Friday, 10 May 2013

Hari Ulang Tahun UMNO Jatuh Pada 1 Rejab 1434H...




Sahabat sahabat perasan tak yang Hari Ulang Tahun UMNO yang ke 67 jatuh pada 11 Mei itu bersamaan dengan 1 Rejab 1434H...


Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya di surga terdapat sungai yang dinamakan Rajab, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis dari madu. Barang siapa puasa sehari pada bulan Rajab, maka ia akan dikurnia minum dari sungai tersebut."

Bulan Rejab ini mempunyai banyak kelebihannya. Antara kelebih kelebihan nya ialah :-

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
i. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
ii. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
iii. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”


Thursday, 9 May 2013

Apakah Punca Penolakan Rakyat???




Semasa PRU13,fokus BTN hanya kepada kawasan-kawasan yang Raja Arif tentukan kawasan fokus. Dimana? Parlimen Pokok Sena,kawasan yang payung emas Raja Arif bertanding dimana seluruh pegawai BTN yang rasmi dan pegawai tidak rasmi berkampung di Pokok Sena,malah begitu sekali tumpuan diberikan seakan-akan negara akan dapat Perdana Menteri baru kerana BTN tidak lakukan perkara yang sama untuk Parlimen Pekan, Pagoh, Sembrong, Pontian dan Bagan Datoh malah nyaris-nyaris Zahid Hamidi tewas di Parlimen tersebut.


Faktor utama penolakan rakyat sebenarnya, sebahagian besar perlu ditanggung dan diletakkan ke bahu BTN yang jelas gagal membentuk minda rakyat. BTN mengotorkan amanah yang PM Najib sandarkan. Jutaan kos yg diberikan rupa-rupanya dihabiskan untuk gerakan peribadi. Berapa banyak kos dihabiskan untuk membina hubungan Ketua Pengarah dengan KSN? ( Di Sini )


Kalau terus membiarkan Raja Arif yang sombong,bongkak serta berlagak ini terus kekal sebagai Ketua Pengarah BTN lagi. PM Najib akan menempah laluan berliku untuk PRU14 dan sebab itulah bersungguh Raja Arif bantu Shalan Ismail di Pokok Sena kerana beliau yakin itu adalah talian hayatnya, selama ini pun Raja Arif bukan kerja untuk PM Najib tapi demi Sahlan dan membiarkan semua yang telah meninggalkan pejabat PM membuat pusingan U akan membuat PM sekali lagi tertipu dgn mainan politik kumpulan ini.



Apakah semua dasar yang di kemukakan dalam masa 5 tahun menerajui kerajaan di tolak? Jika ditolak kenapa? PM Najib memperkenalkan berbagai-bagai dasar, gagasan dan berbagai-bagai transforamsi tetapi rupa-rupanya PM Najib  seakan-akan `one man show’ kerana segala dasar-dasar serta gagasan-gagasan beliau gagal di hayati dan dirasai oleh jiwa rakyat.

PM Najib membayarnya pada harga yang cukup mahal apabila merubah struktur BTN secara tiba-tiba bila BTN diberikan tanggungjawab khas mempromosikan Gagasan 1Malaysia dengan menganjurkan berbaga-ibagai acara, menerbitkan puluhan buku yang menelan belanja jutaan ringgit malah hingga mengangkat kedudukan Ketua Pengarahnya daripada Gred Jusa C ke Jusa A namun segala curahan kewangan berjuta-juta ringgit dan kenaikan pangkat Ketua Pengarah serta Pengarah-Pengarah lain tidak menjamin kejayaan kepada penerimaan 1Malaysia. ( Di Sini )

Berapa banyak pula Ringgit Malaysia digunakan untuk memujuk golongan ABIM? Berapa banyak pula Ringgit Malaysia untuk menutup kelemahan peribadi? Berapa banyak pula untuk melakukan perubahan fizikal yang ternyata sia-ssia akhirnya? Bermula daripada perubahan logo BTN hinggalah perubahan  ianya hanyalah semata-mata untuk dilihat hebat dan angkuh dan bukannya untuk menjayakan agenda besar PM Najib yang mahu membentuk minda rakyat berhadapan dengan PRU 13.

Kegagalan 1Malaysia adalah kegagalan BTN. Kekalahan BN dalam gelanggang adalah sebagian kegagalan BTN membaca denyut nadi rakyat. Berapa banyak ceramah 1Malaysia yang mendapat sokongan rakyat dlm PRU13? Akhirnya sama ada dlm opsim, opkum, opsidek dan lain-lain, ianya terpaksa menjawap isu, menerangkan ancaman musuh, tidak ada satu pun penerangan tentang 1Malaysia. 

Renung Renungkalan...

TQ : SanggahTokJanggut

Wednesday, 8 May 2013

Pakatan Pembangkang Di Nasihatkan Hormat Setiap Kaum Di Malaysia...





Akhbar cina terlalu kerap memainkan sentimen perkauman menyebabkan masyarakat Malaysia berpecah belah sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Pakatan pembangkang terutama DAP dinasihatkan untuk menghentikan dari memainkan isu perkauman terutama di laman sosial bagi menghormati setiap kaum di Malaysia.

Presiden Nadi Rakyat Malaysia, Rafi Awg Kechik hari ini membuat laporan polis berhubung penahanan individu yang dikatakan Papagomo. Penahanan individu yang dikatakan Papagomo memang tidak patut dilakukan oleh pihak berkuasa kerana terdapat ramai lagi individu yang dikenal pasti menghasut rakyat Malaysia untuk membenci kerajaan Malaysia.
Tafsiran Nadi Rakyat berhubung penulisan Papagomo melalui twitternya tidaklah seteruk kenyataan, tulisan dan perbuatan yang dilakukan secara provokasi dan bertentangan dengan prinsip perlembagaan.

Pihak polis perlu bersikap adil terhadap semua terutama laporan polis terdahulu yang mana kenyataan-kenyataan individu tertentu yang berbaur fitnah perlu disiasat oleh pihak polis.
Presiden Nadi Rakyat itu turut mendesak pihak polis supaya menahan individu yang menimbulkan ketegangan melalui penulisan, perkataan dan menimbulkan kekecohan dengan perhimpunan haram kerana ia boleh menjurus kepada ketidakstabilan dan ketakutan kepada rakyat malah akan memberi kesan kepada ekonomi negara.
Beliau turut menyarankan supaya rakyat Malaysia bersatu dalam memastikan negara Malaysia dapat ditadbir dengan sempurna melalui mandat yang telah diberi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

"Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di dalam mencapai cabaran semasa dan percayalah Perdana Menteri mempunyai kebijaksanaan di dalam menyelesaikan apa juga isu dengan penuh hikmah,"  Akhir kata dari Presiden Nadi Rakyat...

Renung Renungkanlah...

Tuesday, 7 May 2013

JOM SEBARKAN!!! NADI RAKYAT AKAN BERTINDAK...



Satu laporan Polis terhadap individu yang mencetuskan perbalahan kaum & menganggu gugat kestabilan negara akan dibuat oleh Presiden Nadi Rakyat Malaysia bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 8 Mei 2013 (Rabu) jam 2.30 petang.
Di minta kepada rakan Nadi Rakyat, rakan Facebooker, Twitterian, Bloggers & rakan2 Media Sosial yang lain di jemputa hadir untuk bersama.
Nadi Rakyat bersama PM...


Wednesday, 10 April 2013

PRU13 : BN Bakal Menang Besar...




Hari ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengumumkan tarikh bagi PRU13 ialah pada 5 mei 2013 manakala pengundian awal berlangsung pada 30 April. Penamaan calon PRU13 pula akan berlangsung pada 20 April 2013.

Seramai 13 268 002 pemilih layak mengundi pada PRU13, terdiri daripada 12 998 661 pengundi biasa dan 161 251 pengundi dari kalangan tentera dan pasangan disamping 111 136 dan 2 954 masing-masing dari Polis Gerakan Awam (PGA) dan pengundi luar negara (pengundi tidak hadir).

PRU13 akan berlangsung serentak di seluruh negara dan akan dibantu oleh 234 908 petugas. SPR akan menggunakan 8 789 pusat mengundi yang mengandungi 26 219 tempat mengundi (saluran). Bagi maksud hari pengundian awal, sebanyak 544 pusat mengundi dengan 882 tempat mengundi akan dibuka. Manakala bagi pengundian biasa, 25 337 tempat mengundi akan dibuka

Proses berkempen akan dipantau oleh 379 Pegawai Penguat Kuasa yang juga merupakan Ketua Pasukan Penguatkuasa kempen Pilihan Raya.


Sumber : KLPos

Monday, 8 April 2013

PANAS!!! PAPAGOMO Lawan Anwar...Milo Suam Lawan Najib???




Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau Pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia.


Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari arena politik negara.


Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video-video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.


Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir  lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.


Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.


Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi Permatang Pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.


Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.


*** Psssttt... Kita sama sama nantikan yer...

Friday, 5 April 2013

PANAS!!! Papagomo Bakal Kalahkan Papa Homo???

 
 
Desas desus menyatakan bahawa Papagomo akan bertanding pada PRU13 nanti. Adakah benar individu yang akan bertanding itu Papagomo, atau individu yang di tuduh sebagai Papagomo yang sebenarnya akan bertanding? Tetapi lebih hangat diperkatakan sebenarnya yang ingin bertading ialah individu yang di tuduh sebagai Papagomo itu yang akan menjadi calon pada PRU13 nanti.
Sumber memberitahu yang invidu yang dituduh sebagai Papagomo telah berhubung dengan SPR bertanyakan syarat dan peraturan bagi melayakkan diri beliau sebagai calon dalam PRU13.
Sumber juga berkata, dalam masa terdekat individu tersebut bersama dengan rakan beliau akan ke SPR untuk membeli borang pencalonan.
Ditanya apakah beliau yakin yang dapat mengalahkan Anwar Ibrahim nanti, individu tersebut dengan bersahaja menjawab "kalah sudah pasti, tetapi saya akan minta bantuan papagomo sebenar untuk bantu berkempen dan dedahkan salahlaku Anwar Ibrahim". Artikel selanjutnya Di Sini...
TQ : Tok Guru