"Maafkan saya, saya tahu rakyat Malaysia kecewa. Saya sudah melakukan
yang terbaik," Datuk Lee Chong Wei berkata selepas gagal untuk memenangi pingat emas bagi Sukan Olimpik setelah tewas buat kali kedua
kepada musuh tradisinya, Lin Dan pada perlawanan akhir di Arena Wembley,
semalam.
Beliau seakan kesal dengan kekalahan semalam, namun kekalah yang terjadi semalam boleh dianggap "BERMARUAH".
Hal itu sendiri diakui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kekalahan pemain badminton nombor
satu negara, Datuk Lee Chong Wei kepada musuh tradisinya Lin Dan
sebagai bermaruah kerana beliau telah menunjukkan semangat juang dan
komitmen yang tinggi.
Perdana Menteri berkata lagi, rakyat Malaysia harus berbangga dengan usaha
dan corak permainan yang ditunjukkan Chong Wei sebelum tewas dengan dua
mata pada set ketiga dalam perlawanan akhir perseorangan badminton di
temasya Olimpik London.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengulas mengenai hal ini juaga berpendapat yang sama, Chong Wei telah
menunjukkan semangat juang dan kesungguhan yang tinggi dalam usaha
mendapatkan pingat emas pertama untuk Malaysia dalam temasya Sukan
Olimpik.
"Mungkin nasib tidak menyebelahi Chong Wei,tetapi apa-apa pun kita
ucapkan tahniah dan saya kira beliau telah bermain bermati-matian dan
bersungguh-sungguh.
"Saya dapat menyaksikan sendiri begitu hebat persaingan itu dan Chong
Wei telah bersedia, namun begitu dalam mana-mana pertandingan ada kalah
dan ada menang," katanya.
Chong Wei akui yang rezekinya pada kali ini hanya untuk mendapat pingat Perak dan dia terima seadanya. Mungkin ramai yang kecewa dengan kekalahan semalam namun kita perlu redha dah memang tidak ada rezeki untuk kita pada kali ini. Sekecewa mana kita sebabgai penyokong dan pennton, kita harus mendalami perasaan pemain itu sendiri yang lebih merasa peritnya menghadapi kekalahan itu.
Jadi.. tidak perlulah kita meletakkan kesalahan kepada Chong Wei diatas kekalahan ini.
Renung Renungkanlah...
0 comments: