Monday 27 August 2012

Kopi Susu Percuma Di Kelantan

Air Kopi Sedia Bancuh


Air adalah merupakan satu keperluan yang sangat penting dan mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan seharian kita. Air bukan sahaja perlu dalam masakan, mandi dan hal hal lain, malahan air sangat penting untuk kita sebagai umat Islam untuk berwuduk.

Kelantan di katakan dan juga mendapat "gelaran" negeri "SERAMBI MEKAH" dibawah pemerintan Kerajaan Pas. tetapi adakah pemimpin atau ketua pemerintah negeri tidak pernah memandang serius dalam hal air yang sangat bermasalah dia Kelantan???

Ketika pulang beraya di Kota Bharu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri minggu lalu, saya sangat terkejut bila saya berkunjung ke Tesco. Tandas tidak boleh digunakan kerana air yang keluar dari paip berwarna kuning coklat dan pekat seperti air kopi susu, bukan itu sahaja kerana air itu mengeluarkan bau yang sangat busuk.

Siapakah yang harus bertanggungjawab??? Sistem saliran yang baik mungkin dapat membantu menyalurkan air bersih jika ianya dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab.Tetapi adakah Kerajaan Kelantan menyempurnakan hal itu? Adakah Kerajaan Kelantan melaksanakan hal itu? Jika ianya dilaksanakan oleh meraka, saya rasa hal ini tidak mungkin akan berlaku.

Isu yang saya bangkitkan ini bukan sahaja berkaitan air yang kotor, tetapi sistem saliran yang sangat lemah hingga menyebabkan air yang disalurkan kerumah rumah sangat perlahan dan sangat menyukarkan pengguna. bayangkan dalam satu rumah hanya boleh menggunakan air pada satu paip sahaja dalam satu masa. Contohnya jika air dibuka di sinki, di bilik air tak ada air. Tekanan air sangat rendah dan ini adalah berpunca dari sistem saliran yang tidak terancang.

Wednesday 22 August 2012

Ketawa Dan Airmata

 

Cerita dipagi raya...

Disaat kita sedang bergelut untuk hidup selepas kita dianiaya, orang lain bergembira di pagi raya hasil dari usaha dan susah payah kita...

Orang lain sangat bertuah kerana hanya masuk dengan senang lenang ibarat melangkah kerumah yang telah siap dibina oleh sekumpulan manusia yang hanya layak digelar "KULI"...

"KULI" tersebut dihalau selepas bertungkus lumus menyiapkan ISTANA AIRMATA itu...
Titik peluh, lapar dahaga dan airmata kita menjadi permulaan hidup yang selesa bagi mereka...

Bagi mereka yang tidak melalui jerit perih ini mungkin boleh menyucapkan perkataan "SABAR'...Namun bagi pihak yang melaluinya sendiri, ianya menjadi luka yang paling dalam. 

Sementara itu, disebelah pihak yang berjaya dalam misi Selamat kan nyawa sendiri dan "BUNUH" mereka yang bersengkang mata selama ini amatlah berpuas hati dan berjaya...TAHNIAH

Sebaliknya...siapa peduli???


Ramai Yang Mencintai Najib

 

Saya sangat sangat bersyukur dilahirkan sebagai anak melayu yang beragama islam dan hidup di negara yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang sangat bijak dan pandai menjaga rakyat nya...


Saya juga sayangkan PM dan negara saya...sebab itu saya mengundi dan akan terus mengundi kerajaan yang sedia ada...



Luv u PM dan UMNO...
Hidup Barisan Nasional...
◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan