Friday 12 October 2012

Nik Aziz vs Khalid Ibrahim



Malam ni saya nak bercerita pasal bola pulak, kebetulan pula malam ni Kelantan yang menang dan saya adalah anak jati Kelantan.
Boleh jugak kita umpamakan "game" malam ni perlawanan antara pasukan Nik Aziz dan Khalid Ibrahim. Opppsss...konon konon saja, bukan betul betul ye.

Kononnya pasukan Nik Aziz lawan pasukan Khalid yang mana Pas dan PKR, saling ingin merebut kuasa.
Yang menang malam ini bakal ke perlawan "Final", begitulah ibaratnya Pas dan PKR yang berlumba lumba dalam Pakatan Rakyat. Masing masing ingin berada diatas, masing masing ingin merebut tahta.

Berbalik kepada cerita asal tadi, game malam ini berpihak kepada pasukan Red Warrior iaitu pasukan Negeri Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang Negeri Kelantan. Nampaknya ada yang kecewa dengan kemenangan Kelantan malam ini, itu jelas sekali pada pasukan Selangor yang kalah tanpa jaringan.
Itu namanya perlawanan, ada kalah dan ada menang. 

Jadi, harapan saya semoga penyokong penyokong selangor janganlah berasa sangat kecewa kerana bagilah peluang kepada pasukan lain untuk merasa kemenangan pula contohnya pasukan ATM yang layak bergandingan dengan Red Warrior pada Final Game nanti.
Saya perhatikan dalam halaman "mukabuku" saya sebentar tadi, ada juga yang begitu taksub kepada politik sehinggakan dengan bangga mengatakan bahawa kemengan Kelantan malam ini disebabkan "berkat" Tuan Guru Nik Aziz.

Saya bukan ingin menafikannya, tetapi berasa amat kecewa kerana ada sesetengah pihak yang cuba mempolitkan perlawanan bola. Ada juga saya terbaca , bahawa ada antara penyokong pasukan Red Warroir yang membawa masuk bendera Pas dan Lambang "R" iaitu lambang yang dimainkan oleh pihak penyokong Pas sekarang ini. Bagi saya hal ini adalah tidak patut.
Tidak bolehkah kita tinggalkan sejenak soal politik ketika kita sedang berada dalam keadaan santai melayan perlawanan bola sepak ini?

Apa pun, kita tunggu perlawan akhir nanti yang akan menetukan siapa bakal juara untuk tahun ini.

"Hidup Red Warroir"


0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan