Wednesday 10 April 2013

PRU13 : BN Bakal Menang Besar...




Hari ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengumumkan tarikh bagi PRU13 ialah pada 5 mei 2013 manakala pengundian awal berlangsung pada 30 April. Penamaan calon PRU13 pula akan berlangsung pada 20 April 2013.

Seramai 13 268 002 pemilih layak mengundi pada PRU13, terdiri daripada 12 998 661 pengundi biasa dan 161 251 pengundi dari kalangan tentera dan pasangan disamping 111 136 dan 2 954 masing-masing dari Polis Gerakan Awam (PGA) dan pengundi luar negara (pengundi tidak hadir).

PRU13 akan berlangsung serentak di seluruh negara dan akan dibantu oleh 234 908 petugas. SPR akan menggunakan 8 789 pusat mengundi yang mengandungi 26 219 tempat mengundi (saluran). Bagi maksud hari pengundian awal, sebanyak 544 pusat mengundi dengan 882 tempat mengundi akan dibuka. Manakala bagi pengundian biasa, 25 337 tempat mengundi akan dibuka

Proses berkempen akan dipantau oleh 379 Pegawai Penguat Kuasa yang juga merupakan Ketua Pasukan Penguatkuasa kempen Pilihan Raya.


Sumber : KLPos

Monday 8 April 2013

PANAS!!! PAPAGOMO Lawan Anwar...Milo Suam Lawan Najib???




Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau Pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.


Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari arena politik negara.


Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video-video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.


Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir  lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.


Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.


Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi Permatang Pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.


Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.


*** Psssttt... Kita sama sama nantikan yer...

Friday 5 April 2013

PANAS!!! Papagomo Bakal Kalahkan Papa Homo???

 
 
Desas desus menyatakan bahawa Papagomo akan bertanding pada PRU13 nanti. Adakah benar individu yang akan bertanding itu Papagomo, atau individu yang di tuduh sebagai Papagomo yang sebenarnya akan bertanding? Tetapi lebih hangat diperkatakan sebenarnya yang ingin bertading ialah individu yang di tuduh sebagai Papagomo itu yang akan menjadi calon pada PRU13 nanti.
Sumber memberitahu yang invidu yang dituduh sebagai Papagomo telah berhubung dengan SPR bertanyakan syarat dan peraturan bagi melayakkan diri beliau sebagai calon dalam PRU13.
Sumber juga berkata, dalam masa terdekat individu tersebut bersama dengan rakan beliau akan ke SPR untuk membeli borang pencalonan.
Ditanya apakah beliau yakin yang dapat mengalahkan Anwar Ibrahim nanti, individu tersebut dengan bersahaja menjawab "kalah sudah pasti, tetapi saya akan minta bantuan papagomo sebenar untuk bantu berkempen dan dedahkan salahlaku Anwar Ibrahim". Artikel selanjutnya Di Sini...
TQ : Tok Guru 

Thursday 4 April 2013

ISU CINCIN : DS Rosmah Mengaku???




Lain kali kalau nak menipu pun biarlah logik sikit. Isu cincin timbul tahun 2011. Janganlah pakai akhbar tahun 2008. Wajah akhbar pun berubah antara tahun 2008 dengan 2011.


Sehingga ke hari ini tidak pernah sekali pun Datin Seri Rosmah mengeluar ayat bahawa beliau membeli cincin itu hasil menabung dari kecil. Itu semua dilakukan oleh puak-puak mereka sendiri dengan melakukan pengubahsuaian pada muka depan akhbar Utusan Malaysia keluaran 8 Febuari 2008.


Datin Seri Rosmah akui cincin berkenaan masuk ke Malaysia dan dialamatkan ke kediaman PM untuk tujuan pameran kepada bakal besannya  (Maira Nazarbayev) yang pada ketika itu berada kediaman PM untuk beberapa ketika bagi membincangkan majlis pertunangan anak mereka. Maira Nazarbayev adalah 'regular customer' kepada Jewellry Jacob & Co New York.

Jacob & Co New York telah menghantar cincin tersebut melalui syarikat penghantaran Malca Amit New York dan masuk ke Malaysia melalui KLIA pada 16 April 2011 . Di KLIA urusan seterusnya termasuk urusan pengishtiharan Kastam dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd. Artikel selanjutnya Di Sini & Di Sini...

Hadi Awang Menfitnah UMNO???

 
"UMNO ini percaya pada bomoh. Dia (UMNO) tanya bomoh terlebih dahulu lah nak tetapkan (tarikh) pilihan raya ini. Mungkin kalau bomoh dia tentukan kalau awal, awal lah." - Hadi Awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali berkenaan tarikh PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa berkata, UMNO tanya bomoh terlebih dahulu lah nak tetapkan (tarikh) pilihan raya ini. Mungkin kalau bomoh dia tentukan kalau awal, awal lah.
Dakwaan tersebut dikeluarkan Hadi ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali berkenaan tarikh PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Seterusnya Di Sini
Sumber : KLPos
  

Monday 1 April 2013

Pengikut Setia Nik Aziz Lari Masuk UMNO???


Gambar Hiasan
"Memang betul saya pengikut setia Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan selalu mengikut programnya. Apabila saya membuat perbandingan akhirnya kami sepakat Pas tidak boleh membela nasib kami dan tidak mampu memartabatkan Islam. Jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat besar terutama pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan banyak lagi. Ini telah membuka hati kami para guru dan pelajar pondok di sini dan kami yakin UMNO boleh membawa negara, bangsa dan agama ke tempat yang selayaknya," kata Wakil guru dan pelajar pondok di Tal Tujuh, Mohd Zaidi Shafie  pada majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat di Kampung Hutan Chengal, Tendong Pasir Mas.

Bagi mereka tiada parti lain selain UMNO yang mampu memartabatkan sinar Islam selepas Pas gagal berbuat demikian sejak memerintah Kelantan pada 1990. Selain itu bagi mereka lagi terlalu banyak janji palsu yang ditaburkan pemimpin Pas dan selama itu mereka melihat jasa kerajaan Pusat dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat benar-benar telah menambat hati. Seramai 70 anggota Pas yang terdiri daripada guru dan pelajar sebuah sekolah pondok di sini, malam tadi mengisytiharkan mereka keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO sebagai wadah perjuangan.

Sementara itu Hanafi berkata keikhlasan guru dan pelajar pondok itu untuk menyertai UMNO bukan dipaksa oleh mana-mana pihak tetapi lahir daripada kehendak mereka sendiri. Dua hari lalu, seramai 30 anggota PAS di Kampung Kubang Telaga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Umno.

Sumber : KLPos




◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan