Abby Abadi naik marah bila khabar angin tersebar yang mengatakan dia sudah menganuti parti Pas. Dah tentunya dia menafikan dan tak mengaku sertai parti politik Pas seperti yang didakwa pelbagai pihak tetapi pada hakikatnya memang dia berada dalam "KUMPULAN" parti itu dimana mana ceramah atau program yang dianjurkan oleh Pas.
Menurut Abby, dia hanya menjadi jemputan bagi ceramah untuk menceritakan "pengalaman hijrah" beliau. Dan dia hanya duduk dipentas Pas dan bukannya sebab dia nak menceburi bidang politik. Tetapi itu dulu, bukan sekarang. Kerana Abby dilihat sedang giat turun ke setiap program yang dianjurkan oleh Pas.
Turut tersebar gambar Abby yang sedang berceramah di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang anjuran PAS Terengganu. Itulah punca sebenar Abby dikatakan dah masuk parti PAS. Dan gambar itu juga jadi punca Abby dihentam teruk dalam laman Facebook.
Kenapa Abby menafikakn dan bila semuanya sudah terbongkar dan ada kesahihan penyertaannya dalam parti politik itu, Abby mula berlagak alim seakan dirinya sudah cukup sempurna dan seolah olah suci???
Renung Renungkanlah...
0 comments: