Pada 1 Mac lalu, dua pasukan polis dilaporkan meninggal dunia dalam pertempuran di Kampung Tanduo.
Ianya disusuli dengan kematian 6 anggota keselamatan pada keesokan harinya ketika melakukan serang hendap di Kampung Simunul.
Kedua-dua lokasi tersebut merupakan antara penempatan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Hari ini pula kita di kejutkn dengan berita kematian pertama pasukan keselamatan dari pasukan Tentera.
Anggota Polis yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, SJN
Sabaruddin Daud, ACP Ibrahim Lebar, ASP Micheal Padel, Sjn Aziz bin
Sarikun, L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, Sjn/D Baharin Hamit dan Kpl/S Salam
Togiran. Manakala anggota tentera pula ialah Pbt Mohd Hurairah yang tekorban pagi tadi. (Sumbangan tidak termasuk kepada keluarga Mohd Hurairah)
Badan Amal dan Kebajikan Tenaga
Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) hari ini menyampaikan
sumbangan kepada lapan keluarga anggota keselamatan yang terkorban
dalam insiden pencerobohan di Sabah.
Isteri Perdana Menteri juga merangkap Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri
Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan bernilai RM20,000 kepada setiap
ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban
Majlis tersebut turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan
Sri Noorainee Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Yang Dipertua BAKTI. Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis ketika Rosmah menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga mangsa.
SUMBER : KLPos
0 comments: