Wednesday 19 December 2012

Nik Aziz & Hadi Awang Wajib Bertaubat???





Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir??? 
Hj. Hadi wajib menarik balik amanat tersebut. Beliau bersetuju untuk Hj. Hadi menarik balik amanat tersebut. 
Hj. Hadi juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah. 


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria & Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahid Wan Teh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu ( 1981). Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas. Dari segi syarak, beliau bangkit mengatakan kebenaran. 


Kini Nik Aziz pula mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook, seolah beliau menyokong penuh amanat Hj. Hadi dan memperlekehkan mufti demi kepentingan politik. Nik Aziz dinampakkan seperti mempersendakan hal itu yang berkaitan dengan Agama Islam.




Manakala Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib didalam kenyataan beliau pula turut menasihatkan kedua Mufti terbabit agar tidak mencampuri urusan politik. Sejak bila pula PAS tidak membenarkan politik dicampuradukkan dengan soal agama???
Bukankah PAS menegaskan Politik & Agama harus seiring???


Kadang kala kita menjadi semakin keliru dan tidak memahami sebuah parti politik ini kerana sering mengubah ngubah pendirian mereka. Adakah begitu senang mengubah sebuah pendirian dan yang paling rasa janggal sekali bila ianya melibatkan soal Agama Islam yang suci...

Renung Renungkanlah...



0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan