Saturday, 14 July 2012

Puteri positif cadangan hudud

Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
 
SHAH ALAM – Puteri Umno memandang positif cadangan pelaksanaan hudud, namun menegaskan ia perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau melihat desakan pembangkang dan sesetengah pemimpin Umno yang mahu melaksanakan hudud dengan matlamat memurnikan akidah umat Islam sebagai langkah yang baik.

“Kita harus bersedia ke arah kesempurnaan pelaksanaan hudud dan berusaha memberi kefahaman jelas terhadap masyarakat majmuk di negara ini kerana ia adalah hukuman yang memiliki banyak cabang.

“Bagaimanapun, teori dan pelaksanaannya perlu diperhalusi. Kita tidak mahu pelaksanaannya tidak sempurna kerana ini soal hukum ALLAH SWT,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Rosnah diminta mengulas mengenai cadangan Wanita Umno Bahagian Kepala Batas yang bercadang membawa usul menyokong pelaksanaan hudud di negara ini ke persidangan Umno bahagian itu tidak lama lagi.

Menurutnya, pelaksanaan hukum hudud tidak perlu dipolitikkan dan dipermainkan demi kepentingan peribadi.

“Hukum hudud adalah sebahagian kanun jenayah Islam yang merupakan sebahagian dari syariat ALLAH. Oleh yang demikian hukum ini wajib dijunjung, diamalkan serta dipertahankan setiap Muslim dan Muslimat.

“Umat Islam wajib menyokong tanpa mengira parti dan menjauhi diri dari membuat ulasan negatif atau memukul gendang sumbang yang membayangkan pelbagai keraguan,” katanya.

Rosnah berkata, perkara utama yang perlu ditekankan ialah usaha membina semula keruntuhan akidah.

Sumber : Sinar Harian

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan