Pages

Thursday, 2 August 2018

LGBT & HIV - Kes Meningkat, Kerajaan Baru Harus Bertanggungjawab



Negara kita catat peratusan tertinggi dijangkiti HIV menurut data Sektor HIV/STI, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan...

Berdasarkan laporan itu, golongan LGBT adalah penyumbang utama peratusan ini meningkat...
Jumlah ini adalah 14 kali ganda lbh tinggi berbanding penangih dadah yg dijangkiti melalui jarum suntikan kerana golongan LGBT ini menyebarkan virus HIV melalui seks luar tabii...

Kalau dulu, org yg dijangkiti HIV ni biasa kita anggap mereka adalah penagih dadah kan? Tapi skrg tidak lagi, ini bukan lah bermaksud penangih dadah bkn penyumbang utama tetapi golongan songsang seperti LGBT ini lbh menganas di era baru ini...

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, statistik penularan HIV meningkat... Malah golongan ini lbh berani dan lantang menonjol kan diri tanpa berselindung malah mereka seakan berbangga kehadiran mereka dlm kalangan masyarakat awam juga berani mendesak agar mereka dihormati serta hak mereka samarata dgn golongan normal sdgkan mereka ini mengamalkan cara hidup diluar tabii...

Promosi tentang kehidupan mereka juga makin galak ditonjolkan seakan-akan mereka adalah "suci"... Golongan ini makin sukar dikawal malah gejala songsang ini disegan silu menanyang kegiatan mereka...

Apa akan jadi pada nasib pewaris bangsa dan agama kita pada masa akan dtg jika perkara ini tidak dibendung? Nauzubillah...

Thursday, 12 July 2018

MEMERLUKAN 15,000 KAWAN UNTUK DERMA KEPADA PUSAT TAHFIZ AL-BARAKAH.



Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias beritahu kos untuk run tahfiz itu adalah RM150,000 sebulan.Termasuk untuk guru-guru dan pelajar-pelajar tahfiz juga yang terdiri dari anak-anak yatim.

Saya perlukan sokongan dari 15,000 kawan untuk menderma seorang RM10 saja pada bulan ni.

(RM10 x 15,000 kawan = RM150,000)
Next month kita buat lagi.So stay tuned.Transfer kepada akaun yang tertera dalam gambar di bawah.

Yang dah transfer,komen #done saja.Dah cukup 15k komen maknanya kita berjaya.Kalau tak cukup lagi, pakat2 share status ini.Bukan apa,at least nampak macam organized sket.

Bismillah..

#SahamAkhirat
#Pray4AlBarakah

FB : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1231564360319963&id=100003992313002

Hai... I'm back

Assalamualaikum .. Lama tak update apa2 story kt sini... Test.. Test.. Test

Sunday, 26 January 2014

Selfie : Syok Sendiri Atau Cara Bahagiakan Diri Sendiri?



‘Selfie’ merujuk kepada gambar yang diambil sendiri dengan menggunakan telefon atau webcam dan dimuat naik di media sosial. Entah mana mulanya tapi tiba-tiba tahun 2013, istilah ini dianggap paling banyak digunakan hingga ia diangkat menjadi istilah paling popular. 

Kebiasaannya istilah ini banyak dikaitkan dengan Instagram yang mana lebih 80% pemilik akaun laman sosial ini akan menggunakan kaedah ‘selfie’ untuk memperkenalkan diri mahupun menayangkan kepada pengikut atau temannya. 

Sedikit fakta, tingkah laku ‘selfie’ yang mula popular tahun 2013 ini sebenarnya sudah lama bermula sejak aktifnya MySpace kira-kira sembilan tahun lalu namun penggunaannya tidaklah begitu ketara atau drastik.

Mungkin ketika itu laman sosial tidaklah sebesar sekarang kerana penggunaan Internet masih belum menyeluruh ke seluruh dunia dan masih belum ada pendedahan seperti hari ini.

Bagaimanapun mengikut statistik dan kajian dilakukan laman web antarabangsa di Amerika Syarikat baru-baru ini mendedahkan yang hampir 95% anak muda sudah tentu memiliki sekurang-kurangnya dua akaun laman sosial sama ada Instagram, Facebook atau Twitter.

Sekitar 2006, MySpace adalah laman sosial terbesar di dunia yang membolehkan anda mempamerkan gambar. Namun 2009, Facebook mula ambil alih pandangan orang ramai terutamanya golongan muda dan pelajar menerusi kelainan dan keistimewaannya dengan reka letak gambar profil yang lebih berkualiti. 

Pada tahun 2010 pula, syarikat perisian gergasi dunia, Apple melancarkan telefon canggihnya, iPhone 4 dengan memperkenalkan teknologi paling canggih ketika itu iaitu kamera depan yang memudahkan pengguna mengambil dan mengawal gambar sendiri. 

Setahun kemudian, lama sosial Instagram pula diperkenalkan sekali gus memperkenalkan konsep baru dengan meletak ‘hashtag’ dan lebih banyak ‘filter’ untuk membenarkan pengguna mengedit gambar. 

Itulah permulaan istilah ‘selfie’ mula berkembang sebelum mencetuskan fenomena sepanjang 2013. Mana tidaknya, sesiapa saja boleh mengambil ‘selfie’ daripada ahli politik sehinggalah selebriti. 

Semuanya mengambil gambar sendiri dan kemudian mengubah suai gambar itu untuk tampak lebih cantik. Presiden Amerika Syarikat sendiri ‘selfie’ dan hampir kesemua selebriti di dunia turut melakukannya.

Enjin pencarian Google menunjukkan penggunaan #selfie bermula pada lewat 2012. Bermula Januari 2013, jumlah perkataan #selfie saja adalah sebanyak 34,924,648 manakala #selfies sebanyak 3,692,570 dan diikuti #selfiesunday adalah 2,025,077.

Pada tahun 2013, perkataan ‘selfie’ secara rasmi dimasukkan ke dalam Kamus English Oxford dan diumumkan sebagai ‘word of the year’!

Mungkinkah ada lagi fenomena baru lain pula tahun ini? Mengikut pemerhatian, ‘selfie’ masih lagi relevan namun sudah tentunya akan muncul pula istilah lain yang bakal mencetus fenomena untuk 2014.

Pesanan ringkas, menonjolkan diri melalui konsep ‘selfie’ itu tidak salah asalkan tidak menjatuhkan maruah dan reputasi anda dengan bergaya tidak betul dan ‘ber-selfie’ biarlah bertempat! Bimbang bukan orang suka sebaliknya orang mual pula.

Sunday, 19 January 2014

Puteri UMNO Sasar Anak Muda Teruskan Perjuangan



Taiping - Pelancaran Karnival Kempen Keahlian Puteri UMNO yang julung kalinya diadakan di Perak, di bawah kepimpinan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin dijangka mampu menarik ribuan ahli baru.

Karnival yang berlangsung di Taman Tasik Taiping, Taiping Perak itu berlangsung dengan meriah dan bertujuan adalah untuk mensasarkan ahli baru Puteri UMNO untuk masa yang akan datang & mendekatkan generasi muda kepada UMNO khususnya.

Rata-rata mereka yang hadir terdiri daripada Puteri UMNO yang meliputi 24 bahagian di seluruh negeri Perak dan terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di sepanjang program, antaranya 'booth' pameran dari pelbagai agensi seperti PDRM, AADK, RELA dan jualan barangan daripada Puteri UMNO.

Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan berkata, Perak menjadi tuan rumah pertama pelancaran karnival ini dan ia akan dijalankan secara berperingkat-peringkat di negerilain.

Tambahnya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai terutama pengundi muda.

"Sasaran kita adalah untuk menarik lebih ramai wanita muda untuk mendekati Puteri UMNO, alhamdulillah saya lihat sambutan di sini amat menggalakkan.

"Diharapkan sasaran keahlian sebanyak 500,000 ahli akan tercapai," katanya ketika ditemui dalam program tersebut.

Ahli Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang, Hajar Hanim Miskon pula berkata, kehadiran ribuan ahli baru ternyata di luar jangkaan kerana sebelum ini agak sukar untuk menarik minat anak muda, lebih-lebih lagi dalam soal politik.

"Seronok sangat bila lihat ramai orang dan ahli-ahli baru datang ke sini, tidak kurang juga dengan kemeriahan gerai jualan daripada ahli UMNO sendiri, sedikit sebanyak dapat beri peluang untuk mereka jadi usahawan muda dengan produk sendiri," katanya.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjung Malim, Zuzaiti Md Zakaria berkata, keahlian baru ini dapat membantu parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana peranan orang muda dan wanita turut menyumbang dalam kejayaan parti.

"Ia dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli di seluruh Malaysia, sebagaimana kita dapat lihatada juga ahli yang datang dari negeri-negeri lain bagi menunjukkan sokongan kepada pergerakan Puteri.

"Kita dapat memberi pendedahan kepada anak-anak muda ini apa sebenarnya misi dan visi Puteri dan peranan dalam menjayakan hasrat UMNO," katanya.

Setakat ini terdapat 191 Bahagian Puteri UMNO yang melibatkan 9,998 cawangan dan keahlian seramai 368,481 orang.

Dalam program ini juga, borang ahli akan diserahkan kepada Ketua Puteri UMNO bagi menggerakkan ahli Puteri di setiap negeri untuk mempergiatkan Kempen Keahlian dan Daftar Pemilih.

Golongan sasaran terdiri daripada lepasan sekolah menengah, universiti serta golongan muda dalam lingkungan umur 18 hingga 35 tahun.

Sunday, 22 December 2013

Lagi Bom Di Danok



Danok, 22 Disember - Hari ini berlaku kejadian bom sekali lagi di Wilayah Danok, Thailand. Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 petang tadi.

Kejadian berlaku berhampiran Oliver Hotel. Motif kejadian belum dapat dipastikan. Kejadian dikatakan ada persamaan dengan dua bom motosikal meletup hampir serentak di hadapan balai polis daerah Sadao dan Padang Besar di Songkhla, pada jam 11.20 pagi tadi.

Governor Songkhla Grisada Boonrach mengesahkan perkara berkenaan dan tiada kematian dilaporkan sehingga tengah hari ini.Sehingga kini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkuasa Thailand sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Terbaru di Hotel Oliver, 9 peniaga warga Thailand dilaporkan cedera parah.

Rakyat Malaysia yang merancang ke sempadan Thailand di nasihatkan menangguhkan dahulu hasrat tersebut. Ini adalah untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Tuesday, 26 November 2013

Kepimpinan PKR Sabah Tolak Anwar : 13 Umum Keluar Parti



Kuala Lumpur - 11 Ketua Cawangan & 2 ADUN PKR Sabah nekad keluar parti ekoran hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR dan campurtangan kepimpinan PKR Pusat ke atas PKR anak tempatan Sabah. ( Di Sini )

Menurut mereka, PKR Pusat Pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak berlaku adil dalam pemilihan-pemilihan kepimpinan malah turut menafikan hak mereka sebagai ahli parti kerana telah memungkiri janji-janji yang telah dibuat kepada mereka. ( Di Sini )

Oleh itu, mereka telah sepakat untuk keluar parti beramai-ramai demi menjaga hak rakyat yang telah memelilih mereka sebagai pemimpin di kawasan masing-masing.

Antara mereka adalah Angki Addek (Kota Marudu), Anthony Mandiau, Juhani Abd Halim, Mohd Jun (Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Kinabatangan), Lokuan Ureh (Semporna), Timoty Lim (Sepangar), Apandy Sipin (Pensiangan), Soloh Yuna (Kota belud), Jelani Hamdan (Matunggong) & Jeremmy Malajad (Kedamaian). ( Di Sini )


Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan