Lain kali kalau nak menipu pun biarlah logik sikit. Isu cincin timbul tahun 2011. Janganlah pakai akhbar tahun 2008. Wajah akhbar pun berubah antara tahun 2008 dengan 2011.
Sehingga ke hari ini tidak pernah sekali pun Datin Seri Rosmah mengeluar ayat bahawa beliau membeli cincin itu hasil menabung dari kecil. Itu semua dilakukan oleh puak-puak mereka sendiri dengan melakukan pengubahsuaian pada muka depan akhbar Utusan Malaysia keluaran 8 Febuari 2008.
Datin Seri Rosmah akui cincin berkenaan masuk ke Malaysia dan dialamatkan ke kediaman PM untuk tujuan pameran kepada bakal besannya (Maira Nazarbayev) yang pada ketika itu berada kediaman PM untuk beberapa ketika bagi membincangkan majlis pertunangan anak mereka. Maira Nazarbayev adalah 'regular customer' kepada Jewellry Jacob & Co New York.
Jacob & Co New York telah menghantar cincin tersebut melalui syarikat penghantaran Malca Amit New York dan masuk ke Malaysia melalui KLIA pada 16 April 2011 . Di KLIA urusan seterusnya termasuk urusan pengishtiharan Kastam dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd. Artikel selanjutnya Di Sini & Di Sini...
0 comments: