Sunday 19 January 2014

Puteri UMNO Sasar Anak Muda Teruskan Perjuangan



Taiping - Pelancaran Karnival Kempen Keahlian Puteri UMNO yang julung kalinya diadakan di Perak, di bawah kepimpinan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin dijangka mampu menarik ribuan ahli baru.

Karnival yang berlangsung di Taman Tasik Taiping, Taiping Perak itu berlangsung dengan meriah dan bertujuan adalah untuk mensasarkan ahli baru Puteri UMNO untuk masa yang akan datang & mendekatkan generasi muda kepada UMNO khususnya.

Rata-rata mereka yang hadir terdiri daripada Puteri UMNO yang meliputi 24 bahagian di seluruh negeri Perak dan terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di sepanjang program, antaranya 'booth' pameran dari pelbagai agensi seperti PDRM, AADK, RELA dan jualan barangan daripada Puteri UMNO.

Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan berkata, Perak menjadi tuan rumah pertama pelancaran karnival ini dan ia akan dijalankan secara berperingkat-peringkat di negerilain.

Tambahnya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai terutama pengundi muda.

"Sasaran kita adalah untuk menarik lebih ramai wanita muda untuk mendekati Puteri UMNO, alhamdulillah saya lihat sambutan di sini amat menggalakkan.

"Diharapkan sasaran keahlian sebanyak 500,000 ahli akan tercapai," katanya ketika ditemui dalam program tersebut.

Ahli Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang, Hajar Hanim Miskon pula berkata, kehadiran ribuan ahli baru ternyata di luar jangkaan kerana sebelum ini agak sukar untuk menarik minat anak muda, lebih-lebih lagi dalam soal politik.

"Seronok sangat bila lihat ramai orang dan ahli-ahli baru datang ke sini, tidak kurang juga dengan kemeriahan gerai jualan daripada ahli UMNO sendiri, sedikit sebanyak dapat beri peluang untuk mereka jadi usahawan muda dengan produk sendiri," katanya.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjung Malim, Zuzaiti Md Zakaria berkata, keahlian baru ini dapat membantu parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana peranan orang muda dan wanita turut menyumbang dalam kejayaan parti.

"Ia dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli di seluruh Malaysia, sebagaimana kita dapat lihatada juga ahli yang datang dari negeri-negeri lain bagi menunjukkan sokongan kepada pergerakan Puteri.

"Kita dapat memberi pendedahan kepada anak-anak muda ini apa sebenarnya misi dan visi Puteri dan peranan dalam menjayakan hasrat UMNO," katanya.

Setakat ini terdapat 191 Bahagian Puteri UMNO yang melibatkan 9,998 cawangan dan keahlian seramai 368,481 orang.

Dalam program ini juga, borang ahli akan diserahkan kepada Ketua Puteri UMNO bagi menggerakkan ahli Puteri di setiap negeri untuk mempergiatkan Kempen Keahlian dan Daftar Pemilih.

Golongan sasaran terdiri daripada lepasan sekolah menengah, universiti serta golongan muda dalam lingkungan umur 18 hingga 35 tahun.

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan