Monday 25 February 2013

Melampau!! Memang Melampau!!



Ini apa pula yang berlaku? Kaum India mengamuk di Port Dickson?
Melalui blog seorang rakan, dikatakan ribuan kaum india memenuhi segenap ruang jalan di Port Dickson mengangkat sepanduk dan menjerit-jerit meluahkan rasa hati mereka.
Melampau!! memang melampau!!Tapi apa kisah nya? Apa tujuan & masalahnya??? Untuk cerita selanjutnya  Klik Di Sini ..

TQ : PDTM
 

Thursday 21 February 2013

Rakyat Kelantan Salah Memilih : 23 Tahun Jadi "BINATANG"???



Kesian rakyat Kelantan, dapat MB yang sungguh tidak ada tertib bila berbicara. Rakyat memilih Nik Aziz sebagai MB dulu mungkin kerana perwatakan luarannya yang agak keagamaan & warak, tetapi kini rakyat di "BINATANG"kan oleh MB mereka sendiri hanya kerana menerima wang BR1M dari kerajaan pusat.


Beginikah cara seorang yang dikatankan Ulama bertutur? Beginikanh cara seorang yang bergelar MB menutur kata terhadap rakyat rakyatnya? Inikah orangnya yang harus rakyat pilih lagi selepas ini?
Rakyat harus menilai "MB" ini sendiri & pemilihan kali ini ( PRU 13 ) mestilah tepat & bukan memandang watak luaran sahaja lagi.

Menulis panjang pun tiada guna kerana akan menambah kesedihan & kemarahan dihati bila di sama tarafkan dengan binatang kerana punulis & keluarga adalah penerima BR1M. Jadi, saya & keluarga serta ramai lagi rakyat Kelantan mahupun 1 Malaysia yang menerima BR1M itu adalah BINATANG.


Di antara binatang binatang  yang di "BINATANG"kan oleh Nik Aziz itu terdapat juga yang memilih beliau dalam piliharaya lepas, jadi beliau dipilih oleh binatang untuk menjadi ketua kepada binatang binatang ini. Adakah beliau boleh kita gelarkan sebagai KETUA BINATANG???

Pandai pandailah rakyat membuat pilihan & penilaian kali ini. Moga rakyat sedar akan apa yang berlaku dalam tempoh beliau memerintah sehingga kini. Apa yang beliau berikan kepada rakyat & apa yang sepatutnya rakyat dapat tetapi rakyat tidak pernah merasakan.



Wahai kaum kerabat anak anak Kelantan, Bo La Weiii...
Renung Renungkanlah...

Wednesday 20 February 2013

Himpunan Anok Anok Kelate Di Perantauan 2013 - TUKAR!!!


Rombongan skuad Pertubuhan Gerakan TUKAR yang di ketuai Saudara Kamarudin Kassim & beberapa anggota skuadnya sempat berkongsi cenderahati bersama Anak Anak Kelantan di Perantauan di Stadium Putra Bukit Jalil. Antara barangan yang di bawa skuad itu ialah t-shirt, bendera "T", surat khabar & stiker "T". 








Monday 18 February 2013

Bo Lah Weiii Pakoh PAS...15K Anok Anok Kelate Berhimpun Bersama Tok Pa & PM



17 Febuari 2013 umpama "Family Day" bagi anak anak Kelantan di perantauan kerana mereka berhimpunan & di raikan bersama PM Najib Razak & pemimpin Kelantan yang mereka kasihi, Tok Pa.
Himpunan itu dihadiri lebih 15 ribu orang anak anak Kelantan yang berada di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. 


Meraka di rai dengan penuh meriah oleh Tok Pa ( Dato Seri Mustapa Mohamed ) dan di serikan lagi dengan kehadiran PM & isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Himpunan yang dijangka bermula 12 tengahari itu menjadi lebih meriah bila seawal jam 10 pagi, kawasan sekitar stadium sudah mula di datangi anak anak Kelantan yang penuh semangat menanti kehadiran PM & Tok Pa.


Sambutan himpunan adalah diluar jangkaan, kehadiran sehingga lebih 15 ribu orang anak anak Kelantan adalah menjadi satu petanda yang baik bahawa rakyat kini memilih BN untuk memimpin Kelantan menjelang PRU 13 nanti. In Shaa Allah, Kelantan bakal di terajui Kerajaan BN.
Walaupun merek bertugas di luar Kelantan, mereka lebih yakin bahawa nasib kaum keluarga & mereka lebih terbela jika di bawah tampok pimpinan Kerajaan Barisan Nasional.


Jelas sekarang, rakyat lebih mahukan kerajaan yang boleh menjaga mereka dengan baik untuk PRU yang akan datang. Sudah 23 tahun rakyat Kelantan menanti & terus menanti Kerajaan yang sedia ada di negeri itu menunaikan janji & membawa mereka maju kedepan.
Rakyat Kelantan kini sudah sedar dari lena yang panjang & di buai oleh janji kosong kerajaan negeri yang hanya tahu berjanji, namun tidak tahu untuk menepatinya. 


Umpama mimpi ngeri dalam lena yang panjang, rakyat Kelantan di tipu & terus diperdaya oleh segala janji manis oleh pihak Pas yang sebelum mengambil alih tampok kepimpinan Kelantan suatu masa dahulu. Cukuplah mimpi ngeri itu menjadi igauan rakyat Kelantan, sekarang ayuh rakyat Kelantan, kita bangun & maju setapak kehadapan berjuang untuk tanah air, nusa & bangsa. Ini semua adalah untuk masa depan kita & generasi akan datang yang bakal menjadi pelapis generasi sekarang.


Slogan Tukar!!! dan Bo Lah Weiii turut menjadi laungan dari PM & Tok Pa. Tukar!!! telah menjadi slogan kepada perubah yang di inginkan oleh rakyat Kelantan sejak lebih setahun lalu. Manakala Bo Lah Weiii bermaksud sudah cukup lah rakyat Kelantan menderita & di tipu kerajaan Negeri.


Sedarlah wahai kaum kerabatku...Bangkitlah untuk berubah demi anak anak di masa hadapan...
Renung Renungkanlah...



Saturday 16 February 2013

Masalah Air Di Selangor Tiada Kaitan Dengan SYABAS???



Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) tidak pernah menghadapi sebarang masalah dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air terawat buat rakyat di Negeri sepanjang pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) satu ketika dahulu.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Dato' Sri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) sewajarnya mengambil inisiatif bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menangani masalah bekalan air yang kian kritikal.

"Saya fikir tentang isu air terawat ini, SYABAS sudah wujud lama dan kenapa masalah air ini timbul?

"Soal bekalan air terawat ini memerlukan kerjasama penuh di antara Kerajaan Negeri dan Pusat," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media bersempenan Pelancara Gerakan Sahabat Sayangi Malaysia (GASSM) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini malam tadi.

Turut hadir termasuklah Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz. Beliau turut menegaskan, isu pembinaan Projek Langat 2 tidak sewajarnya menjadi masalah utama menidakkan kerjasama ini sudah pasti mampu menyelesaikan masalah air hasil usahasama Kerajaan Negeri dan Pusat.

"Kerjasama ini untuk memberi kuasa perintah pembangunan untuk mengurus Langat 2, itu pun menjadi satu pekara yang amat perit untuk dilakukan." katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan kerjasama dari pelbagai pihak termasuklah melibatkan mana-mana Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dalam memastikan Kerajaan Negeri dapat dirampas kembali agar jaminan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan lebih tersusun di bawah pentadbiran BN.

Untuk rekod, GASSM merupakan sebuah NGO yang bertujuan membantu didalam bidang pendidikan anak-anak ahli-ahli sehingga mencapai tahap yang tertinggi.

NGO ini juga membantu semua golongan masayarakat tak kira tua atau muda supaya memahami dan menghayati tentang kebenaran dan menentang kebathilan melalui sesi penerangan, forum dan dialog.

SUMBER : KLPos

Harun Din Di Maki Kerana Kalimah Allah???



Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menyuarakan tentangannya terhadap cadangan rakan komponen DAP untuk menterjemah perkataan 'God' kepada kalimah Allah dalam kitab Bible Kristian di Semenanjung.  Ini merupakan penegasan kali kedua dibuat oleh Haron selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan ketetapan melarang kalimah Allah diterjemah pada 13 Januari lalu. 


Dalam ceramahnya di sebuah masjid di Taiping baru-baru ini, Haron berkata beliau menerima ugutan dan maki hamun daripada pihak-pihak tertentu bersabit pendiriannya yang menentang sikap ambil mudah sesetengah umat Islam mempertahankan kalimah Allah. 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada konsensus yang membenarkan orang Kristian menterjemah kalimah Allah asalkan ia tidak disalahgunakan.
 
Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan veteran DAP Lim Kit Siang dan Anwar seminggu sebelum Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan menyanggah pendirian Pakatan Rakyat. 
Haron berkata belum pun kalimah Allah diterjemah dalam Bible, banyak kes murtad telah dicatatkan di negara ini. Beliau mendakwa terdapat sesetengah pihak yang tidak berfikir panjang yang hanya ingin memenuhi tuntutan politik semata-mata.

Thursday 14 February 2013

Kerajaan BN Peka Dengan Kesukaran Rakyat...



Sebanyak RM226 juta diperuntukkan kerajaan pusat bagi pembinaan loji air di kawasan itu dalam usaha memajukan daerah serta mengubah nasib penduduk setempat melalui program pembangunan Bandar Baharu Beaufort.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasiona (BN) peka dengan kesukaran dengan kesukaran yang dihadapi rakyat ianya terbukti apabila projek pemasangan paip baru yang menghubungkan Limbawang ke Kayul telah pun 59 peratus siap.
 
"Banyak kemajuan dan pembangunan dicapai di daerah ini sepanjang pentadbiran kerajaan BN.
 
"Kita sudah buat banyak di sini di mana Beaufort sudah ada hospital, kompleks sukan, sekolah vokasional, kolej komuniti dan sebagainya," katanya pada majlis yang di hadiri kira-kira 20 000 orang di sini.
 
Pada majlis yang sama, perdana menteri turut meluluskan pembinaan Kolej Islam Beaufort kerjasama bersama kerajaan pusat dan pembinaan 'middle school' untuk kemudahan masyarakat Cina kawasan itu.
 
Beliau turut menegaskan supaya rakyat tidak terpedaya dengan janji manis pembangkang dan terus menyokong kerajaan BN bagi membawa negara ke tahap yang lebih maju pada masa akan datang.
 
Najib yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan, program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) merupakan usaha berterusan kerajaan BN dalam membantu rakyat dan akan terus diberikan sekiranya BN diberi mandat untuk kekal sebagai pemerintah selepas Pilihan Raya Umum ke - 13.
 
SUMBER : KLPos

Golongan Anak Muda Di Minta Jangan Terlalu Taksub Dengan Janji Manis Pembangkang...



Generasi muda kini lebih taksub dengan janji pakatan pembangkang untuk mambawa perubahan dalam hidup mereka berbanding bersyukur dengan pembangunan dan kesejahteraan yang dikecapi negara setelah sekian lama.
Menurut bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, ketika negara berada dalam era pembangunan, pekerjaan, pelajaran dan peluang menjadi golongan professional adalah terhad dan generasi muda kini tidak merasai kesusahan yang di alami rakyat sebelum ini.

"Bila kita anggap sesuatu itu sebagai perkara biasa, kita tidak begitu menghargainya.

“Kita menghargainya bila kita mendapat sesuatu yang tidak kita pernah dapat, tapi mereka dilahirkan di zaman negara sudah capai banyak kemajuan dan bagi mereka, ini memang keadaan biasa, dengan itu mereka tidak menghargainya," katanya kepada pemberita disini hari ini.

Tambah beliau, apa sahaja yang dikatakan Barisan nasional (BN) tidak mendapat respon yang baik.

Mahathir turut menjelaskan generasi muda kini begitu taksub dengan kepercayaan bahawa hanya perubahan pemerintahan akan membawa kepada perubahan dalam kehidupan mereka, sebab itu keadaan sekarang berbeza dengan suatu masa dulu.


SUMBERKLPos

Pembangkang Hampir Ketandusan Idea Mempersendakan Pakaian PM???



Pembangkang sudah ketandusan Idea untuk menjatuhkan nama PM Najib razak hinggakan pakaian yang dipakai oleh PM pun mahu dijadikan isu. ( Di Sini ) Pihak DAP Pulau Pinang baru-baru ini telah menurunkan banner dan bunting yang menunjukkan gambar PM memakai baju Tangzhuang sempenan sambutan Gong Xi Fa Chai atau Tahun Baru Cina. Malah pihak PR mendakwa baju yang dipakai oleh PM adalah sebenarnya baju yang dipakai oleh kaum Cina semasa upacara kematian sahaja. Pihak blogger pro PR juga memainkan isu ini dengan mendakwa PM tidak sensitif dengan budaya kaum Cina apabila memakai baju Cina mati ini.
Jika kita lihat di bawah ini, (Di Sini ) Tangzhuang telah dipakai oleh para ketua negara semasa Persidangan APEC di Shanghai, China pada tahun 2001. Antara pemimpin dunia tersebut termasuklah Presiden China, Jiang Zemin; Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Presiden Amerika Syarikat,  George W. Bush; Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden Jepun, Junichiro koizumi, dan Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri. Adakah mereka ini semua tidak tahu adat budaya masyarakat Cina dengan memakai baju Cina mati seperti mana yang dimaksudkan oleh PR. Atau PR sebenarnya yang tidak tahu adat budaya masyarakat Cina?




TQ : PAPA GOMO

CINA DAP BIADAP NI AKAN SERIK KE LEPAS NI???




Masih ingatkah pembaca tentang Leong Pei Koe yang menunjukan isyarat lucah pasa Permaisuri Agong beberapa hari lepas? ( Di Sini )

 
Lelaki  tersebut dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.
   

Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini pada pukul 11.50 pagi kelmarin.
 
Bagi pertuduhan kedua, Pei Koe didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.
 
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
 
Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.
 
Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.
 
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan.
 
Pei Koe membayar denda itu.
 
Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan tertuduh bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


SUMBER :  KLPos



PKNS : Apa Yang Khalid Buat???



Datum Jelatek adalah antara projek mega Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah dirancang sejak tahun 2010.
Pembangunan itu akan melibatkan kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar milik PKNS.
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 9 Februari 2010 , Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKNS pada ketika itu berkata pembangunan itu akan tetap menempatkan semula penghuni asal flat di samping para pembeli baru untuk mendiami apartment mewah.
Dalam sidang akhbar itu juga, Khalid berkata 90% daripada 650 penghuni di empat blok flat yang akan dirobohkan bersetuju untuk projek itu dilaksanakan.
Walau bagaimanapun jumlah pampasan yang akan diberikan hanya akan diumumkan pada Mac 2010. (Rujukan Arkib Utusan )


Pada 4 October 2012, Datum Jelatek telah dilancarkan di Marina Bay Sands, Singapura dan dibuka untuk pembelian. Rujukan dari laman web untuk jualan unit-unit di Datum Jelatek menunjukkan unit termurah yang ditawarkan untuk Bumiputera berharga SGD 301,924 iaitu lebih kurang RM 754,810 dengan mengambilkiran kadar tukaran wang pada RM 2.5 untuk SGD 1.
Manakala harga paling tinggi ialah SGD 3,739,611 iaitu lebih kurang RM 9,349,027 . Pelancaran Datum Jelatek yang dibuat di Singapura dilihat seperti usaha untuk menarik pembeli-pembeli dari negara jiran itu.
Memandangkan jumlah harga yang terlalu tinggi ini, pembelian unit-unit Datum Jelatek dijangka tidak mendapat sambutan dari rakyat tempatan. Jelas pembangunan yang dibuat adalah untuk menjadikan kawasan Jelatek sebuah kawasan yang elit di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Pembinaan Datum Jelatek juga dijangka akan menggalakkan pembangunan-pembangunan lain di kawasan sekitarnya iaitu di kawasan penempatan majoriti kaum Melayu.
Sekiranya dilihat dari sudut demografi politik, pembangunan kawasan elit ini dijangka akan merubah peratusan pengundi berbangsa Melayu yang sebelum ini mendominasi jumlah pengundi keseluruhaan bagi Parlimen Setiawangsa. Dari keputusan pilihanraya 2008, untuk Parlimen Setiawangsa (P118), jumlah pengundi mengikut peratusan kaum adalah 56.44% bagi kaum Melayu, 33.23% kaum Cina dan 19.13% kaum India.
Penduduk-penduduk dari kaum Melayu yang mendapat pampasan dari pembangunan ini akan berpindah ke kawasan kediaman yang lain seterusnya memberi kesan dalam komposisi seperti yang dinyatakan diatas. Mungkin apabila projek ini siap sepenuhnya kelak komposisi kaum yang mendominasi jumlah pengundi keseluruhan akan berubah.
Sebelum ini, beberapa penduduk flat yang enggan berpindah mempersoalkan penerimaan wang pampasan yang ditawarkan oleh PKNS. Penduduk mendakwa, PKNS pada tahun 2009 telah bersetuju untuk memberi pampasan berjumlah RM250,000 hingga RM300,000 bergantung kepada saiz rumah, manakala antara RM400,000 hingga RM500,000 bagi rumah kedai.
 
alt

Pada 14 November 2011, satu sidang akhbar telah dibuat oleh penduduk mendakwa PKNS mengurangkan jumlah pampasan pada nilai yang lebih rendah iaitu hanya sebanyak RM 130,000 .
PKNS juga dikatakan telah menekan penduduk dengan menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan dan menggunakan undang-undang kerajaan negeri untuk merampas tanah yang diduduki. Tindakan PKNS dilihat seperti 'menghukum' penduduk dek sikap mereka yang enggan berpindah sebelum itu.
Baru-baru ini, dalam satu majlis di Kuala Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa penduduk Melayu yang menjual unit kediaman mereka untuk projek pembangunan bercampur Datum Jelatek memperoleh keuntungan besar apabila dibayar sebanyak RM 300,000 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sekaligus menafikan dakwaan bahawa penduduk Melayu telah dipinggirkan di kawasan itu.
Khalid mendakwa pemilik unit kediaman kos rendah di kawasan itu mendapat keuntungan kira-kira RM 280,000 kerana harga asal bangunan berkenaan adalah dalam sekitar RM20,000 sahaja. Khalid berkata keuntungan yang diperoleh itu membolehkan pemilik membeli kediaman yang lebih selesa berbanding kawasan kediaman sedia ada.
Penjelasan Khalid secara kasar dilihat ada kebenarannya kerana menguntungkan pemilik unit kediaman kos rendah di kawasan itu.
 
alt

Walau bagaimanapun, beberapa persoalan timbul sekiranya dilihat semula kronologi pembinaan projek Datum Jelatek iaitu janji Khalid dalam memberikan unit kediaman kepada penduduk flet dan kemampuan rakyat tempatan untuk membeli unit-unit kediaman di Datum Jelatek.
Projek ini dilihat tidak memberikan keuntungan kepada rakyat tempatan, dan untuk tempoh beberapa tahun akan datang bakal menjadi kawasan penempatan elit yang bakal didominasi oleh warga-warga asing.
PKNS kini dilihat lebih cenderung menjadi elemen perniagaan dalam kerajaan negeri Selangor, sama seperti PDC di Pulau Pinang disebalik matlamat asal penubuhannya iaitu menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat miskin.


SUMBER : KLPos

Wednesday 13 February 2013

Badrul Amin Cerai Isteri Kedua???



Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Dr Badrulamin Bahron dilaporkan kini berada di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat berhubung kes penceraian isteri keduanya di sini bermula jam 8:45 pagi tadi.

Menurut sumber, maklumat berkaitan kes ini telah disahkan menerusi beberapa buah blog politik sejak semalam.
Pada Februari tahun lalu, beberapa media melaporkan,  Dr. Badrulamin yang juga memegang jawatan Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor telah ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita bukan muhrim oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sebuah hotel di Kuantan.

Akan tetapi, beliau yang menafikan tuduhan tersebut menegaskan pertemuan itu bertujuan bagi menyelesaikan masalah melibatkan keluarga wanita berkenaan.
Walaubagaimanapun, Badrulamin yang keluar ke perkarangan mahkamah sekitar jam 9.35 pagi itu enggan ditemubual lanjut berhubung kes tersebut.
 
Sementara itu, wartawan KLPOS turut dimaklumkan bahawa penolong pendaftar yang mengendalikan sebutan kes penceraian berkenaan tidak hadir kerana masih bercuti.

Bukan Guna Duit Rakyat Untuk "Gangnam Style"



Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya 'Gangnam Style', hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang baru-baru ini.
 
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini,  pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.
 
"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.
 
Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.
 
Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.
 
Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.
 
Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College.
SUMBER : KLPos

PRU 13 : Johor Beri Tumpuan 5 Kerusi



Ketua Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan mengesahkan lima kerusi Parlimen di Johor Bahru akan diberikan tumpuan utama oleh Barisan Nasional (BN) pada  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurut Ahmad, lima kerusi Parlimen iaitu Kluang, Segamat, Gelang Patah, Kulai dan Bakri akan diberi tumpuan bagi mencapai sasaran kemenangan 100 peratus di 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
“Semua sedia maklum tentang kerusi tumpuan yang kita perlu perkukuhkan,  perkemas dan mantapkan, ia tidak bermakna kerusi kita kalah tetapi kita mahu kerusi di situ  perlu diberi penekanan dalam semua segi bagi mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) 100 peratus kemenangan.
“Ini tidak bermakna 21 kerusi lain kita akan berasa selesa dan goyang kaki, kita telah diarahkan untuk mantapkan jentera di semua peringkat,” katanya selepas mesyuarat tertutup Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perhubungan BN dan Umno Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), Johor Bahru semalam.
Tambah Ahmad yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno,  lima kawasan tersebut dipilih atas pelbagai sebab khususnya menawan Parlimen Bakri milik DAP selepas kekalahan pada PRU12.
“Bila kita hendak menang kita tidak mahu ada kawasan Parlimen yang kalah di kerusi Dun, antara sebab lain diberi fokus kerana komposisi pengundi, selepas pembentangan itu kita yakin BN akan mengekalkan kerusi sedia ada dan merampas kembali satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dun.
“Namun ditegaskan dalam perjumpaan ini Presiden (Najib) nyatakan amanat dan siapsiagaan jentera PRU,  tidak ditimbulkan mengenai kerusi dan calon,” katanya.
SUMBER : KLPos

Hapuskan Pengkhianat : BN Akan Menang 2/3 Majoriti PRU 13...

 
 
BN, daripada Pengerusi sampailah kepada jentera paling rendah jawatannya dalam struktur pilihanraya pasti yakin bahawa BN akan menang dengan 2/3 majoriti dan begitu juga dengan Pakatan Pembangkang,dari Anwar sehinggalah pencacai yang paling rendah tarafnya juga mengatakan bahawa Putrajaya bakal jadi milik mereka. ( Di Sini )
Namun realiti politik perlulah difahami dengan baik dan matang oleh semua malah proses demokrasi melalui PRU ke 13 dalam negara masih lagi menawarkan 222 kerusi Parlimen untuk di pertandingkan dan setiap pihak yang bertanding perlu memperolehi 148 kerusi untuk berdiri megah sebagai kerajaan yang kuat menguasai 2/3 majoriti dan bukti kepada dunia bahawa ini adalah pilihan rakyat.
Gunalah pelbagai strategi untuk mengekal dan meraih sokongan sehinggalah pengundi akan memilih siapa yang akan layak memerintah.dan kepada BN gunakanlah kesempatan yang masih ada ini untuk membuktikan kepada rakyat bahawa  BN harus  terus disokong demi negara ini. 
Jika tidak digunakan ruang dan peluang yang ada,maka penyesalannya nanti akan berterusan ke anak cucu bahkan nama NAJIB akan terus dikeji dan selagi ruang dan peluang yang ada untuk mempertahankan apa yang ada hari ini,PM Najib harus gunakan segalanya bersesuaian dengan pesanan pujangga lama `jemurlah kain sewaktu hari masih panas’.
Realiti politik haruslah difahami dan dihadamkan dengan baik dan gerak kerja mencari sokongan perlu kepada kesungguhan dan kebijaksanaan kerana persoalan sokongan politik tetap 1 kepala hanya boleh menyumbang 1 undi.  Selanjutnya Di Sini...
 

Tuesday 12 February 2013

MERCU TANDA RAKYAT JOHOR DI JUAL???

Tanggal 14 Februari 2013 nanti berakhirlah pegangan Johor Corporation (JCorp) terhadap  perniagaan Kentucky Freid Chicken (KFC) yang selama ini menjadi kebangaan rakyat Johor apabila Tripple Plate yang dikuasai oleh Zaki Zahid yang  dilantik  sebagai PemudahCara akan menjual saham dalam KFC sebanyak 51 %  dan Jcorp sebanyak 30 % kepada CVC Capital  dan jumlah jualan ini melibatkan pertukaran saham sebanyak 81% dan selebih bakinya dipegang oleh Jcorp dan KWSP. ( Di Sini )


Peringkat awalnya,Tripple Plate sebelum ini adalah gabungan tiga syarikat sebagai Pemegang Aamanah saham bagi oihak KFC apabila Suruhanjaya Sekuriti  meluluskan penstrukturan semula  KFC dan QSR Berhad yang akhirnya  JCorp  memegang saham KFC sebanyak 51 %.KWSP  25 % dab CVC Capital  24 %.


Namun sekarang saham tersebut telah dijual kepada Iskandar Water Front City sebanyak 30% manakala saham KWSP sebanyak 25 % itu  dibeli semula oleh Jcorp  dan dijual semula kepada CVC Capital sebanyak 25 %. CVC Capital dan Iskandar Water Front City adalah milik majoriti Lim Kang Hoo.Jadi siapa pemegang saham terbesar?Berapa peratus milik JCorp?Berapa peratus milik KWSP?


Hebat Zaki Zahid,dia buat duit jual atas jual dan adakah ini kita boleh panggil sebagai jenayah terancang? Ada pula orang kata, dimana ada Zaki Zahid maka pasti disitu akan ada penjualan aset.


Kita harus mengucapkan tahniah kepada Ghani Othman,Zaki Zahid dan terutama sekali kepada Lim Kang Hoo kerana akhirnya berjaya meruntuhkan mercutanda pernigaan yang dibanggakan oleh seluruh rakyat Johor dan agenda Gahnai Othman ini dilihat bukan untuk mengkayakan orang-orang Melayu terutamanya di Johor tetapi lebih kepada mahu memiskinkan rakyat negeri  itu.

Foto CINA DAP BIADAP Tunjuk Isyarat Lucah Pada Permaisuri Agung...




 


Ini adalah perincian peristiwa dan orang yang telah melakukan isyarat lucah terbabit:

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayang Lepas pada jam 1:05 tengah hari tadi (kelmarin 11/2).Seorang lelaki Cina telah menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong dan telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Nama:
LEONG PEI KOE 
No. Kad Pengenalan: 840718-10-5015
Umur: 29 tahun
Kerja: Quality Surveyor di sebuah kilang di Singapura
Pendidikan: Bsc Degree Building Economic and QS di Heriot Walt University Scotland,UK (2007)
Alamat: C18-18-9, Serina Bay, Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Pada jam 12:50 tengah hari sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas,Leong Pei Koe telah menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang diniaki oleh DYMM Raja Permaisuri Agong.ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapati LEONG PEI KOE.Amaran telah diberikan kepada lelaki Cina tersebut yang dia boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294(a)KK.Bagaimanapun,lelaki Cina itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya dan berkata,di Pulau Pinang, polis Melayu tidak ada kuasa kerana Pulau Pinang adalah hak milik Cina.Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampiri LEONG PEI KOE,lelaki Cina tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa kali.Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi siasatan dan tindakan lanjut.Hasil siasatan polis mendapati,lelaki Cina tersebut tidak mempunyai rekod lampau, manakala ujian air kencingnya adalah negatif.

Sunday 10 February 2013

PRU 13 : Masih Layakkah Pas Di Terima Lagi Di Kelantan???


Gong Xi Faa Chai pada yang menyambut Tahun Baru Cina hari ini.
Kita beruntung berada di bumi Malaysia yang aman damai & haormoni, masing masing menghormati & memeriahkan perayaan masing masing dalam pelbagai kaum & fahaman agama.
Walaupun berdentam dentum kedengaran dari malam tadi, itu bukanlah BOM seperti di sesetengah negara yang dilanda peperangan. Kita patut bersyukur kerana negara kita tidak di landa krisis seperti yang di alami Palestin contohnya.


Di bawah pimpinan Kerajaan BN, kita sangat bertuah kerana kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak sangat bijak memimpin & melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat.
Jika dilihat kepada pembangkang yang menjaga 4 buah negeri dibawah pemerintahan mereka huru hara & hasutan membenci Kerajaan amat ketara. Memerintah negeri sudah nampak tidak mampu, bagaimana pula hendak di perintahkan sebuah negara?


Contohnya di negeri kelahiran penulis sendiri, negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu negeri Kelantan, Pas sebagai pemerintah negeri tidak dapat melaksanakan segala janji yang di taburi kepada rakyat. Yang menderita ialah rakyat, sedangkan Kerajaan Negeri hanya sibuk dengan angan angan mereka untuk ke Putrajaya yang kononnya dulu mahu di jual. Tetapi sekarang, mereka sendiri yang mahu berada di sana. Dari situ kita sudah dapat melihat bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak tetap dengan pendirian mereka, itu hanya 1 contoh yang penulis berikan. Masih banyak perlakuan Pas yang akhir akhir ini sudah tersasar jauh dari perjuangan mereka sebelum ini yang kononnya juga berlandaskan Islam agama yang suci.


Di mana perjuangan Pas yang dulu memperjuangkan Islam? Dimana perjungan Pas dulu yang memperjuangan nasib kita yang dikatakan bahawa akan dipertahankan dibawah kepimpinan Islam? Ke manakah Pas yang dulu katanya inginkan Negara Kebajikan?
Semua itu tinggal janji & angan angan kosong kerana Pas sekarang hanya mementingkan persahabatan mereka dengan DAP & PKR yang mereka juga bersekongkol untuk menjatuhkan Kerajaan BN. Apa nasib rakyat jika bukan BN lagi yang memerintah Malaysia? Adakah Pas mampu mempertahankan nasib Melayu & Islam? Mungkin tidak kerana sekarang ini pun sudah jelas, Pas di bawah telunjuk mereka.


Masihkah rakyat mahu memilih kerajaan seperti itu untuk memerintah negeri Kelantan? 
Sepatutnya rakyat perlu sedar dari sekarang sebelum terlambat, kerana jika kita membuat pilihan yang salah lagi pada PRU yang hampir tiba ini, yang menanggung akibatnya ialah rakyat sendiri juga.
Sudah 23 tahun kita di bawah pemerintahan Pas yang tidak memberikan apa apa kebaikan kepada rakyat malah hanya mementingkan kepentingan & kedudukan mereka sahaja.


Kita perlu fikirkan nasib sendiri & generasi yang akan datang di Kelantan mahupun Malaysia jika kita terus memilih Kerajaan yang "SALAH" ini. Apa nasib kita & mereka kelak?
Masihkah kita mempunyai tempat di tanah air sendiri jika kita memilih Pas di Kelantan & PR untuk "Menjaga" kita di bumi bertuah ini?


Wahai Anak Anak Kelantan, Wahai Kaum Kerabat Yang Dikasihi..

Renung Renungkanlah...

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan