Wednesday 30 October 2013

#PRK SungaiLimau : Penceramah Di Sungai Limau Diugut???


Ya Allah, apa sudah jadi dengan dunia sekarang?
Penceramah datang berceramah di Sungai Limau pun di ugut. Padahal penceramah itu bukanlah seorang ahli politik atau penceramah politik. Di Sini...

Penceramah yang dimaksudkan ialah Ustaz Kazim Elias yang datang berceramah di Simpang Tiga, Sungai Limau Luar pada malam tadi. Sebelum ini Ustaz Kazim pernah juga diugut bunuh. Di Sini...
Astaghfirullah hal azim... 

Tuesday 29 October 2013

#PRKSgLimau : AHLI PAS SG LIMAU HARAP BN MENANG KALI INI



Ya Allah Yang Maha Besar, Yang Maha Mengetahui kau makbulkanlah doa Pak Teh supaya BN menang di PRK Sg LImau..... Amin Ya Rabbal Alamin.....


Hanya mahu dikenali dengan Pak Teh, merupakan seorang yang disegani di kawasan tersebut.


Sentimen mengundi PAS kerana Allayarham Ustaz Azizan tidak boleh dinafikan dikawasan Sungai Limau dan ia diakui sendiri oleh Pak Teh yang juga berbuat demikian.





Selanjutnya Di Sini...

Wednesday 9 October 2013

#Tajuddin4MT : Songkok Senget & Tegas... Pemimpin Ala Melayu



"Survival Melayu Adalah Ditangan Orang Melayu" ungkapan penuh makna yang keluar dari mulut seorang pejuang sejati Bangsa Melayu sejak dari zaman mudanya hinggalah ke hari ini.

Dato' Tajuddin Abdul Rahman lebih mudah dikenali dengan gaya "Songkok Senget" ala-ala pemimpin melayu zaman dulu.

Beliau sering digelarkan "Samseng" kerana ketegasan & kelantangan dalam apa jua keadaan. 

Salahkan menjadi tegas jika itu berjaya membentuk peribadi seseorang menjadi lebih baik?

Salahkan menjadi tegas jika ia boleh membuatkan kerja-kerja untuk membantu masyarakat menjadi lebih teratur dan tersusun?

Selanjutnya Di Sini...

Kisah Husam : Sekejap Kambing, Sekejap Minyak, Sekarang Bijih Besi... Mohon Pencerahan!!!



Menurut Husam, Kelantan mempunyai rizab besi mentah di Sungai Tuang dianggar sebanyak 50 juta sehingga 2 bilion tan dan beliau berkata, kekayaan sumber itu boleh dimanfaat syarikat dari Korea yang dilantik sebelum ini untuk membina lebuh raya rakyat. 

Husam sebelum ini penggerak utama projek lebuh raya rakyat. Projek sejauh 68 km itu dilakukan pecah tanah pada 28 Mei 2012, dirancang dibina empat lorong dua hala tanpa tol dengan anggaran kos RM1.8 bilion. ( Di Sini )

Bagaimanapun syarikat Korea terbabit dikatakan menarik diri sehingga kerajaan negeri menawar pula kepada syarikat lain termasuk dari Emeriah Arab Bersatu yang berminat meneruskan projek berkenaan.

Hari ini HARAKAH menulis tentang Husam yang marah kepada Kerajaan Kelantan kerana memutuskan hubungan dengan Syarikat Korea yang dilantik sebelum ini untuk membina lebuh raya rakyat.

Dalam portal itu Husam berkata, kerajaan negeri sepatutnya mempertimbang secara saksama kemampuan syarikat terbabit melaksanakan projek pembinaan lebuh raya menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai.

Selanjutnya Di Sini...

Tuesday 8 October 2013

#BantahTPPA : "Memperkasakan Ekonomi Bumiputera"




Sesiapa mengikuti wall FB ( Di Sini ), pasti tahu yg saya membantah dan mengkritik keras TPPA dari isu ini mula dibangkitkan oleh Tun Mahathir.

Kenangan manis bersoal jawab dgn Tun di Intan tidak boleh dilupakan. Membawa kawan2 seperjuangan ke Office MTEM dan mendapat kebenaran Dato Bung utk memberi sedikit pandangan di bilik taklimat di Parlimen di depan backbenchers masih lagi terpahat.

Tidak hairan apabila saya 'feel excited' bila membaca DS Najib berkata dia komitted membentangkan TPPA ke Parlimen. DS Najib juga menyuarakan KEBIMBANGAN terhadap beberapa perkara dlm rangka TPPA yg dikuatiri mengganggu hak kedaulatan negara. DS juga mahukan 'more flexibility' dlm kerangka TPPA.

(Sebenarnya TPPA ini amat bercanggah dengan roh atau matlamat kerajaan dlm menjayakan dasar "Memperkasakan Ekonomi Bumiputera". Sebaik saya membaca 34 touch points tersebut, saya tahu TPPA ada masalah hendak ditandatangani....)

Pada saya, ini jelas menunjukkan kita masih boleh menjadi Pengkritik yg Bertanggungjawab. We critising not for the sake of critising or for the fun of it. We criticise with facts and clear reasons. TERIMA KASIH MTEM (CEO MTEM) DAN TUN M kerana tak pernah berputus asa memberikan kesedaran kepada kerajaan n rakyat Malaysia. 

Your 2 day event attended by scholars from all over the world speak VOLUME.

INI JELAS MENUNJUKKAN SEKIRANYA ANDA BERCAKAP ATAU MENGKRITIK DENGAN FAKTA DENGAN CARA BERTANGGUNGJAWAB LAMBAT LAUN ORG AKAN MENDENGAR. TERIMAKASIH DAUN KELADI.

Dalam pengalaman tersebut ada juga pihak yg terlalu TAKSUB DAN Pro Kerajaan yg menyatakan 'jgn tegur, kerajaan tahulah apa kerajaan buat, tak patriotik lah lawan kerajaan cam nie dan macam2 lagi...'. Adakah Tun Mahathir seorang yg tak Patriotik??? Betul ke Kerajaan Dan Menteri tahu SEMUA.. Emmmm

Sebenarnya apa yg saya hendak sampaikan ialah kita mengkritik bukan sebab kita benci atau tak patriotik, tapi lebih sebab kita sayang. Cukup2 menjadi 'Yesman', sebab dah banyak SANGAT 'Yesman' agaknya dikeliling Menteri2 dan PM rasanye.....

Oooh yea... Tidak semua yg mengkritik itu TIDAK BAIK dan bukan semua yg Menyokong (kekadang buta tuli) itu BAIK DAN SUCI......

Renung2kan Selamat Beramal...

Kelahiran Bakal WIra Negara...





Kelahiran Seorang Lagi Wira Negara...

Puan Noor Aziah, isteri Kepada Allahyarham Zulkifli bin Mamat yang terkorban semasa mempertahankan negara di Lahad Datu telah selamat melahirkn anak lelaki seberat 3.25kg. Alhamdulillah....

Pihak Pakatan pernah berkata bahawa kematian mereka di Lahad Datu adalah sandiwara & mengelarkan kematian itu sebagai "Mati Katak".
Semoga bayi ini akan membesar menjadi pahlawan sebagaimana Allahyarham ayah beliau.

In Shaa Allah, Amin.

Monday 7 October 2013

#TestedTeam4UMNO : Pasukan Yang Telah Di Uji



Dengan izin Allah S.W.T, sejarah akan menilai dan berlaku adil kepada kita kerana Pergerakan Pemuda UMNO tidak pernah gagal untuk bertindak secara bijaksana dalam saat-saat paling mencemaskan. Inilah tradisi gemilang Pemuda UMNO - kita tidak pernah mengelak dari memikul tanggungjawab dan amanah apatah lagi melarikan diri dari menangani krisis yang mendatang, walaupun sebesar tsunami.

Sepanjang perjalanan parti, perpaduan tidak datang bergolek dan kekuatan tidak datang melayang. Pergerakan Pemuda, seperti juga parti kita UMNO pernah melalui pelbagai sejarah getirnya, bukan sekali, tetapi diuji bertubi kali. Sejak tertubuhnya Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 1949, kita telah didewasakan oleh pelbagai cabaran. Kita telah merasai suka duka serta pelbagai konflik yang melanda parti dan negara tercinta ini. Kita belajar dari sejarah, menimba dari pengalaman dan dimatangkan oleh permasalahan. Mendung berlalu, krisis berakhir, pergolakan dapat ditenangkan. Sepanjang perjalanan itu, Pemuda menjadi lebih matang dan mengerti untuk membezakan di antara pejuang dengan petualang. Kita menyaksikan mereka yang tidak setia pada perjuangan gugur di pertengahan jalan dan hanyut ditelan ombak. Ini kerana kesetiaan sentiasa terpahat sebagai landasan perjuangan Pemuda. Mereka yang tidak setia tidak ada tempat dalam parti UMNO kita ini. Di Sini...


"Patah atap kerana buluh;
Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh;
Namun undur pantang sekali."


Petikan : MUKADDIMAH : BELAJAR DARI SEJARAH TAHUN 1998

Selanjutnya Di Sini...

#TestedTeam4UMNO


Saturday 5 October 2013

Bertemu Buku Dengan Ruas : Malaysiakini Kena Sound Tepat!!!




Bertemu buku & ruas, itulah yang boleh di ibaratkan bilamana Menteri KDN secara spontan memberi peringatan kepada wartawan Malaysiakini yang selalu membuat onar dengan memutarbelitkan kenytaan. 
Nak cerita panjang pun tak guna, tengok sendiri Di Sini...

Dato Seri Zahid Hamidi ketika itu sedang menjelaskan mengenai laporan audit tentang kehilangan 1.3 juta senjata di PDRM dan memberitahu bahawa beliau tahu kehilangan itu bukan disebabkan  oleh pecah amanah, bukan disebabkan penyelewangan, bukan disebabkan unsur rasuah tetapiantaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan.


Friday 4 October 2013

#TestedTeam4UMNO : Mereka Bertiga Cukup Serasi Bersama




Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Shafie dicabar tiga individu iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad. 

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan berkata, pengalamannya bersama-sama dua naib presiden sedia ada cukup banyak dan mereka sentiasa bekerjasama. 

Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan wujud desakan terhadap perwakilan untuk mengekalkan tiga naib presiden sedia ada, pada pemilihan parti 19 Oktober ini. Di Sini...

Keserasian tiga naib presiden Umno telah terbukti dalam memastikan Umno dapat kekal bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 





PERLU LEBIH BERHATI HATI UNTUK MENJAGA KEDAULATAN LAPORAN AUDIT




Ramai yg bertanyakan apa pendapat saya berkenaan Audit Negara. Yg lebih sinis bertanya "kenapa senyap"?

Ini Pandangan Saya...

1) Laporan Ketua Audit MESTI diperhalusi dengan terperinci. KERAJAAN (MENTERI TERMASUK KSU, TKSU, SUB DAN LAIN JAWATAN TINGGI) perlu bersama2 memikul tanggungjawab jawab menjawab segala sesuatu yg diperkatakan. PERLU DI INGAT KEMENTERIAN BUKAN HANYA MENTERI SAHAJA YG BERTANGGUNGJAWAB, pada hemat saya orang yg lebih hampir adalah Org Kuat Kementerian (KSU, TKSU, SUB dll).

Menteri memang bertanggungjawab tetapi saya merasakan Tanggungjawab KSU, TKSU, SUB sebagai pegawai kerajaan yg paling tinggi dan paling hampir dengan pengurusan perlu lebih berani menggalas beban ini. Sebagai contoh, printer berharga RM14000, hilang gari, kasut, kenderaan adalah TIDAK LOGIK Menteri yg dipertanggungjawabkan SECARA KHUSUS.

Pada hemat saya tugas Menteri lebih kepada perlaksaanan Dasar Dasar. Rata2 saya melihat ketirisan laporan audit lebih kepada kepincangan pengurusan.

2) Laporan Audit juga sebenarnya memberi petunjuk 'Health Check' atau Tahap Pengurusan sesuatu KEMENTERIAN. KEMENTERIAN DI SINI BUKAN HANYA PAK MENTERI ATAU TIMBALAN, tapi keseluruhan KEMENTERIAN. 

Apa yg selalu berlaku selepas laporan Audit, akan ada suara sinis membalun Menteri2 yg secara tak langsung MEMBALUN UMNO kerana tujuan tertentu, sedang rata2 isu yg diketengahkan adalah isu PENGURUSAN KEMENTERIAN. 

LAPORAN AUDIT SEBENARNYA PERLU DILIHAT LEBIH DARI SEGI POSITIF. MEMPERBAIKI APA YG TIDAK ATAU KURANG BAIK DAN BUKAN MENCARI SALAH (LEBIH2 LAGI ISU POLITIK). As a person who comes from corporate world I have always welcome good audit. Its a tool to improve never to blame.

3) Laporan Audit juga perlu 'adil, telus dan tidak meragukan'. Sesuatu fakta yg hendak diletakkan didalam laporan akhir mesti mempunyai matlamat menepati roh atau tujuan sesebuah audit. 

Sudah menjadi sesuatu yg normal, sebelum sesuatu fakta dimasukkan ke dalam laporan akhir, keterangan dari pihak yg diaudit sebagai 'keterangan balasan' perlu diteliti sebaik mungkin. 

Ini untuk memasti audit itu lebih bersifat objektif dan bukan bersifat 'menghukum'. Nak kritik memang senang.

4) Sebaik sahaja laporan di keluarkan terdapat banyak laporan balas dari Kementerian yg berkenaan, menyatakan keterangan balasan dan ini secara tidak langsung menunjukkan tanda tidak setuju dengan laporan audit. Atau ada alasan munasabah diutarakan dari yg di audit meragui fakta2 dlm audit. Ini sebenarnya perlu berlaku sebelum laporan dikeluarkan.

Keterangan balasan perlu diperhalusi kerana jelas secara tidak langsung menunjukkan laporan Audit sudah mula dipersoalkan. Selanjutnya Di Sini...

HARAPAN SAYA ADALAH KITA LEBIH BERSIKAP PROFESSIONAL DAN POSITIF TERHADAP LAPORAN AUDIT NEGARA. DAN KETUA AUDIT NEGARA PERLU LEBIH BERHATI HATI UNTUK MENJAGA KEDAULATAN LAPORAN AUDIT NEGARA.

RENUNG2KAN. .. SELAMAT BERAMAL.

Former Accountant at Shell Malaysia
Master Degree in Accountancy & Finance
Lancaster University

Thursday 3 October 2013

PRK Sungai Limau 4 November...




Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar. Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan diadakan pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Okt.

Allahyarham Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau memenangi kerusi tersebut pada PRU13 lalu dengan majoriti 2,774 undi menerusi pertandingan empat penjuru. Beliau yang mewakili PAS memperolehi 13,294 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan 10,520 undi dan dua lagi calon bebas iaitu Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad yang masing-masing hilang wang pertaruhan. 

Bekas Menteri Besar Kedah itu meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada umur 68 tahun selepas menghadapi komplikasi jantung pada 26 September yang lalu.

Azizan dilahirkan pada 25 Oktober 1944 dan meninggal dunia sebulan sebelum ulang tahun kelahirannya ke-69. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah selepas Pakatan Rakyat memenangi negeri itu semasa PRU12 pada 2008.
Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, seterusnya ke Maktab Mahmud pada  1959 dan kemudiannya menuntut di Universiti al-Azhar, Mesir dalam jurusan Sarjana Muda Syariah serta mendapat pendidikan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.
Antara jawatan yang disandangnya ialah Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini), Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga kini) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga kini),
Selain itu, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Perhubungan PAS Kedah pada tahun 2000. Beliau memenangi kerusi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) sejak 1995 hingga 26 September 2013.
Pilihanraya Kecil(PRK) yang bakal berlansung di Dun Sungai Limau ini adalah PRK yang kedua selepas PRU 13, PRK pertama di DUN Kuala Besut, Terengganu pada 24 Julai lalu.

Isu K-Pop : Jawapan KJ...




Laporan Ketua Audit Negara 2012 semalam mendedahkan penganjuran konsert yang menelan belanja RM1.6 juta bagi membawa tiga kumpulan penyanyi K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu datangnya daripada dana kerajaan meskipun KBS menafikan tahun lalu dengan mengatakan kos konsert itu ditanggung penaja.

Laporan audit itu turut mendedahkan KBS telah berbelanja melebihi had iaitu RM1.11 juta untuk promosi dan publisiti untuk acara tersebut.
Selain itu, KBS ditegur kerana membelanjakan RM48,300 untuk ‘lawatan kerja’ ke Institut Kemahiran Belia Negara di Jitra, Songkhla, Phuket dan Krabi di Thailand untuk 21 sekretariat Hari Belia Kebangsaan dan pegawai kanan kementerian. (Di Sini )
Ikuti jawapan YB Khairy Jamaluddin berkaitan tuduhan ini...

" Saya memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini.
Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian saya. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah.
Oleh itu saya telah jelaskan bahawa dalam kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan saya diberitahu siasatan tersebut sudah sampai peringkat terakhir.
Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012. Untuk makluman, acara konsert K-pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013 dan seterusnya.
Mengenai perkara-perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan audit, saya telah minta maklumbalas yang terperinci dari pegawai-pegawai tinggi KBS sebelum tindakan selanjutnya diambil pada pihak berkenaan yang bertanggungjawab keatas kes-kes tersebut.
Yang pasti, kami di KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi. Dana karajaan adalah wang rakyat. Kita mesti accountable pada setiap sen yang dibelanjakan.
Harap maklum dan kalau ada apa-apa lagi perkembangan saya akan muat naik disini. "


Tiga kumpulan K-pop berkenaan adalah U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet manakala persembahan mereka dibawakan oleh Stadium First Sdn Bhd.


Wednesday 2 October 2013

Terkini : Mr Bean Masuk Islam...




Alhamdulillah, jika benar berita yang dibawakan oleh sebuah protal dari Indonesia ini, Mr Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson telah memeluk Islam semalam ( 1 Oktober 2013 ). Penulis memang agak terkejut membaca laporan tersebut, namun bersyukur atas apa yang berlaku. 

"KABAR mengejutkan datang dari dunia komedi. Rowan Atkinson sang komedian yang popular dengan peran kocaknya sebagai ‘Mr Bean’, Selasa (1/10/2013) diberitakan mengikrarkan ke-Islamannya.

Sebagaimana dilansir sadabladi.com dan salah satu media Israelisraellycool, Mr Bean menerangkan setelah ‘menonton’ film fitnah tentang nabi Muhammad SAW “Innocent of Muslim” adalah penyebab utama ia menemukan hidayah.

‘Mr Bean’ tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, dalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan.

Bakat seniman legendaris ini tidak dimiliki oleh setiap artis komedi, diam adalah ciri khas lawakan dari pelawak yang memulai debut kariernya dari teater.

Dalam penulusuran Islampos.com, media-media mainstream di Inggris belum banyak memberitakannya. Namun sebagian media Arab sudah menurunkan berita Rowan masuk Islam."

Jika benar Khabaran ini maka aku amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana bertambah lagi seorang umat yang akan matinya dalam islam Insyaallah..."

Obama Tangguh Lawatan Ke Malaysia Berhubungkait TPPA???




2 Oktober, 2013 - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (gambar) membatalkan lawatannya ke Malaysia akibat daripada krisis domestik di negara itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata, pertembungan di antara parti Republican dan Demokrat di AS menyebabkan negara itu tidak berfungsi sepenuhnya dan ini bermakna Obama perlu menyelesaikan krisis itu.

“Obama menyatakan rasa kesalnya kerana tidak dapat melawat Malaysia seperti dijadualkan. Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS John Kerry akan hadir sebagai wakil Obama,” katanya.

Ianya mungkin berhubungkait mengenai Perjanjian Trans Pasific (TPPA) yang masih belum ditandatangani oleh Malaysia.

Perjanjian TPPA dilihat seperti Amerika mahu menggunakan aset dari negara lain untuk melabur. Mendapatkan keuntungan dari negara Asia khususnya yang dibutakan dengan perjanjian 'win-win situation'. Namun pada dasarnya hakikatnya, negara yang mana Amerika bakal melabur tidak akan mendapat apa-apa kerana Amerika sedang menghadapi zaman hitam dalam ekonomi dunia.

Selepas ini tidak mustahil jika kuasa besar dalam ekonomi dunia bakal bertukar tangan jika masalah pembayaran gaji kepada kakitangan awam Amerika tidak dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Bersyukur kita masih punyai seorang pemimpin yang dapat melihat jauh melangkaui zaman. (Di Sini)

Operasi AS terpaksa dihentikan secara rasmi selepas Kongres menolak rancangan pelan kesihatan yang dibawa pentadbiran presiden Obama.
Ini pertama kali berlaku di negara berkenaan dalam tempoh 17 tahun.
Dewan Senat yang diketuai Demokrat enggan menyokong cadangan Dewan Rendah yang diketuai Republikan dengan undian 54 menolak 46 menyokong.

Dewan Rendah pada Jumaat menyertakan pindaan bersama bajet yang diluluskan Senat meminta agar perlaksanaan pelan kesihatan Obama ditunda untuk tempoh setahun.
Perkembangan yang berlaku menyebabkan kakitangan kerajaan persekutuan terpaksa menghentikan kerja mereka kecuali untuk beberapa sektor kritikal.

Perkhidmatan seperti kawalan sempadan, pemeriksaan daging dan trafik udara akan kekal beroperasi namun, pengeluaran pasport akan tergendala.
Dalam meraih sokongan pentadbiran Obama sebelum ini berusaha untuk memujuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana membeli skim insurans kesihatan baru yang disubsidi kerajaan. 

Sumber : Di Sini
◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan