Datuk Maznah diketahui mempunyai hubungan akrab Datuk Seri Rafidah Aziz, maka mungkinkerana itulah beliau digambarkan oleh Shahrizat sebagai bertanding sebagai proksi kepadawanita hebat itu. Datuk Maznah bagaimanapun menafikan yang beliau menjadi proksi sesiapa.
Pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO semakin menarik dengan pengumuman Senator Datuk Maznah Mazlan untuk turut merebut jawatan itu, selain Raihan Suleiman Palestin.
Dari segi pengalaman, Datuk Maznah sudah cukup membuktikan kewibawaannya melaluijawatan Exco Wanita yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah selama limapenggal. Beliau telah terlibat dengan pergerakan Wanita Umno sejak 1970an dan memegang pelbagai jawatan, termasuk Ketua Wanita Bahagian Rompin dan Ketua Wanita Umno Pahang.
Raihan membawa kekuatan nama bapanya dan harapan rakyat kepadanya ialah agar beliau turutmewarisi prinsip dan ketegasan tokoh tersebut. Selain itu, Raihan turut dilihat sebagai watakyang tepat untuk bersemuka dengan pembangkang memandangkan beliau adalah sepupu kepadaKetua Pembangkang dan banyak menyimpan cerita silam manusia ‘Anugerah Tuhan’ itu. Namun, Raihan nampaknya bukan merupakan isu utama kepada penyandang. Tetapi, kita tidak dapat mengelak dari mengesan sedikit kebimbangan di pihak Shahrizat terhadap Datuk Maznah. Kenyataan Shahrizat yang memberi peringatan agar tiada siapa yang bertandingsebagai proksi, cukup menarik untuk diteliti.
Secara dasarnya, Datuk Maznah tidaklah ketinggalan jauh di belakang Shahrizat memandangkanbeliau juga adalah bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (April 2008-April 2009), sebelum dipindahkan ke Kementerian Sumber Manusia selama empat tahun sejak April 2009 hingga April tahun ini. Beliau juga pernah dilantik sebagai exco kerajaan negeri Pahang dengan jawatan terakhir ialahmengurus Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Kesenian dan Warisan.
Selanjutnya Di Sini...
0 comments: