Diana Amir yang kini memakai tudung mengulas, dia memakai tudung setelah berkali-kali mimpi kiamat sejak kebelakangan ini. Takut dengan mimpinya, dia mula mendapatkan nasihat dari kawan-kawannya, termasuk rakan selebriti seperti Wardina dan Irma Hasmie.
“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini.””Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya.”
Diana turut mengulas tentang penghijrahan yang makin hebat berlaku diantara golongan artis sekarang. Ramai artis yang "berhijrah" memakai tudung dan tidak kurang pula ada yang mula menjebakkan diri dalam dunia politik sehingga mengundang pelbagai isu dan hangat diperkatakan.
"Bagi saya Politik itu bukan Agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.
Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,”
Diana nampak seperti tidak begitu berminat untuk menurut jejak rakan artis yang terlalu "mabuk" mengejar "Dunia Politik" dengan menjadi "Ustazah Segera" . Tahniah saya ucapkan kepada pelakon comel dan berbakat tinggi Diana Amir yang bijak dalam mengambil keputusan berhijrah.
Renung renungkanlah...
0 comments: