Statistik kaji selidik UMCEDEL menunjukkan BN mendahului
Pakatan Rakyat dengan lima mata peratusan dengan BN memperolehi 42 peratus berbanding 37 peratus yang memberikan
keyakinan kepada PR berdasarkan kepada soal selidik ke atas saiz sampel 1,409
pengundi.
Malah pemimpin BN berpendapat bukan sahaja parti pemerintah
akan menang besar tetapi juga akan berjaya merangkul kembali majoriti dua
pertiga di Dewan Rakyat dan Keyakinan ini bukanlah cakap-cakap kosong kedai
kopi tetapi berlandaskan kepada fakta dan realiti di peringkat akar umbi
pengundi.
Sikap keterbukaan dan pendekatan inovatif pentadbiran Perdana
Menteri, Najib Razak merupakan dua faktor amat penting yang menyumbang kepada
keyakinan rakyat kepada BN. ( Di Sini )
Ini kerana asas politik pembangkang adalah kebencian dan
perpecahan serta memporak perandakan negara demi untuk memperolehi kuasa
politik malah Pembangkang tidak peduli tentang aspek keselamatan negara mahupun
kedaulatannya kerana apa yang penting bagi mereka ialah merampas Putrajaya
dengan menimbulkan kekacauan dan huru hara.
Ini terbukti dengan siri demonstrasi dan tunjuk perasaan yang
sering diadakan sejak PRU 2008 kononnya untuk memperjuangkan hak rakyat yang sebenarnya
bukan rakyat yang menjadi fokus gerakan pembangkang tapi mahu menjadikan Negara
huru hara.
Rakyat hanya dimobilisasikan sebagai satu gerakan massa bagi
kepentingan politik pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat yang
masing-masing mempunyai halatuju dan ideologi yang berbeza.
TQ : SANGGAH TOK JANGGUT
2 comments:
Sis...sy telah pautkan blog sis kdlm melayublues.blogspot.com..tolong linkkan blog sis dlm blog sy.tq
Ok,Sudah saya pautkan...tq