Kita mengenali Datuk Norza Zakaria sebagai salah seorang bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO bersemangat dalam memperjuangkan dan membuatkan Pemuda UMNO kelihatan tegas satu masa dulu. Beliau juga yang kita kenali sebagai pengasas Biro IT Pemuda UMNO Malaysia yang mula-mula sekali membangkitkan berkenaan pengurusan isu membabitkan blogger pro-BN. Kita tak pernah lupa jasa beliau.
Satu-satunya perkara yang membuatkan penulis respect dan salute dengan bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kedua dahulu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop adalah sikap beliau yang tidak pernah menyerah kalah, tidak mudah berputus asa, banyak bersabar dan yang paling penting terus setia kepada parti itu sendiri yang membuatkan beliau kelihatan hebat. Sikap tak cepat melenting dengan segala tuduhan dan patuh
menerima hukuman perlu ada dalam setiap ahli UMNO sekarang.
Mungkin tidak berat jika penulis letakkan Datuk Norza Zakarian ini sebagai contoh pemimpin yang tahap kesetiaan kepada parti adalah 100% dan contoh pemimpin terbaik yang boleh dibuat icon atau role-model khusus kepada barisan Pemuda UMNO.
Tetapi nasib tidak menyebelahi beliau apabila didakwa dan dituduh atas politik wang untuk memenangi jawatan dalam pemilihan UMNO. Yang lepas biarlah berlalu namun dalam politik semuanya boleh berlaku. Rakan sekeliling yang kita percaya bagai menatang minyak penuh juga mampu menjadi musuh dalam selimut yang paling bahaya. Akibat terlalu percaya kepada rakan sendiri akhirnya Datuk Norza terperangkap dengan permainan yang dicipta oleh rakan seperjuangan.
Setelah 5 tahun digantung keahlian dalam parti UMNO akibat dari tuduhan rasuah pada 2009, akhirnya baru-baru ini bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan akhirnya dikembalikan keahliannya sebagai ahli UMNO yang sah setelah dibebaskan dan dilepaskan dari sebarang tuduhan yang membabitkan dirinya dengan dua tuduhan rasuah bernilai RM3,400 di Mahkamah Sesyen di Temerloh pada 17 Jun 2010.
Syabas dan tahniah kepada Datuk Norza Zakaria yang telah dikembalikan haknya untuk memilih juga dipilih memandangkan pemilihan MT UMNO tidak lama sahaja lagi. Perkara ini umpama memberi isyarat kepada UMNO dan kepimpinan di dalamnya bahawa satu nafas baru bakal dihembus oleh beliau. Selanjutnya Di Sini...
0 comments: