Wednesday 31 October 2012

PAS masuk UMNO???




Satu persepsi yang orang ramai lihat sekarang, asal orang PAS mesti berkopiah putih, macam kopiah putih itu sudah menjadi trademark bagi mereka. Orang UMNO hanya pakai songkok tinggi malah dulu ada jugak yang melarang orang UMNO pakai kopiah putih kerana tak dapat membezakan siapa penyokong PAS.

See their perception yang kolot! Kopiah putih for PAS, Songkok tinggi for UMNO!
Ya! Kalau nak berdasarkan pemakaian kopiah putih ni, ORANG PAS RAMAI YANG VETERAN!!!
Ada setuju???

Tuesday 30 October 2012

HANGAT ATAU DINGIN???



Gambar Sekadar Hiasan

Tahukah anda tentang hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation) atau lebih dikenali dengan panggilan "bersunat untuk wanita"..

Jom kita selak selak dan belek belek lebih cerita tentang ini Di Sini...

TQ : PDTM

HANGAT!!!PAS Bakal Kalah Teruk PRU13 Nanti???




" KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta jangan persalahkan rakyat jika mereka turun sekali lagi ke jalan raya jika tuntutan mereka untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil tidak diendahkan.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Mohamad Hatta Ramli (gambar) berkata, langkah itu kadang-kadang terpaksa diadakan ekoran kedegilan kerajaan.


Dr Hatta berkata demikian dalam wawancaranya bersama Harakah menjelang perhimpunan 3 November ini yang akan diadakan di Negeri Sembilan." 


Ikuti cerita penuh Di Sini...

TQ : PDTM

Monday 29 October 2012

PANAS!!!Pengakuan Terbaru Anwar???




Kehadiran Anwar serta rombongan yang dijangka tiba pada pukul 1.00 petang rupanya hanyalah omong kosong. Penduduk yang juga kebanyakannya penyokong parti pakatan Sungai Besar dan kawasan sekitar telah berkumpul seawal jam 12.00 tengahari namun kelibat bas langsung tak kelihatan.

Rupanya Anwar terkandas di Tanjong Karang kerana berceramah memberikan janji-janji palsu dan fitnah kepada penduduk di sana terlebih dahulu.

Tepat jam 2.00 petang barulah rombongan mereka sampai dengan membawa bas yang disimbah cat dan masih berbekas. Kata Anwar supaya menjadi bukti yang kerajaan Barisan Nasional ni zalim dan tak berperikemanusiaan.

Seperti biasa kata-kata kesat, caci maki, fitnah menjadi isi kandungan ceramah kotor (Klik Di Sini ) Anwar, Khalid, dan Ng Suee Lim (Celeng Sekinchan). Tapi bukan isi ceramah yang aku nak cerita kat sini tapi tentang kehadiran penyokong Anwar dan pakatan haram.


Sunday 28 October 2012

ONLY IN SELANGOR!!!Khalid Sediakan Kolam Pancing Di Merata Tempat...




Antara kejayaan Khalid dalam memberikan sumbangannya di Selangor buat rakyat adalah kemudahan jalan-jalan yang berlubang dan rosak merata-rata tempat.

Antara sebab lubang-lubang berkenaan dibuat atas jalan adalah untuk menyediakan kolam mini memancing untuk rakyat seperti gambar diatas.


Lokasi adalah berhampiran kawasan ini (rujuk gambar atas).

Mungkin rakyat Puchong amat mengenali kawasan ini.
Jom, kita belek-belek gambar sebenar Di Sini...


TQ : I4TT

Saturday 27 October 2012

DS Rosmah Dan Permata...



Aduh, tak habis-habis puak Pakatan buat hal, apa salahnya anak-anak kita mendapat peruntukan dari awal lagi? Bukankah pendidikan adalah sesuatu yang baik? Kenapa mahu dipertikaikan serta dikaitkan dengan DS Rosmah?

Kenapa Pakatan ini tidak boleh nak membezakan benda yang baik dan tidak? Kalau pun nak berpolitik, bab ilmu janganlah dicampuradukan. Ini untuk masa depan anak-anak kita termasuklah anak-anak Pembangkang, makin lama makin teruk perangai Pakatan, dah tidak ada isu yang nak dikaitkan sampai bab ilmu untuk anak-anak kecil pun mereka mahu jadikan modal politik mereka.

Di Malaysia, Pra-Sekolah itu untuk kanak-kanak berusia 5-8tahun, dan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala ECEC (Early Childhood Education and Care) adalah untuk kanak-kanak seawal usia kelahiran hingga 4 tahun.. Program Anak Permata Negara (PAPN) termasuk dalam kategori ECEC.. INI KITA KENA JELAS! 
 
Ini adalah pecahan RM1billion yang diumumkan oleh YAB Dato' Sri Najib selaku Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2013 :-
1. Pra-Sekolah (MOE) diperuntukkan RM587.5 juta
2. Tadika Kemas (KKLW) diperuntukkan RM532 juta
3. Tabika Perpaduan (JPNIN) diperuntukkan RM68.7 juta
4. Bhg. Permata JPM..??????
 
TQ : PKZZ
 
Jadi... cuba kita renung dan fikir sejenak adakah patut Pembangkang mempolitikkan hal ini???
 
Renung Renungkanlah...

PANAS!!!Skandal Terbaru ANWAR???




Skandal terbaru melibatkan penyelewengan dan salahguna kuasa untuk mengambil alih tanah di Pulau Carey, Kuala langat. 


Mengikut maklumat yang diberikan tertalu banyak orang besar peringkat tertinggi pemerintah Negeri Selangor Pakatan Rakyat yang terlibat dan yang paling menakjubkan apabila dikatakan Anwar IBrahim juga terlibat... Lagi cerita hangat??? ( Klik Di Sini )

TQ : PDTM

Segar Dari Ladang...




Kenapa projek KONDO $$$$ ni boleh pulak carried out?Siapa dapat keuntungan? Well.. for WA, businessman tak ada kepentingan politik sangat,.. sapa leh bagi dia untung, dia akan ikut orang tu.

Dan orang-orang India yang dulunya pada tahun 2007membantah pembinaan KONDO ini semasa diluluskan di bawah pemerintahan BN terpaksa sekali lagi membantah pembinaan KONDO ini selepas 2008, setelah kerajaan negeri Selangor yang kini diperintah Pakatan Jahanam tamak haloba meluluskan projek berkenaan.

For me, tak ada yang tak boleh dibincangkan dengan kerajaan Barisan Nasional kerana WA faham ramai penduduk di sana dari MIC. Sudah tentunya jika bantahan dibuat pada 2007, kata sepakat dapat dicapai kedua-dua pihak.


Mari kita terjah lagi cerita selanjutnya ( Di Sini )

TQ : PAPERWARIS

Thursday 25 October 2012

PANAS!!!Lagi Penghinaan...Nama Suci ALLAH Di Permainkan


Betapa sedih bila terbaca di Facebook ada kenyataan yang cuba menghina nama suci Allah swt. Adakah ini yang dikatakan perjuang oleh pihak Pembangkang? Apakah hal ini harus berlaku dalam keadaan sekarang?

Ayat "Sahaja aku korbankan BN dalam PRU 13 nanti...ikhlas kerana ALLAH taala" itu sudah jelas membuktikan bahawa orang yang mengeluarkannya itu dari pihak pembangkang, jadi rasanya kita semua sudah nampak dengan jelas apa motif "posting" tersebut.

Sangat sedih dan terhina bila nama suci Allah dipermainkan demi parti yang hanyalah hal duniawi. Jika ingin berlawan sekalipun, janganlah terlalu taksub sehingga ada perkara yang tidak sepatutnya pun digunapakai.

Renung Renungkanlah...

Kerajaan Negeri Menyusahkan Rakyat???



Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidil Adha. Begitu sayu di hati bila saya sebagai anak rantau di negeri orang tidak dapat pulang menyambut Hari raya bersama keluarga tercinta hanya sebatangkara di negeri orang. Namun, saya redha kerana demi tugas untuk bangsa dan tanah air saya ikhlaskan.

Ini juga dinamakan Qurban bagi saya kerana saya bekorban masa saya demi tugas. Masih ingat pada Hari Raya Puasa yang lepas saya bercuti sakan menyambut Raya, hampir 2 minggu saya di kampung di Negeri Serendah Sekebun Bunga Kelantan darul Naim. Mungkin itu sebagai galang ganti untuk saya yang tidak dapat pulang pada kali ini dan saya harus memberi peluang kepada rakan yang lain bercuti.

Jika kawan kawan pembaca masih ingat artikel saya selepas Raya Puasa tempoh hari,  (Klik Di Sini ) Saya ada bercerita tentang masalah air di Kelantan. 


Kali ini Family (Umi dan Abah, mereka balik awal ) saya juga balik ke kampung yang sama untuk menyambut Hari Raya. Pagi tadi saya menerima panggilan dari Umi, katanya kali ini masalah yang sama masih berlaku dan ianya tidak langsung berubah. Masalah air tetap seperti tempoh hari, hanya tengahmalam air dari paip kerajaan boleh digunapakai.

Kenapa masalah ini masih berlaku, tidakkah langkah yang sepatutnya diambil untuk menangani masalah ini??? Atau masalah ini dipandang remeh oleh pihak berwajib???

Air adalah merupakan satu keperluan yang sangat penting dan mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan seharian kita. Air bukan sahaja perlu dalam masakan, mandi dan hal hal lain, malahan air sangat penting untuk kita sebagai umat Islam untuk berwuduk.

Saya amat berharap masalah ini dapat diselesaikan segera dan seharusnya rakyat Kelantan perlu sedar dan nampak bahawa kepimpinan yang ada sekarang di Kelantan sangat menyusahkan dan harus di TUKAR!!!

Renung Renungkanlah...



Wednesday 24 October 2012

Anwar No1 Dalam Carta???


Patutlah semenjak pentadbiran kerajaan pakatan di 5 buah negeri semakin ligat dan semakin bertambah tambah pusat urut, rupa rupanya ia adalah untuk menyenangkan pemimpin mereka mendapatkan servis tanpa perlu ke luar negara. Kepada semua rakyat malaysia, anda nilaikan la sendiri.. renung renungkan dan selamat beramal...

Nak tengok video urut terbaru??? Klik Di Sini.

TQ : AFIQ KLTOWN

Tuesday 23 October 2012

Siapa Mahu Singkir Nik Aziz???




Sesetengah ahli PAS beranggapan Nik Aziz tidak lagi relevan untuk terus menjadi Musyridul Am Pas, kerana beliau tidak stabil dan tidak lagi mengutamakan Islam di dalam perjuangan asal PAS. Disebabkan kerana kelemahan Musyirdul Am, PAS kini telah diresapi oleh parasit anti Islam dan liberal yang boleh memusnahkan PAS dari dalam. 

Nampaknya kedudukan Nik Aziz semakin tergugat dalam PAS. Sebab kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang kan?
Jadi dari situ kita bole menilai sendiri bahawa PARASIT wujud dalam PAS yang semestinya telah mula goyang sekarang ini.

SUMBER

TQ : AFIQ KLTOWN

PANAS!!!Lagi Penghinaan Terhadap Islam...



Saya berasa amat kecewa dan kesal dengan lagu yang dinyanyikan jacklyn Victor yang sangat ingin mendorong dan memuja Jesus dan agama Kristian. Adakah lagu ini patut di "publish" di negera kita yang majoritinya beragama Islam??? Lagu ini seakan menghina dan merendahkan agama Islam, dan yang lebih nyata ianya memuja salib dan Jesus.

Meskipun penyanyinya mendakwa beliau menyanyikan lagu tersebut bagi peminatnya di Sabah dan Sarawak namun beliau lupa bahawa kedua buah negeri itu pun masih tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang harus dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia dan kalau mahu peminat Kristiannya menggemari dan mengangkat lagu tersebut sabagai usaha dakwah mereka,mengapa tidak dinyanyikan dalam bahasa lain selain dari Bahasa Melayu.


Lagu ini jelas bertujuan jahat kerana dinyanyikan dalam Bahasa Melayu dan tidak dinyanyi dalam Bahasa Inggeris.Jelas secara halus ada usaha terancang pihak Kristian untuk memurtadkan orang islam.
Agenda penyanyi,pencipta dan penulis lirik lagu ini menyamai agenda politk DAP yang mendapat pelindungan khas dari Mursyidul Am PAS Nik Aziz bila didedahkan dalam Parlimen baru-baru ini bahawa DAP akan menukarkan kedudukan agama rasmi Negara termasuklah seluruh Perlembagaan Persekutuan.
PAS langsung tidak menentang agenda tersirat lagu ini dan semua pemimpin Melayu seperti berdiam diri barangkali terhibur dengan nyanyian penyanyi tersebut hingga mereka lalai melihat segala kandungan lirik-liriknya.
Walaupun sebagai penyanyi,pihak Kristian berjaya memperalatkan populariti penyanyi ini untuk menerus ataupun mengukuhkan agenda mereka dan sesiapa sahaja anak-anak Melayu yang meminati penyanyi ini harus merasa tersinggung dengan lagu Harapan Bangsa ini.

TQ : SANGGAH TOK JANGGUT





Surat Cinta Untuk Pakatan Rakyat...




Jom baca Surat Cinta Untuk Pakatan Rakyat... Dan nilaikan sendiri isi kandungan surat ini...

Salam tuan, 
Semoga tuan dirahmati dan berada dalam keadaan baik. 
Terlebih dahulu maafkan saya jika email saya ini mengganggu pihak tuan tetapi saya amat berharap agar email ini dapat disiarkan dilaman web tuan.Saya tidak berhasrat untuk mengambil masa tuan terlalu lama dan saya akan menulis seringkas mungkin.Saya benar-benar inginkan bantuan sampai kepada anak-anak saya dan juga pelajar lain yang belajar di Sekolah Sains Kuala Selangor.Selain itu,penting untuk seluruh rakyat Malaysia tahu apa yang telah menimpa anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor.Saya amat-amat berharap dengan pendedahan ini yang tuan siarkan, masalah ketiadaan air di Kuala Selangor dapat diatasi. 
Untuk makluman pihak tuan,perkara ini telah saya maklumkan kepada Dato Seri Noh Omar melalui teks pesanan ringkas dan saya terpaksa memohon pertolongan daripada beliau memandangkan Kerajaan Negeri tidak mengendahkan kami.Aduan kami dipandang sepi oleh pihak Kerajaan Negeri.Saya mempunyai 2 anak yang masih bersekolah di Sekolah Sains Kuala Selangor. Masuk hari ini,sudah 3 hari pelajar-pelajar di Sekolah Sains Kuala Selangor mengalami masalah ketiadaan air.Semua pelajar tidak dapat mengambil wuduk untuk solat, mandi dan membasuh pakaian. Hari ini pula, mereka terpaksa mandi di Masjid Kuala Selangor.Walaupun saya tahu hal ini bukan tanggungjawab Dato Seri Noh Omar sebaliknya Kerajaan Negeri yang patut dipertanggungjawabkan,saya terpaksa juga memohon dari Dato Seri Noh Omar untuk usahakan agar tangki air dari pihak SYABAS bagi membekalkan air kepada anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor. 
Apa lagi yang boleh saya lakukan.Kerajaan Negeri tidak menghiraukan langsung nasib anak-anak di sekolah. Hal ini sekiranya dibiarkan berlarutan akan mengganggu pembelajaran anak-anak di sekolah.Sampai bila saya harus bersabar menanti tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah anak-anak di sekolah ini ? Terus terang saya katakan, kami sekeluarga sudah tidak sanggup lagi bertuankan Pakatan Rakyat yang merupakan Kerajaan Negeri di Selangor ini.Saya harap rakyat Selangor yang membaca email saya kepada tuan ini, tidak akan mengulangi kesilapan ini pada pru akan datang dan tidak sanggup lagi saya hendak berhadapan masalah sebegini lagi. Kasihan anak-anak. 
Dari Cikgu ***** (sori la,aku terpaksa sorok nama ni atas faktor keselamatan) RTB2 Sungai Panjang 

Renung Renungkanlah...

TERKINI!!!Tokey Rumah Urut KANTOIII...



Inilah STANDARD Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat yang hanya tahu merampas dan menjual harta negeri untuk kepuasan diri dan kroni. Bila sudah "terkantoi" maka Pegawai itu akan dilarikan dan diberikan jawatan lebih besar. 

Mereka akan sedaya upaya mencari kesalahan peniaga-peniaga kecil ini berbanding KESALAHAN YANG DILAKUKAN oleh PREMIS RUMAH-RUMAH URUT yang bertaburan di seluruh KUALA SELANGOR. Sebenarnya mereka menjaga kebajikan RUMAH-RUMAH URUT INI. 

Buktinya mereka tidak dipantau dan jarang diserbu tidak seperti mereka menyerbu dan merampas harta PENJAJA-PENJAJA KECIL yang berniaga di tepi jalan.

Nak tahu siapa yang terkantoi dalam siri terjahan yang ini??? ( Klik Di Sini...)

TQ : PDTM

Azalina Kemukakan Fail Saman Mazlan...





Azalina sebelum ini mendesak Mazlan Aliman membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjuran beliau mengaitkan nama bekas Menteri Pelancongan itu dengan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

Mazlan membuat pertuduhan tersebut dalam ucapannya pada demonstrasi berkaitan projek berkenaan yang dianjurkan oleh Himpunan Hijau dan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di kawasan Parlimen Pengerang.
Tambah Azalina, beliau turut memberi 'ruang' kepada Pengerusi ANAK itu meminta maaf secara terbuka kepadanya.

“Saya akan failkan saman terhadapnya (Mazlan) kecuali jika dia meminta maaf kepada saya secara terbuka atas kenyataan yang beliau buat semasa Perhimpunan Hijau lepas.
“Itu adalah syarat saya. Jika tidak, saya akan membuat tindakan saman di makhamah," ujarnya.

Sementara itu, beliau juga yakin bahawa dokumen yang dimiliki oleh Mazlan adalah dokumen yang dirangka sendiri oleh Pengerusi ANAK itu bagi menjatuhkan beliau sebagai Ahli Parlimen Pengerang.
Beliau turut memberi reaksi apabila ditanya mengenai kenyataan Mazlan yang tidak gentar dengan saman yang bakal diberikan kepada nya.
"Kenyataan beliau sungguh angkuh," katanya.




TQ : PAPA GOMO & KLPOS

Nik Aziz Bakal Letak Anak Menantu Sebagai Calon???


Masih ingatkah lagi satu ketika dulu kenyataan yang dibuat oleh anak kepada MB Kelantan merangkap Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang bersedia untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya dikehendaki oleh parti.Nik Abduh berkata, tidak timbul soal beliau dipilih kerana kedudukannya sebagai anak kepada Mursyidul Am Pas kerana percaya parti hanya memilih calon atas dasar kebolehan dan kelayakan mereka.

"Isu kroni adalah isu lama yang sering didendangkan dalam musim pilihan raya sedangkan semua orang tahu sebarang keputusan bergantung kepada parti. Terpulanglah sama ada hendak bersetuju atau tidak," katanya 

Nik Abduh diminta mengulas ura ura yang mengatakan nama beliau termasuk dalam senarai pendek calon Pas dari Kelantan yang akan dibawa ke peringkat Pas Pusat untuk diputuskan.
Jumaat lalu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengesahkan Pas negeri sudah menyenarai pendek nama calon yang menjadi pilihan mereka.

Nik Abduh bagaimanapun menjelaskan, beliau belum mendapat makluman rasmi mengenai namanya dicalonkan dan hanya mendengarnya daripada khabar angin sahaja.

"Tidak ada sesiapa pun boleh mengesahkan dan mengaku nama mereka sudah tercalon kerana pejabat parti tidak menghantar apa-apa makluman, perkara ini masih peringkat awal lagi," katanya.
"Pada kebiasaannya mereka yang perasan namanya sudah 'lekat' itulah yang akan tersisih namanya pada akhirnya," katanya.

Selain Nik Abduh, menantu kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab. Rahman turut disebut-sebut termasuk dalam senarai pendek calon Pas Kelantan.

Dari situ kita boleh mentafsirkan bahawa mungkin Nik Aziz hanya akan menaikkan calon dari golongan "anak beranak" dan kemudiannya baru di ikuti dengan calon luar rumah mereka...???

Renung Renungkanlah...

***Saya sekadar "Refresh" kisah ini dan merungkai perasaan ingin tahu yang kuat dalam diri...
Maaf yer saya hanya bertanya...heheheee

Monday 22 October 2012

HANGAT!!!Pelajar Rakam Aksi Seks...




Hangat diperkatakan sekarang kisah rakaman aksi seks yang dimuat turun di blog. Kita berasa marah dan terhina apabila dua rakyat kita yang kini sedang menuntut di Singapura, Alvin dan Vivian bertindak merakamkan aksi seks mereka di dalam blog tanpa rasa malu dan rasa bersalah. 
Malah di republik itu sendiri, mereka berdua bakal berhadapan dengan tindakan daripada pihak universiti yang kesal dengan perbuatan mereka. Tetapi sebaliknya berlaku di negara kita sendiri. Mereka berdua kini dilayan bagai selebriti, siap diwawancara oleh tiga buah stesen radio tempatan!
Untuk cerita yang lebih GEMPAK dan HANGAT Klik Di Sini...
TQ : AAKJ

Perarakan LBGT Di Ketuai Anwar???


Hebat! Nampaknya Anwar telah membawa masuk gerakan ini di dalam Malaysia. Jadi, tidak mustahil jika benar Anwar jadi PM, akan ada perarakan di Malaysia seperti ini. LGBT dan Anwar nampaknya tidak pernah lari dan amat sinonim. Anwar pernah dilihat membawa dan membudayakan "trademark" LGBT, jadi rasanya tidak mustahil jika beliau dikatakan antara penyokong LGBT.


TQ : JAWA BAERNAM

Lagi Siri Penghinaan Terhadap Sultan Johor



Ya Allah... Apakah sesorang itu tidak lagi menggunakan akal fikirannya untuk berkata kata. Adakah kita kini berada di dunia akhir zaman? Ataukah sememangnya sudah tiada sopan santun dan tatasusila seorang makhluk yang bernama manusia?

Salah Satu Siri Penghinaan Terhadap Sultan Johor Sebelum Ini
Saya begitu sedih dan pilu bila terlihat kawan kawan seperjuangan "share" sesuatu yang agak mengaibkan Kesultanan yang melibatkan Sultan Johor. Saya rasa, bukan Sultan Johor sahaja yang dihina malahan sebelum ini pernah Sultan dari negeri lain pun pernah dihina. 
Tidak berasa keji kah seseorang itu bila menghina makhluk yang bernama manusia dan dibandingkan pula dengan haiwan. Sudah hilang rasa hormat dan perikemanusiaankah seseorang yang bertindak sedemikian?

Klik Di Sini Untuk Lebih Banyak Foto

Gambar diatas adalah siri terbaru penghinaan terhadap Sultan Johor,  mengapa perkara sebegini boleh berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini?
Adakah faktor kurang didikan tentang "Adab dan Sopan" atau sememangya sudah hilang budaya dan adat Melayu yang dijunjung selama ini?
Siapakah yang harus diapersalahkan pada hari ini?

Renung Renungkanlah....


Sunday 21 October 2012

Cina DAP Cuba Permainkan Ayat Al Quran???


Kafir harbi adalah kaum kafir yang memerangi dan cuba menjatuhkan Islam manakala kafir zimni adalah kaum kafir yang boleh bekerjasama dan tiada sebarang niat jahat terhadap Islam.
Ok, itu sikit je la pasal apa itu kafir harbi dan kafir zimni.. selebihnya korang boleh buat carian di google k.

Berdasarkan video diatas... korang rasa apa motif si kafir harbi ni membaca sepotong ayat Quran yang mana surah disebut tidak wujud langsung didalam Al-Quran ???
Bagi si kafir mungkin dia tak tahu... bagaimana puak lebai kera hijau yang bersorak dan bertakbir dibawah ???

Dangkal sangatkah ilmu agama ???

Secara terang lagi bersuluh, puak cina DAPigs ni hanya mempermainkan agama kita di pentas politik.
Benarkah mereka ikhlas dan betul-betul percaya ayat suci Al-Quran ???

Tidakkah jika mereka ini ikhlas, sudah ramai kaum kafir harbi ni memeluk Islam.
Kalau begitu, barulah kita boleh berbangga dengan PASpispus !!!
Ini terbalik pula... Puak kafirun laknatullah ini mentarbiahkan puak PASpispus dengan ayat dari surah yang tak wujud kemudian disambut dengan takbir... ?!!

Jika puak kapir DAPigs ni nak dalami Al-Quran.. pernah tak sesiapa nampak puak-puak ni belajar dengan alim ulama ???
Sudah lebih 4 tahun mereka ni bersama PASpispus... sudah berapa ramai yang memeluk Islam ???






TQ : I4TT

Unit Amal PAS Mengetuai Himpunan BERSIH???


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz yang secara terbuka menyokong program transformasi Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang disiarkan oleh kebanyakkan media massa nyata mengundang perasaan kurang selesa dari kem pakatan pembangkang.

Menurut Tunku Aziz, "apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang ini adalah betul dan tepat, kita perlu memberikan sokongan kepadanya". Satu kenyataan yang ringkas dan padat namun ianya pedas untuk diterima oleh pemimpin dan penyokong pembangkang.

Sebelum ini, Tunku Aziz juga pernah mencetuskan kemarahan ramai pemimpin pembangkang terutama dari DAP apabila mengecam perhimpunan Bersih 3.0 yang disifatkannya sebagai tindakan yang sengaja mahu mencabar undang-undang dan sukar untuk berlangsung dengan aman.
Tidak sedikit respon negatif diterima dari kalangan penyokong tegar pembangkang yang mengganyang kenyataan Tunku Aziz itu. 
Rata-ratanya menyifatkan Tunku Aziz sebagai pengkhianat dan tidak berpendirian teguh.

Pun begitu, respon negatif pembangkang tidak sukar dimengertikan kerana hampir kebanyakkan penyokong pembangkang memahami peranan sebagai pembangkang hanyalah dalam konteks sentiasa bangkang apa saja tanpa mengira baik atau buruk sesuatu perkara.
Namun telahan Tunku Aziz terbukti betul apabila di saat-saat akhir perhimpunan Bersih 3.0 telah berlaku perlanggaran undang-undang setelah peserta-peserta di barisan depan yang diketuai oleh Unit Amal PAS dan beberapa kelompok lain terlibat secara langsung menceroboh masuk ke Dataran Merdeka sehingga memaksa FRU bertindakbalas menyuraikan mereka.

Dalam hal sokongan Tunku Aziz menyanjung agenda transformasi yang diterajui oleh Najib sebenarnya menunjukkan kematangannya sebagai pembangkang yang rasional dan bukannya dari jenis bangkang dari longkang. 
Perbezaan nyata seorang yang rasional dan berakal berbanding dengan golongan bangkang dari longkang. Sokongan beliau adalah satu pengiktirafan atas usaha penat lelah PM menerajui kerajaan dan ia tentu saja memberi makna besar kepada kerajaan BN.

Dari satu sudut, kenyataan Tunku Aziz juga merupakan satu manifestasi betapa urus tadbir kerajaan BN sudah berada di landasan yang betul untuk memacu pembangunan dan kemajuan negara selain tanda aras penting yang membuktikan kemampuan Najib sebagai pemimpin negara.
Jika kita fahami secara tersirat kenyataan Tunku Aziz itu, mungkin bertepatan kalau kita tafsirkannya sebagai pengiktirafan rasmi dari beliau terhadap kemampuan Najib untuk terus memimpin negara selain menepati kriteria sebagai pilihan utama rakyat berbanding pemimpin politik berjiwa retorik seperti Anwar Ibrahim.


Renung Renungkanlah...

Umat Islam Makin Ditindas...




Teruk sangatkah Negara Malaysia ini melayan Agama dan Bangsa Lain selain Islam dan Melayu?.... Siapa yang ditindas?.......

Sebenarnya kita Bangsa Melayu Beragama Islam yang ditindas oleh mereka dan kalau kita tak faham lagi ... aku sudah tidak tahu nak katakan bagaimana?....

Mari kita lihat lebih banyak kisah Di Sini dan hangat Di Sini.

TQ : PDTM & AAKJ

Jangan Main Politik Kotor...



Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik. Menurut Fathul Bari, umat Islam juga perlu sedar permainan politik kotor sesetengah pihak yang gemar menggunakan agama sebagai isu mereka.

“Kita asyik bercakap mengenai isu ini, tetapi sama ada Pas atau Umno, semua menghadapi masalah yang sama. Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?,” katanya.


TQ : JAWA BERNAM

Saturday 20 October 2012

PANAS!!!NOH OMAR DI FITNAH LAGI!!!


Saya merujuk kepada kenyataan pemimpin pembangkang bahawa pemberian kontrak pembekalan benih padi sah diberikan kepada syarikat yang tidak layak seperti dakwaan YB Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini.

Semasa penggulungan bajet semalam, saya menjawab tuduhan dari pembangkang mengenai isu ini, Tender benih padi sah ini telah dibuat secara Tender Terbuka dalam memastikan banyak pihak berpeluang melibatkan diri dan bagi menjaga kualiti benih padi, kementerian telah menetapkan syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi oleh petender. Syarat-syarat tender adalah seperti berikut:
1-syarikat berstatus Bumiputera daripada Kementerian Kewangan.
2-mempunyai kod bidang 120201 (tanaman/benih semaian)
3-mempunyai kilang pemprosesan benih padi milik sendiri.
4-mempunyai mesin Indented Cylinder atau Optical Color Sorter iaitu mesin pengasing benih padi mengikut saiz.

Sehingga tarikh akhir tender iaitu pada 29 Mac 2012 hanya 5 syarikat sahaja yang memenuhi syarat tender termasuklah syarikat Seri Merbuk Sdn Bhd dan S.M.Nor Sdn Bhd yang dituduh sebagai kroni kepada saya dan 3 lagi syarikat adalah Kilang Beras Jelapang Selatan, Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu dan OBL Maju Sdn. Bhd.

Mengikut Peraturan Kewangan hanya syarikat yang memenuhi syarat tender sahaja yang layak dipertimbangkan. Walaubagaimanapun Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani beranggapan bahawa peluang harus diberikan supaya banyak syarikat mengambil bahagian. 

Kementerian telah memberi kelonggaran kepada syarikat yang berminat supaya memenuhi syarat tender yang telah ditetapkan WALAUPUPUN TARIKH AKHIR TENDER TELAH TAMAT dengan syarat semua kreteria dipenuhi SEBELUM Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian yang terdiri daripada Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kewangan bermesyuarat.

Sebagai contoh. Syarikat Felcra Plantation Services Sdn Bhd telah mengemukakan Sijil Status Bumiputera kepada kementerian hanya pada 16 April 2012.

Ekoran daripada kelonggaran yang diberikan oleh kementerian terdapat 5 lagi syarikat telah memenuhi syarat tender iaitu Paddytech Resources Sdn Bhd, Padi Pukal Parit 7 (Sekinchan) Sdn Bhd, PPK Puteri Saadong, FELCRA Plantation Services Sdn Bhd  dan Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd. Ini telah menjadikan keseluruhan syarikat yang memenuhi syarat tender adalah 10 syarikat. 

Semasa Mesyuarat Penilian dibuat didapati kesemua 10 syarikat tersebut telah memenuhi syarat tender. Kementerian telah menetapkan kuota bekalan (grading) adalah berdasarkan kepada kapasiti kilang syarikat dengan tujuan untuk mengelakkan wujud kegiatan monopoli.

Sebagai contoh, kapasiti pengeluaran kilang Sri Merbok Sdn Bhd dan Hj Md.Nor Sdn Bhd adalah besar tetapi mereka tidak diberikan kuota yang sangat banyak sehingga menjejaskan syarikat lain.

Saya juga melihat isu kuota ini telah cuba dipolitikkan oleh pihak pembangkang seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata dan mungkin pihak pembangkang lebih suka sistem monopoli ini diteruskan.

Tuduhan bahawa pemberian tender ini diberikan kepada kroni adalah tidak benar kerana kementerian masih memberikan peluang untuk syarikat berminat memenuhi syarat tender walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, 10 syarikat telah diberikan peluang.

Terima Kasih

Datuk Seri Noh Omar
Chennai, India.

Pas Tidak Lagi Ekstrem Dan Fanatik Kepada Islam...

Jika UMNO yang menyatakan bahawa fatwa yang disebarkan PAS bahawa ‘undi PAS masuk syurga’ adalah sesat, maka PAS akan menuduh UMNO cemburu, jahil, sesat hatta kafir.  
Justeru, kita ingin bertanya ahli-ahli PAS, apakah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi juga cemburu, jahil, sesat atau kafir juga kerana menyatakan fatwa yang digunapakai PAS itu adalah bodoh, jahil dan sesat?  Kenyataan ini dibuat beliau dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam. 

Jawapan pemimpin-pemimpin PAS mengenai kenyataan Dr.  Sulaiman ini sudah boleh dijangka iaitu “bahawa UMNO telah memberi penerangan yang tidak benar mengenai PAS kepada Sheikh Dr. Sulaiman sehingga menyebabkan beliau salah faham mengenai fatwa tersebut”.   
Ahli-ahli PAS totok pun akan turut berkata yang sama sebagai mempertahankan diri mereka.  Sebahagian ahli PAS yang lain pula iaitu yang mampu menggunakan sedikit akal fikiran, akan menafikan bahawa pemimpin mereka pernah berfatwa demikian sebaliknya UMNO yang sengaja mengada-ngadakannya. 
Apa yang pasti, pemimpin dan ahli PAS akan melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sendiri setelah menyedari yang mereka telah tersesat.   Ego dan takbur akan menghalang mereka-mereka dari mengakui kesalahan, jauh sekali untuk kembali ke pangkal jalan. 

Kenyataan Sh. Dr. Sulaiman ini amatlah dialu-alukan di ketika umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan keliru akibat dari hasutan Ulama-ulama jahat akhir zaman.  Namun, usaha untuk memperbetulkan kembali pemikiran umat yang telah dicelarukan ulama-ulama ini bukanlah mudah.  Rata-rata umat Islam yang celaru itu enggan mengakui kecelaruan mereka kerana terpesong jauh oleh emosi benci dan dendam yang tidak berasas terhadap kerajaan. 
Jika dulu, umat Islam di Malaysia dihasut oleh PAS untuk membenci kerajaan kerana tidak menggunapakai undang-undang Islam dan dianggap kafir, tetapi kini PAS masih terus membenci kerajaan walaupun mereka sendiri telah pun membuang negara Islam dari perjuangannya apabila bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan pluralis PKR.

Lebih menyedihkan ialah apabila PAS bukanlah dominan dalam Pakatan Rakyat tetapi menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.  Maka, sedar tak sedar, PAS kini sebenarnya sedang membantu perjuangan pluralis PKR dan Kristian Evangelist DAP untuk bertapak di Malaysia secara mutlak melalui penguasaan politik.
Hakikat yang sukar untuk ditelan ialah kesesatan PAS bukan sedikit, tetapi sudah terlalu jauh dan terlalu dalam, berakar umbi sejak tahun 70an, menjadi barah yang semakin parah kepada ummah.  Dalam hal ini, mungkin kerajaan juga berkongsi sedikit kesalahan kerana tidak mengharamkan saja PAS sejak dahulu.
Jika dulu, kesesatan PAS terlindung oleh imej ekstrem dan fanatik Islam, tetapi kini kesesatan PAS terserlah dengan duduk di belakang golongan liberal yang meletakkan hak asasi kebebasan mengatasi tuntutan agama.  Bertitik-tolak dari itu, pemimpin-pemimpin mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bercanggah dan merapu semata-mata untuk menjustifikasikan kesepakatan mereka dengan golongan ini. 
Walaupun kesesatan mereka kini jelas dan nyata, tetapi kerana fatwa ‘undi PAS masuk syurga’ telah berakar umbi sekian lama, maka ramai umat Melayu yang tetap kekal di dalam PAS semata-mata mengharapkan syurga mudah.   

Syurga adalah nikmat, rahmat yang diberi kepada manusia yang berbuat kebaikan, yang berbudi kepada manusia lain dan alam semulajadi, yang suci hatinya serta ikhlas perbuatannya. 
Syurga adalah untuk manusia yang tahu bersyukur akan nikmat Allah kepadanya, yang menggunakan sebaiknya anggota, pancaindera dan akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri sendiri, saudara-saudaranya, manusia sejagat dan alam sekitar.
Syurga adalah untuk manusia yang mengamalkan ayat-ayat Allah untuk meneroka dan mencari ilmu dari seluruh kejadian alam dan cakerawala iaitu matlamat utama mereka dicipta

Syurga bukan ditentukan oleh manusia, parti, undang-undang atau kerajaan.  Syurga neraka adalah hak Allah S.W.T.  Kerana itu, kita diberitahu tentang kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi makan seekor anjing serta bagaimana seorang Ulama boleh tergelincir ke neraka kerana riak.  
Kita tidak faham bagaimana ahli-ahli PAS yang kononnya amat mementingkan agama tidak mampu memahami perkara asas dalam agama Islam iaitu tentang syurga neraka yang tidak boleh ditentukan oleh manusia.   Kita tidak faham bagaimana begitu mudah sekali sebahagian dari kita untuk terpesong, terpedaya dan tertipu oleh serban, jubah dan kata-kata yang tidak masuk akal. 

Inilah akibatnya jika gemar menolak penggunaan ‘akal’ dalam membincangkan soal agama.  Sedangkan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa ‘akal’ adalah kurniaan tertinggi yang diberikan kepada makhlukNya.  Apa guna diberikan akal jika bukan untuk digunakan terutama dalam menghayati ajaranNya?
Sh. Dr. Sulaiman bukan orang UMNO, bukan orang politik dan bukan mewakili kerajaan Mesir atau mana-mana negara Arab.  Beliau bercakap atas kapasiti seorang Ulama yang bertanggungjawab menyatakan kebenaran demi kebaikan ummah. 
Maka, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk terjun bersama serban pemimpin mereka atau mendengar nasihat Sh. Dr. Sulaiman dan kembali ke pangkal jalan.
Renung Renungkanlah...
◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan