Kesayuan dan
kesedihan jelas terpancar tatkala puisi di deklamasikan pada sambutan Hari
Polis Ke-206.Suasana hening seketika apabila balu
dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah.
Rasa kesayuan itu juga turut
terpancar di raut wajah Perdana Menteri, DatukSeri Najib Tun Razak & Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tatkala
bertemu dengan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan.
Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung
Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46;
manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52;
Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49;
Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.
Hari Polis ke-206 disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh
patriotik. Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang
terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat
pegawai dan anggota berkenaan.
Perbarisan itu turut disertai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat
secara langsung dalam Operasi Daulat. Mereka diterbangkan khas dari
Sabah untuk sambutan Hari Polis itu. Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69
dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap
semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
2 comments:
Aku hargai perjuangan mereka...
Perjuangan mereka harus di hargai, mereka menjaga keselamatan negara. Terkorbannya meraka adalah kerana memperjuangkan keselamatan kita.