Tindakan Kerajaan Kelantan yang di dakwa mengambil balik tanah yang diterokai rakyat seluas 160 hektar di kampung Serian mendatangkan kemarahan peneroka yang menyebabkan mereka mengadakan demonstrasi secara aman.
Sekumpulan peneroka telah berdemo selama lebih kurang 2 jam itu menuntut kepada Kerajaan Kelantan supaya menghentikan tindakan mereka kerana ianya menjejas pendapatan peneroka.
Tanah itu telah di usahakan sejak lebih 20 tahun lalu, hampir keseluruh tanah terbabit di bayar premium bagi mendapatkan geran. Namun di dakwa ada pihak yang terbabit melambatkan proses mengeluarkan geran.
Apalah nasib rakyat yang di aniaya sebegini? Di mana orang yang bertanggungjawab membela nasib rakyat???
Siapa yang harus bertanggungjawab akan hal ini???
Rakyat semakin kecewa dengan Kerajaan Negeri nampaknya. Jangan salahkan rakyat jika PRU 13 nanti jika rakyat tidak memilih kerajaan negeri yang sedia ada.
Jadi, kesimpulannya di sini Kerajaan Negeri Kelantan semakin di tolak rakyat Kelantan kerana kegagalan mereka sendiri dalam mentadbir...
Renung Renungkanlah...
0 comments: