Showing posts with label #WanitaUMNO. Show all posts
Showing posts with label #WanitaUMNO. Show all posts

Thursday, 26 September 2013

#PAU2013 : Senarai Calon Wanita Bagi Pemilihan Umno 2013




Senarai percalonan Pergerakan Wanita UMNO Penggal 2013-2016 :

Pengerusi Tetap
1. Tan Sri Napsiah Omar MTB

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Datuk Saripah Aminahbi Syed Mohd (penyandang)
2. Datuk Mastika Junaidah Husin
    
Ketua Wanita
1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (penyandang)
2. Raihan Suleiman Palestin
3. Datuk Maznah Mazlan

Naib Ketua
1. Datuk Suraya Yaacob
2. Datuk Azizah Mohd Dun

Ahli Jawatankuasa Wanita (Exco)
1. Datuk Noraini Ahmad
2. Datuk Melati Ali
3. Datuk Norhayati Onn (penyandang)
4. Datuk Armani Mahiruddin (penyandang)
5. Datuk Jainab Ahmad
6. Roslin Abdul Rahman (penyandang)
7. Datuk Norhayati Omar (penyandang)
8. Noraslina Zainal Abidin
9. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
10. Mariany Mohammad Yit
11. Datuk Rusnah Kassim (penyandang)
12. Datuk Jamelah A Bakar (penyandang)
13. Datuk Arbaisah Othman
14. Halimaton Saadiah Bohan
15. Datuk Hasnah Salam (penyandang)
16. Norliza Abdul Rahim (penyandang)
17. Dr Azizah Johor
18. Roslinah Mohamed
19. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
20. Shahanim Mohamad Yusoff
21. Datuk Marlia Abdul Latiff (penyandang)
22. Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (penyandang)
23. Asmaiza Ahmad
24. Zauyah Zainuddin
25. Datuk Maznah Abd Hamid (penyandang)
26. Toh Puan Zaitun Mat Amin
27. Zarina Md Eusope
28. Nik Noriza Nik Salleh
29. Datuk Noriah Mahat (penyandang)
30. Norashekin Yusof
31. Datuk Rahmah Jan Sulaiman Khan
32. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (penyandang)
33. Ros Suryati Alang (penyandang)
34. Dayang Saniah Awang Hamid
35. Datuk Habibah Mohd Yusof
36. Datuk Rosni Zahari (penyandang)
37. Noor Aieni Mohd Ali
38. Azizah Harun
39. Azihani Ali (penyandang)
40. Datuk Rabiyah Ali
41. Nuainun @ Shuhanie Deraman
42. Marzita Mansor
43. Zainey Zainudin
44. Nonee Ashirin Mohd Radzi


#PAU2013 : Maznah Mazlan Calon Ketua Wanita UMNO Yang Berkaliber




Calon Ketua Wanita UMNO Malaysia, YB Senator Datuk Maznah Mazlan merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009. 

Datuk Maznah, 62, yang terlibat dengan pergerakan Wanita Umno sejak 1970-an dan memegang pelbagai jawatan, termasuk Ketua Wanita Bahagian Rompin dan Ketua Wanita Umno Pahang, yakin meskipun keputusan yang diambilnya agak mengejut, beliau masih mempunyai masa untuk berkempen. Malah Datuk Maznah menyerahkan borang pencalonan pada saat-saat akhir iaitu kira-kira 15 minit sebelum tempoh penyerahan borang tamat.

Datuk Maznah turut meminta maaf kerana keputusan untuk bertanding pada saat akhir menyebabkan beliau tidak dapat memaklumkan pemimpin di peringkat pusat dan negeri, dan hanya berbuat demikian setelah borang pencalonannya diterima.

Beliau bakal bertanding merebut jawatan Ketua Wanita Umno, sekali gus bakal mencabar penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Raihan Sulaiman Palestin yang merupakan ahli seumur hidup menjadikan pertandingan tiga penjuru.

Beliau berharap mereka yang bertanding bagi merebut jawatan dalam parti perlu memastikan tidak menggunakan kata-kata yang akan menggores hati mana-mana pihak dan sentiasa mementingkan semangat persaudaraan, saling menghormati, membantu dan permuafakatan.
Pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita Umno dilihat sebagai satu pertandingan dalam keluarga selaras proses transformasi Umno untuk lebih terbuka, termasuk merebut jawatan dalam parti. 

Datuk Maznah mahu semua ahli sayap parti itu bersatu membetulkan persepsi rakyat terhadap dasar perjuangan Umno. Wanita perlu meningkatkan imej yang ada sekarang ke tahap yang lebih dihormati selepas dilanda dengan pelbagai isu sehingga timbulnya pelbagai persepsi negatif daripada masyarakat luar.  Wanita perlu mengenepikan sentimen puak dan bersatu sebagai jentera penerangan kepada rakyat akar umbi menjelaskan keadaan terutamanya membabitkan dasar kerajaan. Pemimpin dan ahli Umno perlu berfikiran terbuka serta menerima kewujudan pertandingan dalam jawatan bagi tujuan memperkasakan lagi parti.

Beliau bakal turun ke seluruh negara bagi memperjelas keputusannya menawarkan diri bagi jawatan itu dan yakin rakan di peringkat akar umbi, bahagian serta negeri akan membantunya.

Lagi Di Sini...

Wednesday, 25 September 2013

#PAU2013 : Siapakah Yang Bakal Di Pilih???




Datuk Maznah diketahui mempunyai hubungan akrab Datuk Seri Rafidah Aziz, maka mungkinkerana itulah beliau digambarkan oleh Shahrizat sebagai bertanding sebagai proksi kepadawanita hebat itu.  Datuk Maznah bagaimanapun menafikan yang beliau menjadi proksi sesiapa. 

Pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO semakin menarik dengan pengumuman Senator Datuk Maznah Mazlan untuk turut merebut jawatan itu, selain Raihan Suleiman Palestin. 

Dari segi pengalaman, Datuk Maznah sudah cukup membuktikan kewibawaannya melaluijawatan Exco Wanita yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah selama limapenggal.   Beliau telah terlibat dengan pergerakan Wanita Umno sejak 1970an dan memegang pelbagai jawatan, termasuk Ketua Wanita Bahagian Rompin dan Ketua Wanita Umno Pahang. 

Raihan membawa kekuatan nama bapanya dan harapan rakyat kepadanya ialah agar beliau turutmewarisi prinsip dan ketegasan tokoh tersebut.  Selain itu, Raihan turut dilihat sebagai watakyang tepat untuk bersemuka dengan pembangkang memandangkan beliau adalah sepupu kepadaKetua Pembangkang dan banyak menyimpan cerita silam manusia ‘Anugerah Tuhan’ itu.  Namun, Raihan nampaknya bukan merupakan isu utama kepada penyandang.  Tetapi, kita tidak dapat mengelak dari mengesan sedikit kebimbangan di pihak Shahrizat terhadap Datuk Maznah.  Kenyataan Shahrizat yang memberi peringatan agar tiada siapa yang bertandingsebagai proksi, cukup menarik untuk diteliti. 

Secara dasarnya, Datuk Maznah tidaklah ketinggalan jauh di belakang Shahrizat memandangkanbeliau juga adalah bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (April 2008-April 2009), sebelum dipindahkan ke Kementerian Sumber Manusia selama empat tahun sejak April 2009 hingga April tahun ini. Beliau juga pernah dilantik sebagai exco kerajaan negeri Pahang dengan jawatan terakhir ialahmengurus Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Kesenian dan Warisan. 

Selanjutnya Di Sini...
Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan