Sunday 23 December 2012

Blogger Bantu Nelayan Dapatkan Bantuan Baiki Rumah



Mungkin bagi sesetengah orang tak pernah terfikir bahawa peranan seorang Blogger atau pengamal media maya tidak mendatangkan apa apa kesan pada masyarakat atau negara. Lain pula ceritanya di Kuala Selangor, seorang Blogger ( Di Sini ) telah  banyak membantu orang orang kampung dan setempat yang memerlukan bantuan. Melalui media maya dan saluran yang sepatutnya, Blogger ini berusaha untuk menolong masyarakat.

Jadi jangan dipandang peranan media maya tidak penting dalam masyarakat hari ini. PM Najib Razak sendiri pernah menyuarakan hal ini bahawa pengamal media termasuklah Facebooker dan Blogger banyak memberi kesan yang positif pada kita semua.







Wednesday 19 December 2012

Nik Aziz & Hadi Awang Wajib Bertaubat???





Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir??? 
Hj. Hadi wajib menarik balik amanat tersebut. Beliau bersetuju untuk Hj. Hadi menarik balik amanat tersebut. 
Hj. Hadi juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah. 


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria & Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahid Wan Teh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu ( 1981). Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas. Dari segi syarak, beliau bangkit mengatakan kebenaran. 


Kini Nik Aziz pula mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook, seolah beliau menyokong penuh amanat Hj. Hadi dan memperlekehkan mufti demi kepentingan politik. Nik Aziz dinampakkan seperti mempersendakan hal itu yang berkaitan dengan Agama Islam.




Manakala Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib didalam kenyataan beliau pula turut menasihatkan kedua Mufti terbabit agar tidak mencampuri urusan politik. Sejak bila pula PAS tidak membenarkan politik dicampuradukkan dengan soal agama???
Bukankah PAS menegaskan Politik & Agama harus seiring???


Kadang kala kita menjadi semakin keliru dan tidak memahami sebuah parti politik ini kerana sering mengubah ngubah pendirian mereka. Adakah begitu senang mengubah sebuah pendirian dan yang paling rasa janggal sekali bila ianya melibatkan soal Agama Islam yang suci...

Renung Renungkanlah...



Tuesday 11 December 2012

Biografi Rosmah Mansor Di Perkenalkan




Belum pun keluar buku Biografi DS Rosmah ini, pihak Pakatan Pembangkang sudah mula tidak berpuas hati dan menghentam begitu hebat.


 Apakah ini tanda yang sememangnya pihak pembangkang berasa gusar dan gundah gulana dengan setiap apa yang dilakukan oleh DS Rosmah dapat diterima masyarakat???


Pihak pembangkang sememangnya irihati dan merasa tidak senang mungkin kerana isteri pemimpin mereka tidak sehebat dan sebaik isteri pemimpin kita PM DS Najib Razak...

Biografi Rosmah Mansor Di Perkenalkan

KUALA LUMPUR: Sebuah biografi yang memaparkan pengalaman dan perjalanan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sejak zaman kanak-kanak hingga perjuangannya pada masa ini, diperkenalkan hari ini. 

Majlis prapelancaran biografi itu disempurnakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Kalsom. 

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) yang juga penerbit biografi itu, Shamsulbahrin Ludin. 

Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancar dan diedar untuk jualan bulan depan. 

Pada majlis hari ini, sebuah lagu dicipta khas untuk Rosmah, bertajuk 'Wanita Perdana' didendangkan penyanyi terkenal tanah air, Misha Omar. 

Lagu itu dicipta oleh Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) dan liriknya nukilan penggiat teater serta pengarah filem dan drama, Rosminah Tahir. 

Rosmah turut menerima kejutan apabila diberi sambutan hari lahir beliau yang jatuh pada hari ini. 
Pada sidang media kemudian, Ahmad yang juga penasihat kepada penerbitan biografi itu, berkata penerbitan buku itu diharap dapat memberi gambaran sebenar mengenai Rosmah dan menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau. 

Katanya, ini kerana kadang kala segala perjuangan yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri itu disalah anggap dan wujud tuduhan meleset tentang keikhlasan beliau dalam melaksanakan aktiviti untuk rakyat seperti Permata. 

"Saya ingin maklumkan dalam buku ini yang pada saya amat menarik dan dinantikan ialah soal jawab oleh kedua-dua penulis dengan Datin Seri Rosmah dan beliau menjawabnya secara terus terang terhadap isu-isu yang dibangkitkan, pelbagai isu tohmahan dan fitnah dan dijawab oleh beliau," katanya. 

Beliau berkata, buku ini sesuai untuk semua peringkat umur terutama kumpulan dewasa, mereka yang terbabit dalam bidang pendidikan berikutan terdapat bab khusus mengenai Permata, orang politik dan juga orang biasa. 

Shamsulbahrin pada sidang media yang sama, berkata buku itu ditulis secara santai dan idea untuk menerbitkannya tercetus ketika beliau berada di London pada Mei lalu untuk menghadiri majlis bersama Perdana Menteri dan isteri di negara berkenaan. 

"Ekoran daripada pertemuan itu dan melihat laporan yang tersiar di Internet, saya mendapati banyak perkara yang dilaporkan bertentangan dengan apa sebenarnya yang terjadi. 

"Hasil daripada kesedaran itu, saya berunding dengan Datuk Ahmad Maslan untuk merangka gerak kerja bagi menyediakan biografi ini, dengan dibantu dua penulis tersebut untuk menyediakan buku ini melalui proses penyelidikan, temu bual dan temu ramah terutama bersama Datin Seri Rosmah dan orang yang dikenal pasti," katanya. 

Shamsulbahrin berkata, penyediaan buku itu sudah selesai dan pada masa ini dalam proses penelitian dan rebiu bagi tujuan percetakan. 

Siti Rohayah pula berkata, terdapat 12 bab dalam buku itu dan memaparkan kehidupan Rosmah sejak zaman kanak-kanak, remaja, zaman persekolahan, universiti, alam pekerjaan, perkahwinan, anak-anak dan keluarga serta kehidupan sebagai isteri pemimpin. 

"Terdapat pandangan rakan dan kenalan lama antaranya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, rakan-rakan yang dikenali sejak 1964 di Kolej Tunku Kursiah yang mana pada zaman itu, beliau mempunyai empat rakan yang digelar pengetuanya sebagai 'the giddy group', mereka nakal tetapi cerdik dan pintar dan kebanyakan mereka ini adalah orang yang berjaya," katanya. 

Katanya, beliau mengenali isteri perdana menteri itu sejak awal perkahwinan Rosmah dan Najib, bukan selepas menjadi isteri timbalan perdana menteri atau perdana menteri. 

"Kenapa saya bersetuju untuk menulis buku ini, saya menulis buku ini kerana saya sayang Datin Seri Rosmah dan saya mengenali hati budinya. Oleh kerana itu, apabila kita membaca sebuah buku, kita tidak boleh melihat kulit buku itu tetapi dari dalam," katanya. 

- BERNAMA

Khalid Punca Pelajar Cedera Parah???




Puncak Alam, Fasa III - Terkini!!! 2 pelajar jatuh dari motor dan cedera parah akibat terlanggar jalan berlubang yang sudah sekian lama tidak diturap. Dalam kejadian terbabit, remaja terbabit dalam perjalanan pulang dari arah Alam Jaya ke Puncak Alam kira kira jam 11 malam.
Mengikut saksi, mangsa terjatuh lebih kurang 100meter dari lubang tersebut. 


 

Kawasan kejadian sememangnya agak gelap dan tidak berlampu, hal ini bukanlah baru kerana sudah sekian lama lampu jalan tidak berfungsi di laluan itu.
Malah tempat kejadian adalah selekoh tajam, ditambah pula dengan jalan yang tidak berlampu. Maka lokasi itu memang mengundang bahaya kepada pengguna jalan tersebut.


Lokasi tersebut ialah jalan utama dari Shah Alam Dan Kuala Selangor ke Puncak Alam.
Disini rasanya kita boleh bertanya kepada Kerajaan yang memimpin Negeri Selangor... 


Apa yang meraka buat??? Kenapa jalan tidak dapat diturap sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada rakyat???







Monday 10 December 2012

PR MEROYAN...UMNO BUAT KERJA




Zahid Hamidi baru-baru ini menerima kunjungan hormat Ketua Perhubungan Antrabangsa Hamas, Usamah Hamdan dan Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Al-Haj Murad Ebrahim bagi membincangkan perihal masalah mereka dan bagaimana kerajaan boleh membantu untuk menyelamatkan umat Islam di sana dari terus ditindas. ( Di Sini )

DALAM ceramah pakatan, puak mereka selalu berkata akan menegakkan Islam di Malaysia dan seluruh dunia jika berjaya memerintah Malaysia kerana UMNO bukan Islam sejati dan telah murtad!! Maka merekalah yang selayaknya menggalas tanggungjawab menyatukan saudara Islam di dunia....

Tapi tu semua berani kat atas pentas je. Pandai bercakap, action tarak pun tak guna. Siapa yang percaya memang bodoh la. 

TQ :  JAWA BERNAM

Karpal Juara....Nik Aziz Tersingkir???




Karpal menjadi ‘juara’ memperjuangkan ‘satu calon, satu kerusi’ bagi PRU kali ini atas alasan memastikan wakil rakyat dapat menumpukan sepenuhnya kepada kawasan masing-masing.  

Walaubagaimanapun, cadangan Karpal diragui oleh berbagai pihak dalam DAP sendiri dan ditempelak Teresa Kok dengan penghinaan bahawa Karpal adalah ‘old story’ atau cerita lama.  ( Di Sini )

Tindakan Teresa Kok menimbulkan kemarahan beberapa pihak  kerana dilihat tidak menghormati orang tua dan juga Pengerusi parti yang telah lama berjuang dan banyak pengalaman.  Akibatnya, Ahli Parlimen, Kota Alam Shah M. Manoharan telah membangkitkan kegagalan Teresa untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan baik kerana memegang begitu banyak ‘kerusi’ atau jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri.  

Namun, akhir-akhir ini, nampaknya semakin ramai di dalam DAP menyuarakan sokongan terhadap idea Karpal ini, sekali gus, ‘menggilapkan’ lagi namanya.

TQ : PDTM

PM Najib & DS Rosmah Buat Kecoh Di PJ???


Berbangga rasanya bila tengok gambar PM DS Najib Razak dan Isteri DS Rosmah bermesra dengan rakyat, sememangnya PM dan Isteri sangat tidak kekok berada dalam kalangan rakyat kerana hati kedua insan ini amat ikhlas dalam apa jua yang dilakukan.


Dapat kita bayangkan betapa mulia dan luhur insan yang bernama Najib dan Rosmah ini bila banyak jasa meraka taburkan pada rakyat. Banyak jasa mereka pada rakyat, tetapi mengapa masih ada pihak yang masih tidak puas hati dan selalu mencari kesalahan mereka? adakah kerana cemburu dengan segala kebaikan dan budi mereka? Mungkin juga kerana hati telah dirasuk syaitan dan terus menjadikan orang lain yang banyak jasa dan budi sebagai sasaran dan mangsa untuk di jatuhkan.


Macam mana dengan pemimpin PR??? Apa plan lepas ni???

Renung Renungkanlah...

Saturday 8 December 2012

Kelab Malam Di Setia Alam???

 
 
"Grand Opening" atau pembukaan besar-besaran akan diadakan pada 12.12.2012, satu tarikh "keramat" bagi penduduk Shah Alam. Voyage Shah Alam di dalam laman sosial Facebook nya juga menjanjikan "Draught Beer" yang paling berpatutan dari segi harga. ( Di Sini )
 
Selepas tahun 2008, selepas pembukaan panggung wayang pertama di Space U8, hari ini, dibawah kerajaan PR dan PAS yg kononnya mahu menutup kilang arak, kini akan menyaksikan kelulusan pembukaan kelab malam pertama di Shah Alam, di Setia Alam atau lebih khusus di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Malaysia. 



Friday 7 December 2012

SUK Selangor Di Serang Kerana Kerajaan Selangor Berjanji Kosong???



Mengapa dan bagaimana kekecohan ini boleh tercetus? 
Disebabkan kegagalan Kerajaan Selangor memenuhi janji-janji manis yang pernah ditaburkan kepada kaum tersebut. ( Di Sini )
Menambahkan lagi kemarahan apabila dalam diam sudah 7 buah Kuil dirobohkan di serata Negeri Selangor dan disebabkan itu Kaum India Beragama Hindu bangkit menyerang Bangunan SUK sebentar tadi. ( Di Sini )

TQ : PDTM

Abby Salah Salur Bantuan???




Abby Abadi ke Palestin??? ( Di Sini )
Sibuk Abby mempertikaikan pemergian beberapa wira Malaysia yang ingin membantu rakyat Palestine namun hakikatnya Abby sendiri tak memainkan peranan langsung dalam membantu saudara se-Islam kita di sana. ( Di Sini )
Rupanya Abby lebih senang membela nasib warga Bangla dari rakyat Palestine. Apa sudah jadi??
Bangla lebih perlukan bantuan ke Abby???

Nyanyukkk???....Pemimpin Sapa Ni???




Nampak sangat Menteri Besar Kelantan itu tidak memahami hujung pangkal isu yang timbul di Gombak semasa siri Jelajah Merdeka Rakyat yang disertai Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim beberapa malam lepas.

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu kekecohan yang berlaku di Gombak menyifatkan kejadian tersebut sebagai bukti adanya pihak yang akan menimbulkan kekecohan sekiranya PRU 13 dimenangi oleh Pakatan Rakyat(PR).

Maksud Nik Aziz, sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 maka pihak lawan seperti UMNO dan BN akan menimbulkan huru hara. ( Di Sini )

Jika Nik Aziz yang terkenal dengan gelaran Mulut Berus itu tahu bahawa punca kekalutan dimulakan oleh puak penyokong PR yang membaling batu, botol air dan lain-lain objek keras ke arah penyokong UMNO dan orang ramai, tentunya dia akan malu sendiri dengan kenyataan gopohnya itu.

Thursday 6 December 2012

Artis Meroyan Jadi Sasau Sebab Tak Dapat Pergi Palestin???


Sedih bercampur pilu bila mengenangkan apa yang terjadi di Palestin. Anak anak kecil dan mayat bergelimpangan, bagaimana jika semua itu berlaku di negara kita dan melibatkan sanak saudara kita?

Wujudkah manusia yang memandang semua itu sebagai endah tak endah dan tanpa belas kasihan?
Bila perkara seperti ini berlaku, kita sepatutnya tidak bercakap dan melibatkan soal politik lagi untuknya. Tetapi nampaknya seperti ada segelintir manusia yang cuba mempolitikan dan mengejek ngejek akan perkara ini.

Gambar di atas adalah contoh keperihatinan seorang insan yang bergelar nama manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang berbelaskasihan kepada sesama manusia. Tetapi apa yang saya sampaikan bukanlah mengenai watak watak manusia di dalam gambar tersebut, yang ingin saya ceritakan ialah kotak kecil disebelah kiri atas gambar tersebut.

Itu adalah contoh manusia yang menggunakan politik dalam setiap perkara dan setiap saat dalam kehidupannya.
Abby Abadi yang sedia kita maklum adalah seorang artis yang mula berjinak jinak dalam dunia politik selepas "INSAF" kononnya dan memilih PAS sebagai jalan mencari kebenaran. ( Di Sini )

Kadang kadang saya nampak Abby keterlaluan dalam ber"POLITIK" dan bercakap soal Agama umumnya. Adakah beliau berasa dirinya cukup layak dan terlalu bijak soal Agama hingga setiap yang disampaikan itu terlalu sensitif dan terlalu menyentuh soal Islam yang suci. 

Abby agak celupar sedikit sekarang ini dalam soal berpolitik mungkin sudah mula lupa di mana asal beliau sebelum ini. Jika pembaca masih ingat, saya pernah menulis kisah bekas penyanyi dan pelakon ini beberapa bulan lalu. ( Di Sini )

Rasanya tidak perlulah Abby menjadi terlalu taksub sehingga menampakkan beliau seperti kesesatan di jalan yang terang.
Bagi saya, Abby perlu menjadi bijak dan bersederhana dalam berpolitik dan beragama kerana beliau boleh di anggap sebagai dalam proses bertatih dalam mencari dan mendalami ilmu agama terutama bila melibatkan soal Agama Islam yang suci, kerana Islam bukan Agama mainan dan yang sesuka hati boleh di perkecilkan.

Abby dinampakan seperti menganggap parti politik yang di"Anuti"nya itu seperti Agama, mungkin beliau merasakan dan berkefahaman bahawa PAS itu Islam dan UMNO itu kafir seperti yang di gembar gemburkan oleh PAS. Sebab ini jelas kerana Abby menggangap UMNO juga haram di ikuti. Wallahualam...

Seharusnya Abby perlulah berserdahana seperti artis lain yang juga bertukar imej kerarah kebaikan dengan memakai tudung. Bukan Abby seorang sahaja artis yang bertudung,malah ramai lagi artis yang berhijarah contohnya Diana Amir ( Di Sini ).

Jadi, diharap jika ada artis artis yang lain dan baru berniat hendak berhijrah kearah kebaikan dan bertudung ini, jangan terlalu taksub seperti Abby. Bersederhanalah jika niat itu benar benar inginkan keredhaan oleh Allah swt, In Shaa Allah diberkati. Ameen...

Renung Renungkanlah...
.



Tuesday 4 December 2012

Siri Pendedahan : Pembohongan Tidak Menjadi




Pelbagai tomahan dan fitnah dilemparkan pihak Pembangkang ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor sejak sekian lamanya. Malah saban hari ada sahaja fitnah yang baru yang mana dicipta pihak pembangkang dalam memastikan imej Perdana Menteri dan Isteri dapat dijatuhkan mereka ini apatah lagi dengan menghadapi PRU 13 yang akan tiba tidak lama lagi. ( Di Sini )

Kenyataan Anwar Ibrahim dalam sidang media semalam :

"PKR supremo Anwar Ibrahim today denied that the opposition was responsible for the recent controversial claims made by businessman Deepak Jaikishan against the Umno leaders."




TQ : PAPA GOMO

Sejarah Wanita UMNO




Sejak sebelum merdeka, ketika terutama semangat orang Melayu meluap-luap menentang pertubuhan Malayan Union, peranan yang dimainkan oleh kaum wanita ketika itu sangat besar.
Walaupun pada ketika itu, bilangan wanita Melayu yang mendapat pendidikan secara formal sangat sedikit tetapi mereka mampu menjadi satu kuasa gelombang kepada perubahan pemerintahan.
Ahli parlimen British, Sir Theodore Adams yang ditugaskan memantau penentangan Malayan Union, pernah berkata:
“Telah mencatatkan bahawa di bandar-bandar, terdapat demonstrasi yang mana 5,000 hingga 10,000 orang berdiri dihadapan kami. Tetapi yang paling menakjubkan ialah peranan yang telah dimainkan oleh kaum wanita dalam pergerakan kebangsaan yang hebat ini.” Dalam tempoh 14 tahun saya tinggal di malaya,saya jarang sekali bercakap dengan wanita Melayu. Tapi hari ini, mereka naik pentas politik dan membuat ucapan-ucapan, gadis-gadis yang belum berkahwin juga membuat ucapan-ucapan di mikrofon,”
Setiap kali menyambut ulang tahun kemerdekaan negara, terbayang-bayang wajah ibu yang banyak berjasa untuk sama-sama menegakkan hak-hak wanita seperti yang dicapai sehingga kini.
Biarpun mereka itu pemimpin-pemimpin kerdil yang tidak pernak mendapat tempat dimana-mana jua pun, namun sokongan dan khidmat yang mereka berikan merupakan perintis jalan ke arah perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh wanita sekarang.
Sumbangan kaum ibu semasa perjuangan menuntut kemerdekaan bukannya sedikit. Malah menurut bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, semasa penentangan terhadap Malayan Union, kira-kira 10 tahun sebelum Tanah Melayu merdeka, kaum ibu turut keluar menyertai demonstrasi besar-besaran menentang rancangan pemerintahan Inggeris. Beliau pernah berkata:
“Peranan kaum ibu dan orang lelaki sama. Orang perempuan dah serik pengalaman pahit masa jepun. Orang perempuan kalau duduk sahaja di rumah, dia kan jadi macam katak bawah tempurung. Jadi bila dah habis perang, bila diajak keluar menentang Malayan Union, mereka keluar dengan keadaan susah-payah. Anak digendong, belanja sendiri, berjalan berbatu-batu jauhnya. Kaum wanita tidak ditinggalkan dalam perjuangan menutut kemerdekaan. Mereka adalah penyokong kuat kepada pemimpin lelaki,”
Malah ada sesetengah kaum ibu yang sangggup berpisah dengan barang-barang kemas mereka untuk disumbangkan kepada tabung bagi membiayai perjalanan Tunku Abdul Rahman Putra ke London untuk rundingan mendapatkan kemerdekaan.
Pergerakan kaum ibu UMNO lahir hasil daripada perbincangan yang berlaku tiga tahun sebelum penubuhannya pada 1949.
Dalam Mesyuarat Agung UMNO pada tahun 1946, tiga tokoh wanita UMNO iaitu Datin Putih Mariah Ibrahim Rashid yang mewakili Persatuan Melayu Perak, Zainab Abdul Rahman mewakili Persatuan Melayu Seberang Prai, dan Saleha Ali mewakili Persatuan Melayu Selangor telah bertemu dan melahirkan cita-cita untuk menubuhkan pergerakan kaum ibu.
Berikutan dengan perbincangan mereka sebuah Jabatan Kaum Ibu ditubuhkan di Ibu Pejabat UMNO.
Dalam persidangan parti pada awal tahun 1947, Putih Mariah Ibrahim Rashid telah dipilih untuk mengetuai Jabatan Kaum Ibu itu.
Dengan penubuhan Jabatan ini UMNO secara langsung mengikhtiraf peranan wanita dalam politik.
Setahun kemudian Jabatan Kaum Ibu diperbesarkan kepada sebuah Pejabat Setiausaha. Sehari sebelum penubuhan Pergerakan Kaum Ibu dengan rasminya pada 25 Ogos 1949, UMNO telah mengadakan satu Perhimpunan Agung Perwakilan Kaum Ibu Bahagian-bahagian UMNO di Butterworth dengan tujuan menubuhkan sebuah badan berkanun Kaum Ibu UMNO.
Persidangan ini memutuskan penubuhan badan yang dinamakan Ahli-ahli Perempuan UMNO dengan Putih Mariah dilantik sebagai ketua.
Pimpinan Putih Mariah tidak lama. Pada tahun 1950 Ibu Zain telah mengambil alih jawatan ketua.
Dalam tahun-tahun selepasnya, Ahli-ahli Perempuan UMNO telah melipat gandakan usaha-usahanya dengan menambahkan cawangan-cawangannya, ahli-ahli dan aktiviti-aktiviti parti.
Ibu Zain sendiri selaku seorang tokoh wanita yang aktif dan tidak boleh berdiam diri telah menjelajah ke seluruh negara untuk menarik penyertaan wanita Melayu dan membuat penerangan politik dalam gerakan ke arah kemerdekaan.
Beliau pernah menaiki lori dalam lawatannya ke merata-rata tempat di Johor kerana menyebarkan idea-idea kemerdekaan, dan di mana sahaja beliau berada terdapat bersamanya sekeping peta negara dan sehelai bendera UMNO.
Memandangkan ketika itu wujud perintah darurat dan musuh-musuh negara sedang mengganas bagi membentuk satu corak politik yang berdasarkan kekerasan, wanita tetap sanggup meneruskan perjuangannya secara aman dan berdasarkan sokongan ramai.
Antara bulan September 1953 dan Oktober 1954 wanita UMNO menghadapi satu masalah disebabkan tidak mempunyai seorang Ketua yang dipilih untuk meneruskan perjuangan politiknya.
Kejadian ini timbul daripada keengganan seorang ahli wanita kerabat Diraja untuk menerima pemilihannya sebagai ketua yang dibuat tanpa pengetahuan beliau.
Ibu pejabat UMNO dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Agung UMNO telah melantik Khadijah Sidek menjadi Setiausaha Hal Ehwal Kaum Ibu UMNO dan Pegawai Penerangan Perempuan.
Segala perkara berkenaan dengan hal ehwal wanita diuruskan oleh Khadijah Sidek di bawah pentadbiran Pemangku Setiausaha Agung. Sebagai memenuhi tugas jawatannya, Khadijah telah melawat dan memberi penerangan kepada Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan UMNO.
Penerangan-penerangan diberikan berkenaan dengan UMNO terutama tujuan perjuangannya, erti kemerdekaan dan pilihan raya.
Ahli-ahli Perempuan UMNO seluruhnya telah memberikan kerjasama kepada Bahagian-bahagian dalam usaha-usaha pilihan raya, aktiviti perarakan dan perhimpunan menunjukkan perasaan berhubung tuntutan pilihan raya persekutuan.
Sesetengah Cawangan Ahli-ahli Perempuan di Bahagian-bahagian UMNO menjalankan rancangan-rancangan kebajikan, memungut derma dan lain-lain usaha.
Berikutan dengan satu krisis dalam parti pada tahun 1956, Khadijah Sidek telah diberhentikan dan Fatimah Hashim telah memangku jawatannya atas persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO sementara menantikan Mesyuarat Agung yang berikut.
Dalam Mesyuarat Agung 1957, Fatimah Hashim telah dipilih menjadi ketua oleh Perwakilan Kaum Ibu UMNO dan jawatan itu dipegangnya hinggalah kepada tahun 1972, iaitu selama 15 tahun.
Kegiatan Kaum Ibu dalam tempoh jawatan Tan Sri Fatimah yang panjang itu menjadi sebahagian daripada kemajuan wanita UMNO.
Akibat peristiwa bulan Mei 1969 yang telah menggoncangkan asas perjalan negara menyebabkan lahirnya satu perimbangan baru dalam politik. Ahli-ahli UMNO sendiri merasakan satu perubahan perlu dalam parti.
Pada bulan Ogos, 1971 telah berlaku satu persidangan Agung Khas bagi mengatur semula cara perjuangan UMNO.
Perlembagaan UMNO dipinda yang antara lainnya menukarkan nama Pergerakan Kaum Ibu kepada Pergerakan Wanita UMNO supaya lebih dinamis dan menarik kepada semua lapisan wanita dengan tidak terhad kepada ibu-ibu sahaja.
Setahun kemudian berlaku pula perubahan pimpinan dalam Pergerakan Wanita di mana Aishah Ghani, Naib Ketua Kaum Ibu UMNO selama 12 tahun telah dipilih untuk menjadi ketuanya yang baru. Turut dipilih ialah tokoh-tokoh wanita baru yang terpelajar, yang melambangkan perubahan dalam corak pimpinan wanita kepada yang lebih berupaya menghadapi masalah-masalah moden.
Jawatan Ketua Wanita diambil alih oleh Tan Sri Rafidah Aziz pada tahun 1984. Di bawah kepimpinannya, Pergerakan Wanita UMNO lebih cergas menganjurkan kursus-kursus meningkatkan pengetahuan perniagaan dan pendekatan lebih profesional dalam pentadbiran parti mengikut sistem lebih teratur dan kemas kini. Suara wanita juga telah bertambah dengan ramai wanita dilantik atau terpilih dalam Majlis Tertinggi UMNO.
Kepimpinan Rafidah Aziz berlanjutan selama 12 tahun sebelum jawatan Ketua Wanita UMNO dimenangi oleh Dato’ Dr. Siti Zaharah pada tahun 1996. Bagaimanapun, dalam pemilihan sayap parti pada tahun 2000, Rafidah Aziz telah kembali menjadi Ketua Wanita UMNO selama 9 tahun sebelum dicabar dan ditewaskan pula oleh Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti 227 undi.
Kemenangan Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO pada tahun 2009 berlaku selepas tsunami politik yang melanda negara pada Pilihanraya Umum Ke 12 dimana Barisan Nasional sekadar meraih majoriti mudah setelah kehilangan kuasa majoriti 2 per 3 dalam Parlimen dan kejatuhan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah ke tangan pembangkang.
Sebagai Ketua Wanita UMNO, Shahrizat mahu mengarusperdanakan pembabitan wanita dalam semua sektor termasuk politik, ekonomi dan sosial. Wanita mesti diletak sebagai institusi yang mempunyai peranan penting terhadap negara. Untuk memenuhi cita-cita ini, beliau telah menubuhkan sekretariat dan biro-biro yang meliputi pelbagai aspek politik, ekonomi, kebajikan dan keilmuan.
Shahrizat telah menggerakkan program Jalinan Rakyat bertujuan sebagai satu pendekatan baru bagi memperluaskan pengaruh dan perkhidmatan disamping menjalin hubungan yang lebih rapat dengan rakyat. Selain itu, Shahrizat telah menyahut cabaran dan permintaan Presiden Parti, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, supaya merakyatkan perjuangan UMNO dengan menyebarkan semangat perjuangan parti kepada seberapa ramai rakyat.
Atas semangat ini, Projek SAYANG telah dilancarkan. Ia merupakan jenama baru Wanita UMNO serta Wanita Barisan Nasional untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan, kesukarelawan dan kemasyarakatan sebagai menepati hasrat parti serta memenuhi keperluan rakyat di akar umbi. Melalui Projek Sayang, Skuad Sayang, Stor Sayang dan Jelajah Sayang telah digerakkan di setiap negeri.

Wanita UMNO Sedia Bersatu Bersetia Berkhidmat Pada Rakyat



Ketua Wanita UMNO Malaysia DS Shahrizat Jalil


 Gambar Gambar Kenangan Semasa PAU 2012













Video Nyanyian Lagu Sang Saka Bangsa Oleh Wanita UMNO



PAS PEMBOHONG KPD RAKYAT???




THE RED WARRIOR ADALAH HASIL USAHA UMNO, BUKANNYA KERAJAAN PAS KELANTAN.

PERUNTUKKAN UNTUK MEMAJUKAN THE RED WARRIOR:


-UMNO BAGI RM1.2 JUTA (Di Sini )



-SEDANGKAN KERAJAAN PAS KELANTAN MENGUTIP KUTIPAN TIKET PALING TINGGI DALAM DUNIA IAITU 20% DARI SETIAP PERMAINAN. SEBAGAI CONTOH, JIKA KUTIPAN JUALAN TIKET ADALAH RM600,000.00, JUMLAH YG KERAJAAN NEGERI DPT ADALAH RM120,000.00..CASH PADA MALAM TU JUGAK!



PAS PEMBOHONG KPD RAKYAT!
 

TQ : PAS BERUK

PAS Tak Senang Duduk Dengar Lagu Warisan "Anak Kecil Main Api"




Suasana pilu menyelubungi Dewan Persidangan PWTC apabila lagu keramat " Anak Kecil Main Api" dinyangikan..

Disaat ini kita tidak harus patah semangat dan berasa lemah..

Kita harus kuat menempuh gelombang ini...

Nyanyian lagi itu seharusnya dihayati dan dijadikan pedoman perjuangan untuk meneruskan survival pemerintahan melayu di negara ini.. ( Di Sini )

Ramai yang menitiskan airmata mengenangkan nasib bangsa melayu yang ntah apa yang berlaku selepas ini jika tampok pemerintahan negara bertukar tangan kepada parti pembangkang yang diterajui pemimpin Komunis, Manusia Gila Seks dan Manusia yang sesat agamanya..


Teruskan berjuang bangsaku.... 

TQ : PDTM

Terima Kasih PM Najib Razak Dan Zahid Hamidi




Terima kasih yang tak terhingga kepada dua pemimpin hebat Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan juga Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak pernah memandang rendah kerja kami pejuang maya. ( Di Sini )


InsyaAllah dengan keyakinan yang diberikan, para pejuang maya Pro-BN ini akan terus membantu kerajaan Barisan Nasional sedia ada demi mempertahankan ibu pertiwi tercinta.

1 Malaysia Tolak Fitnah

TQ : JAWA BERNAM
◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan