Pihak tertentu diminta hentikan segala tohmahan dan pandangan serong terhadap Program Permata Negara dan Datin Seri Rosmah Mansor kerana ianya dilahirkan untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti tinggi. Program itu dilaksanakan semata mata untuk memupuk pendidikan dalaman kanak kanak supaya mereka menjadi aset yang sanat bernilai bila dewasa nanti.
Projek Permata Negara itu adalah demi menjamin masa depan anak anak generasi baru dalam mewarisi ilmu pendidikan. Kita seharusnya merasa syukur dan dan berterima kasih kepada Perdana Menteri dan isteri kerana di negara ini kita disajikan dengan pelbagai kemudahan dan pembiayaan yang percuma dari pihak Kerajaan.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata "Projek Permata Negara ini bukan untuk saya sebagai isteri Perdana Menteri atau untuk sesiapa, tapi untuk masa depan anak anak kita semua. Ada mereka yang cakap macam macam terhadap saya dan projek Permata ini, tetapi semua itu tidak benar".
Sehingga kini, projek Permata Negara mempunyai 665 pusat asuhan dengan354 daripadanya adalah Taska Permata KEMAS, manakala seramai 22,423 kanak kanak sudah mendapat manfaat daripada program tersebut.
Projek Program Permata ini juga mendapat perhatian pihak luar negara, Klik Di Sini.
0 comments: