Faktor utama penolakan rakyat sebenarnya, sebahagian besar perlu ditanggung dan diletakkan ke bahu BTN yang jelas gagal membentuk minda rakyat. BTN mengotorkan amanah yang PM Najib sandarkan. Jutaan kos yg diberikan rupa-rupanya dihabiskan untuk gerakan peribadi. Berapa banyak kos dihabiskan untuk membina hubungan Ketua Pengarah dengan KSN? ( Di Sini )
Kalau terus membiarkan Raja Arif yang sombong,bongkak serta berlagak ini terus kekal sebagai Ketua Pengarah BTN lagi. PM Najib akan menempah laluan berliku untuk PRU14 dan sebab itulah bersungguh Raja Arif bantu Shalan Ismail di Pokok Sena kerana beliau yakin itu adalah talian hayatnya, selama ini pun Raja Arif bukan kerja untuk PM Najib tapi demi Sahlan dan membiarkan semua yang telah meninggalkan pejabat PM membuat pusingan U akan membuat PM sekali lagi tertipu dgn mainan politik kumpulan ini.
Apakah semua dasar yang di kemukakan dalam masa 5 tahun menerajui kerajaan di tolak? Jika ditolak kenapa? PM Najib memperkenalkan berbagai-bagai dasar, gagasan dan berbagai-bagai transforamsi tetapi rupa-rupanya PM Najib seakan-akan `one man show’ kerana segala dasar-dasar serta gagasan-gagasan beliau gagal di hayati dan dirasai oleh jiwa rakyat.
PM Najib membayarnya pada harga yang cukup mahal apabila merubah struktur BTN secara tiba-tiba bila BTN diberikan tanggungjawab khas mempromosikan Gagasan 1Malaysia dengan menganjurkan berbaga-ibagai acara, menerbitkan puluhan buku yang menelan belanja jutaan ringgit malah hingga mengangkat kedudukan Ketua Pengarahnya daripada Gred Jusa C ke Jusa A namun segala curahan kewangan berjuta-juta ringgit dan kenaikan pangkat Ketua Pengarah serta Pengarah-Pengarah lain tidak menjamin kejayaan kepada penerimaan 1Malaysia. ( Di Sini )
Berapa banyak pula Ringgit Malaysia digunakan untuk memujuk golongan ABIM? Berapa banyak pula Ringgit Malaysia untuk menutup kelemahan peribadi? Berapa banyak pula untuk melakukan perubahan fizikal yang ternyata sia-ssia akhirnya? Bermula daripada perubahan logo BTN hinggalah perubahan ianya hanyalah semata-mata untuk dilihat hebat dan angkuh dan bukannya untuk menjayakan agenda besar PM Najib yang mahu membentuk minda rakyat berhadapan dengan PRU 13.
Kegagalan 1Malaysia adalah kegagalan BTN. Kekalahan BN dalam gelanggang adalah sebagian kegagalan BTN membaca denyut nadi rakyat. Berapa banyak ceramah 1Malaysia yang mendapat sokongan rakyat dlm PRU13? Akhirnya sama ada dlm opsim, opkum, opsidek dan lain-lain, ianya terpaksa menjawap isu, menerangkan ancaman musuh, tidak ada satu pun penerangan tentang 1Malaysia.
Renung Renungkalan...
TQ : SanggahTokJanggut
0 comments: