Thursday 3 October 2013

PRK Sungai Limau 4 November...




Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar. Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan diadakan pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Okt.

Allahyarham Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau memenangi kerusi tersebut pada PRU13 lalu dengan majoriti 2,774 undi menerusi pertandingan empat penjuru. Beliau yang mewakili PAS memperolehi 13,294 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan 10,520 undi dan dua lagi calon bebas iaitu Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad yang masing-masing hilang wang pertaruhan. 

Bekas Menteri Besar Kedah itu meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada umur 68 tahun selepas menghadapi komplikasi jantung pada 26 September yang lalu.

Azizan dilahirkan pada 25 Oktober 1944 dan meninggal dunia sebulan sebelum ulang tahun kelahirannya ke-69. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah selepas Pakatan Rakyat memenangi negeri itu semasa PRU12 pada 2008.
Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, seterusnya ke Maktab Mahmud pada  1959 dan kemudiannya menuntut di Universiti al-Azhar, Mesir dalam jurusan Sarjana Muda Syariah serta mendapat pendidikan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.
Antara jawatan yang disandangnya ialah Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini), Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga kini) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga kini),
Selain itu, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Perhubungan PAS Kedah pada tahun 2000. Beliau memenangi kerusi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) sejak 1995 hingga 26 September 2013.
Pilihanraya Kecil(PRK) yang bakal berlansung di Dun Sungai Limau ini adalah PRK yang kedua selepas PRU 13, PRK pertama di DUN Kuala Besut, Terengganu pada 24 Julai lalu.

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan