhir perhimpunan Bersih 3.0 telah berlaku perlanggaran undang-undang setelah peserta-peserta di barisan depan yang diketuai oleh Unit Amal PAS dan beberapa kelompok lain terlibat secara langsung menceroboh masuk ke Dataran Merdeka sehingga memaksa FRU bertindakbalas menyuraikan mereka.

Dalam hal sokongan Tunku Aziz menyanjung agenda transformasi yang diterajui oleh Najib sebenarnya menunjukkan kematangannya sebagai pembangkang yang rasional dan bukannya dari jenis bangkang dari longkang.

Perbezaan nyata seorang yang rasional dan berakal berbanding dengan golongan bangkang dari longkang. Sokongan beliau adalah satu pengiktirafan atas usaha penat lelah PM menerajui kerajaan dan ia tentu saja memberi makna besar kepada kerajaan BN.

Dari satu sudut, kenyataan Tunku Aziz juga merupakan satu manifestasi betapa urus tadbir kerajaan BN sudah berada di landasan yang betul untuk memacu pembangunan dan kemajuan negara selain tanda aras penting yang membuktikan kemampuan Najib sebagai pemimpin negara.

Jika kita fahami secara tersirat kenyataan Tunku Aziz itu, mungkin bertepatan kalau kita tafsirkannya sebagai pengiktirafan rasmi dari beliau terhadap kemampuan Najib untuk terus memimpin negara selain menepati kriteria sebagai pilihan utama rakyat berbanding pemimpin politik berjiwa retorik seperti Anwar Ibrahim.

Monday 21 May 2012

Cubaan Rasuah Tunku Aziz ke SPRM: Siapa Yang Akan Mati Lagi?



Khabarnya, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan sudah membuat laporan kepada SPRM perihal percubaan Lim Guan Eng menyogok Tunku Aziz dengan jawatan bergaji RM50,000 serta peluang makan angin ke luar negara.   Khabarnya juga berpeluh-peluh Guan Eng cuba menepis isu ini dan berpencak silat serta berkung-fu sakan pencacai-pencacainya cuba menyelamatkan boss mereka. 

Mana tidaknya, apabila veteran parti, termasuk Karpal Singh sendiri yang sudah lama makan hati dengan kebiadapan Guan Eng juga tampil menempelak beliau. 
Malah bapanya, Lim Kit Siang juga tidak menyebelahi beliau sebaliknya memihak kepada Tunku Aziz dalam hal ini.   Memetik kata-kata Tunku Aziz, Guan Eng tidak boleh dipercayai, kurang ajar, biadap dan korup. 

Jika Lim Kit Siang lebih pandai mendidik anak, tentu DAP tidak menghadapi masalah sebegini.  
Namun, apakan daya, Lim Guan Eng adalah produk rasis, chauvinis tulen yang akar umbinya menjangkau jauh hingga ke Singapura dan negara asal nenek moyangnya.   Sifat hormat, tolak ansur, timbang-rasa, belas kasihan, kasih sayang dan ikhlas terutama terhadap bangsa lain tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. 

Tidak pasti bagaimana taktik Guan Eng dan DAP untuk keluar dari masalah ini.  Tetapi di peringkat awal ini nampak seolah-olah Guan Eng perlu memikul kesalahan ini sendirian. 
Bagaimanapun, kita tidak hairan jika keadaan ini bertukar apabila siasatan mula dijalankan oleh SPRM. 

Kita yakin, pada waktu itu, Karpal dan Kit Siang juga akan menyanyi lagu yang sama dengan Guan Eng dan menuduh Tunku Aziz menipu.   Ini kerana, DAP mengamalkan prinsip parti lebih penting dari kebenaran.  Prinsip ini amat berbeza dengan BN yang sanggup mengaku dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang benar-benar bersalah sebagai mendaulatkan integriti. 

Dengan SPRM menjadi musuh utama parti yang penuh rasuah ini, kita yakin yang drama mengalihkan isu akan berulang lagi.  Jika sebelum ini seorang saksi utama SPRM dalam kes rasuah DAP iaitu Teoh Beng Hock, telah ditemui mati, maka tidak mustahil taktik yang hampir sama juga akan dilakukan untuk mengalih isu dalam kes ini. 

Kenapa agaknya DAP sukar sekali mengambil tindakan terhadap pemimpin yang bersalah?  Adakah kerana pemimpin yang terlibat selalunya merupakan pemimpin di peringkat paling atas dan bukannya bawahan?   Justeru, bagaimana kita mengharapkan pemimpin atasan ini mengambil tindakan terhadap diri mereka atau anak beranak mereka sendiri? 

Inilah akibatnya jika parti mengamalkan nepotisme dan kronisme seperti DAP di mana hanya bapa, anak, menantu, rakan baik dan keluarga rakan baik sahaja yang berpeluang memegang jawatan tertinggi.
Apapun yang pasti, pendedahan Tunku Aziz berkenaan budaya rasuah dan kilas tangan DAP bukan perkara baru.  Sikap ketidaktelusan DAP juga sudah terlalu biasa kita dengar dan sudah pun dijangka sejak sebelum mereka memerintah mana-mana negeri pun.  

Nampaknya, apa yang kita jangka itu bukanlah tidak berasas.  Ini terbukti apabila semua pemimipin mereka yang keluar parti memberikan alasan yang sama iaitu tidak lagi boleh menerima sikap kuku-besi, kiasu, samseng dan korup kepemimpin atasan DAP.    
Justeru, adalah menjadi satu perkara yang lucu bila DAP terus-terusan melaungkan slogan CAT (Cekap, Amanah dan Telus) sedangkan sifat sebenar mereka sudah lama terserlah luas dan semakin hari semakin  jelas dan terang benderang.    Nampak benar mereka tidak tahu malu walaupun seluar sudah terlondeh hingga ke lutut.  
◄ Newer Post

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan