Sebenarnya jika dikaji secara mendalam, beliau sangat layak menggalas jawatan itu berdasarkan kepada latar belakang kerja amal yang dilaksanakannya selama ini.
Malah tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa Azeez adalah seorang insan yang pemurah dan sangat prihatin dalam kerja kebajikan baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Contoh terdekat kita ambil ialah ketika pergolakan yang berlaku di Lahad Datu, siapa orang yang mula sampai untuk menghulurkan bantuan?
Siapa yang insan yang berhati mulia untuk membantu mangsa yang dalam kesusahan di sana?
Itu baru satu contoh yang berlaku di negara ini. Abdul Azeez juga antara orang yang bertanggungjawab membantu Gaza di saat pergolakan berlaku di sana.
Jadi, jika kita bandingkan Azeez dengan Mahfuz atau Nurul Izzah, sudah pasti jauh bezanya.
Pernah mereka ke sana atau ke mana-mana kawasan yang dilanda kesusahan???
Kalau hanya untuk bertutur dan memperlekehkan orang, baik simpan saja niat terkutuk itu wahai Mahfuz dan Nurul Izzah.
Anda berdua tidak layak sama sekali untuk mempertikaikan pelantikan Azeez sebaliknya perlu jaga perilaku diri masing masing sebelum mengkritik orang lain yang jauh lebih mulia sifatnya.
Cermin diri sebelum melontarkan buah fikiran yang akhirnya menampakkan kecetekan akal sendiri. Wallahualam…
Selanjutnya Di Sini...
0 comments: