Wednesday 20 June 2012

Bekas Warganegara Singapura Sokong Islam, Melayu dan Raja


Sungguh bertuah rasanya dapat menjadi seorang Warganegara Malaysia yang merupakan sebuah negara yang aman makmur bersama masyarakatnya yang berilang kaum dan dapat mengamalkan adat budaya serta agama masing-masing tanpa kekangan daripada kerajaan memerintah.

Tetapi kini ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada hingga sanggup menidakkan Agama, Bangsa dan Institusi Raja yang setelah kian lama kita amalkan bersama.

Keadaan ini berlainan pula dari kalangan bukan warganegara Malaysia  yang kini telah mendapat peluang menjadi penduduk tetap atau warganegara dimana mereka merasa amat bertuah menjadi sebahagian daripada  penduduk Malaysia sebuah negara yang aman makmur jika dibandingkan dengan negara asal mereka dimana mereka ditindas.

Ikutilah pengakuan seorang bekas warganegara Singapura yang merasakan dirinya bertuah menjadi sebahagian rakyat Malaysia dan dengan penuh rasa bangga mengakui dirinya menyokong perjuangan Islam, Melayu dan Raja.

Thursday 14 June 2012

JOM BERKENALAN





Yang Berhormat Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali (28 November 1947 - ) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Gombak Setia serta bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor sehingga digugurkan pada Jun 2011 dan akhirnya dipecat pada Januari 2012.
Beliau merupakan penceramah yang hebat kerana dapat mempengaruhi pendengar . Sebelum menceburi politik PAS pada 1999, beliau sering menjadi penceramah dan ahli panel dan disiarkan melalui RTM1. Tokoh lain yang menjadi penceramah ketika itu ialah Datuk Ismail Kamus dan mufti Selangor Datuk Ishak bin Baharom.


Pendidikan

Beliau dilahirkan di Klang, Selangor pada 28 November 1947.
Beliau mendapat Ijazah pertama dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana Urban Planning dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat pada tahun 1975 dan PhD Urban Science dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat pada tahun 1985.

Kerjaya

YB Dato’ Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Beliau juga pernah menjawat pelbagai jawatan dalam kerajaan seperti:
  • Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
  • Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor
  • Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  • Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM
  • Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah
  • Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  • Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM.
  • Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM
Beliau merupakan penceramah motivasi dan pernah menjadi pengerusi majlis Forum Perdana Ehwal Islam di RTM1 selain memberi ahli panel di al-Kuliyyah (TV3) dan banyak lagi. Pada 2008, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Saturday 9 June 2012

Institusi raja bukti konsep ketuanan Melayu masih relevan

 




 


SISTEM politik dan pemerintahan tradisi Melayu meletakkan raja atau sultan sebagai pemerintah tertinggi yang diberikan sepenuh ketaatan dan kesetiaan. Sistem ini berlangsung berabad lamanya. Ketika berlangsungnya penjajahan British di Tanah Melayu, Sultan masih lagi mempunyai kuasa untuk hal tertentu bagi negeri masing-masing. Kedudukan mereka masih dianggap berdaulat ketika itu.

Apabila perlembagaan moden Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh British, pengiktirafan terhadap kepentingan sistem beraja tetap diambil kira dengan meletakkannya sebagai Raja berperlembagaan. Ia menjadi sebahagian elemen penting dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurut Tun Salleh Abbas (1997), apabila kemerdekaan diberikan kepada Tanah Melayu, institusi beraja dikekalkan dengan beberapa pindaan untuk disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan.

Ia sekali gus melambangkan Raja Melayu adalah kesinambungan sejarah dan warisan negara. Kewujudan institusi Raja menjadi sebahagian daripada identiti negara dan ia dilindungi oleh perlembagaan. Ia disebut di dalam Perkara 159(5) yang menjelaskan bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Perkara 71 pula menjamin hak seseorang raja dalam negeri baginda untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan. Demikian juga Perkara 38(4) menyebut bahawa tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. I

nstitusi raja dianggap penting dalam menjamin kestabilan negara kerana ia menjadi ‘payung negara’, menaungi seluruh rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan kepercayaan agama. Ini adalah selari dengan Perkara 32(1) yang meletakkan kedudukan baginda sebagai ‘Ketua Negara’ dan selaras dengan kedudukannya sebagai Raja berperlembagaan, baginda perlu mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri (Perkara 39 dan 40).

Bagi orang Melayu institusi Raja berperlembagaan dengan fungsinya yang tertentu penting bagi ‘survival’ orang Melayu. Ini dapat difahami di dalam Perkara 153 yang mana ia meletakkan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk melindungi dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ia termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153.

Berdasarkan Perkara 153, Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan.

Peruntukan 153 tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja seperti yang digariskan di bawah Perkara 159(5). Selain itu, kedudukan istimewa orang Melayu juga terkandung dalam Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Demikian juga pasukan Rejimen Askar Melayu hanya boleh dianggotai oleh orang Melayu saja seperti dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f).


Di dalam Perlembagaan negeri yang memiliki raja pula menetapkan Raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ia orang Islam. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong yang dipilih di kalangan Raja-Raja Melayu itu juga adalah seorang Melayu dan beragama Islam. Justeru, institusi raja turut melambangkan kedaulatan dan kuasa Islam di negara ini.

Kesimpulan, institusi Raja seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu pengiktirafan oleh penggubal perlembagaan yang memahami sejarah, warisan dan tradisi masyarakat dan kedaulatan politik Melayu.

Mereka memahami bahawa ketuanan Melayu sudah pun mengakar lama dengan kewujudan kuasa raja yang menjadi pemerintah di negeri-negeri Melayu, iaitu berabad-abad lamanya sebelum British bertapak di negara ini. Kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong, terutama dalam Perkara 153 adalah untuk memelihara kedaulatan Melayu. - BH 15/12/2010
◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan