Tuesday 31 July 2012

Rahsia Abby Terbongkar...



Abby Abadi naik marah bila khabar angin tersebar yang mengatakan dia sudah menganuti parti Pas. Dah tentunya dia menafikan dan tak mengaku sertai parti politik Pas seperti yang didakwa pelbagai pihak tetapi pada hakikatnya memang dia berada dalam "KUMPULAN" parti itu dimana mana ceramah atau program yang dianjurkan oleh Pas.




Menurut Abby, dia hanya menjadi  jemputan bagi ceramah untuk menceritakan "pengalaman hijrah" beliau. Dan dia hanya duduk dipentas Pas dan bukannya sebab dia nak menceburi bidang politik. Tetapi itu dulu, bukan sekarang. Kerana Abby dilihat sedang giat turun ke setiap program yang dianjurkan oleh Pas.
Turut tersebar gambar Abby yang sedang berceramah di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang anjuran PAS Terengganu. Itulah punca sebenar Abby dikatakan dah masuk parti PAS. Dan gambar itu juga jadi punca Abby dihentam teruk dalam laman Facebook.




Kenapa Abby menafikakn dan bila semuanya sudah terbongkar dan ada kesahihan penyertaannya dalam parti politik itu, Abby mula berlagak alim seakan dirinya sudah cukup sempurna dan seolah olah suci???

Renung Renungkanlah...

Monday 30 July 2012

Diana Amir vs Ustazah Segera Abby Abadi



diana amir tudung


Diana Amir yang kini memakai tudung mengulas, dia memakai tudung setelah berkali-kali mimpi kiamat sejak kebelakangan ini. Takut dengan mimpinya, dia mula mendapatkan nasihat dari kawan-kawannya, termasuk rakan selebriti seperti Wardina dan Irma Hasmie.

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini.””Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya.”



Diana turut mengulas tentang penghijrahan yang makin hebat berlaku diantara golongan artis sekarang. Ramai artis yang "berhijrah" memakai tudung dan tidak kurang pula ada yang mula menjebakkan diri dalam dunia politik sehingga mengundang pelbagai isu dan hangat diperkatakan.


"Bagi saya Politik itu bukan Agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.

Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,” 








Diana nampak seperti tidak begitu berminat untuk menurut jejak rakan artis yang terlalu "mabuk" mengejar "Dunia Politik" dengan menjadi "Ustazah Segera" . Tahniah saya ucapkan kepada pelakon comel dan berbakat tinggi Diana Amir yang bijak dalam mengambil keputusan berhijrah.


Renung renungkanlah...





Saturday 28 July 2012

Inspektor Aliza vs Abby Abadi Bergelumang Dosa Selama Ini...???


Cerita pelakon Abby Abadi  yang menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas dan dikatakan berkhawin dengan YB Pas???

Bagaimanapun, Abby yang sebelum ini pernah menafikan hal itu dan mengakui amat tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana mana parti politik.

Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan dan menunjuk pandai bercakap tentang agama. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas.

Paling ketara, status di laman sosial, Facebook miliknya, terang terangan menyokong dan mempertahankan parti Pas baru dianutinya.


Malah statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat peminatnya, yang menyokong dan malahan ramai juga yang menghentam.

Walaupun begitu, bekas pelakon Gerak Khas yang memegang watak sebagai Inspektor Aliza ini turut berbalas komen sambil tetap mempertahankan parti itu.

Adakah Abby mahu mengaku yang dirinya selama ini bergelumang dengan dosa??? Ataupun Abby merasakan dirinya sangat sebati dengan dosa pada masa dia berstatus sebagai artis???

Namun bagi pendapat saya, Abby tidak sepatutnya melebelkan kerja sebagai pelakon itu adalah menjebakkan dirinya kepada melakukan dosa dan menganut parti Pas adalah jalan untuk menyucikan dosa dosanya selama ini.


Kepada Abby yang baru mendapat hidayah kononnya itu, haruslah tidak begitu riak dengan statusnya sekarang. Renung renungkan lah...


Thursday 26 July 2012

Duit Raya





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji minimum RM500 kepada penjawat awam.

Menteri Kewangan itu juga turut mengumumkan kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.Bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.Bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.Langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.








Wednesday 25 July 2012

Pena Dari Tanah Melayu: KISAH BENAR!! BLOGGER AKU PEDULI APA JADI BABI!!

Pena Dari Tanah Melayu: KISAH BENAR!! BLOGGER AKU PEDULI APA JADI BABI!!: Salam sahabat-sahabatku sekalian, hari ni aku nak tulis lain skit dari hari-hari biasa aku tulis dan tulisan aku hari ni bukan la special...

PaperWaris: UMB ARAHKAN BEKAS BLOGGER BN HINA PM?!!

PaperWaris: UMB ARAHKAN BEKAS BLOGGER BN HINA PM?!!: Salam readers PaperWaris, seperti yang pembaca semua tahu, PaperWaris bukanlah surat khabar yang formal dan normal. Jadi, WA akan menulis se...

Sunday 22 July 2012

MAJLIS MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA

Assalamualaikum wbt... 
Salam 1Malaysia... 
Salam Media untuk sahabat sahabat...

Kepada semua sahabat-sahabat pengamal media yang sebelum ini pernah menghadiri Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia...

Hasil dari pertemuan kita...MAJLIS MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA telah kita tubuhkan dengan No Pendaftarannya : PPM-013-14-20072012...

Majlis ini adalah tempat untuk kita berkongsi maklumat, pandangan, ilmu dan hala tuju dan InsyaAllah kita akan lancarkannya...

Dialu-alukan semua sahabat-sahabat untuk menjadi ahli NGO ini bagi mengukuhkan lagi halatujunya dan kalau berminat boleh hubungi Setiausaha Agung, Saudara Saiful di talian 013-3655339 atau BBM Saudara Pengerusi di PIN No 2863F3A3...



Friday 20 July 2012

Pena Dari Tanah Melayu: PAS MENGAKU DIPERKUDAKAN DAP - RONNIE LIU BANTAH P...

Pena Dari Tanah Melayu: PAS MENGAKU DIPERKUDAKAN DAP - RONNIE LIU BANTAH P...: Camane nak tegak Islam ni? Hukum dalam panggung wayang pon tak berani nak lawan?  Cina kulup ni terus komen bila dapat maklumat tenta...

Wednesday 18 July 2012

Kerajaan Negeri Wajar Dipertanggungjawabkan Sepenuhnya


Kerajaan Selangor punca krisis air

KUALA LUMPUR 17 Julai - Krisis bekalan air yang melanda beberapa daerah di Selangor berpunca daripada keengganan kerajaan negeri melulus dan melaksanakan projek-projek bagi menambah bekalan air terawat yang semakin berkurangan.
Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Ir. V. Subramaniam berkata, ia termasuk menghalang pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) yang sangat diperlukan bagi mengatasi masalah kekurangan air terawat di negeri ini.

"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga bertindak mengelirukan orang ramai dengan mengatakan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi malah melimpah ruah.
"Sedangkan krisis air Selangor melibatkan kekurangan air terawat, bukannya bekalan air mentah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Subramaniam berkata demikian bagi mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang menyalahkan Syabas sebagai punca berlakunya krisis kekurangan air di negeri tersebut kerana kononnya tidak mengikut perjanjian konsesi.
Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan tidak benar sama sekali, Subramaniam berkata, kerajaan negeri wajar dipertanggungjawabkan sepenuhnya kerana menghalang pembinaan Langat 2 selain mengarahkan perbelanjaan modal (Capex) tidak dijalankan.
Katanya, ekoran tindakan kerajaan negeri itu Syabas tidak berupaya melaksanakan kerja-kerja mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) serta turut menjejaskan usaha membaik pulih serta menaik taraf aset bekalan air sedia ada.

"Pada masa sama, kegagalan kerajaan negeri menggazetkan pelarasan tarif air menyebabkan Syabas menanggung jumlah tunggakan yang besar kepada operator loji rawatan air sedia ada," jelasnya.
Menurut Subramaniam, sehingga kini, Syabas telah menghantar 48 pucuk surat memaklumkan situasi semasa dan kemungkinan berlakunya krisis air namun tiada tindakan berkesan diambil kerajaan negeri.
"Adalah pelik jika Menteri Besar sendiri tidak tahu status pengeluaran loji yang diuruskan kerajaan pimpinannya atau beliau sengaja buat-buat tidak tahu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, hasrat mengambil alih pengurusan Syabas membuktikan pimpinan kerajaan Selangor masih tidak faham tentang masalah sebenar krisis air di negeri itu.
Menurut beliau, ini kerana masalah air di negeri itu bukannya atas sebab jual beli Syabas tetapi isu pokoknya adalah kekurangan sumber air terawat yang sangat diperlukan rakyat.
Noh berkata, tidak ada gunanya pengurusan Syabas diambil alih tetapi sumber air masih tidak mencukupi dan ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

"Tindakan kerajaan negeri yang hanya mementingkan politik menyebabkan rakyat Selangor sengsara kerana keperluan asas mereka iaitu air juga gagal disediakan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada surau dan masjid Parlimen Tanjong Karang di kediamannya di sini hari ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Abd. Razak.

Sumber : Utusan Online

Saturday 14 July 2012

Puteri positif cadangan hudud

Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
 
SHAH ALAM – Puteri Umno memandang positif cadangan pelaksanaan hudud, namun menegaskan ia perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau melihat desakan pembangkang dan sesetengah pemimpin Umno yang mahu melaksanakan hudud dengan matlamat memurnikan akidah umat Islam sebagai langkah yang baik.

“Kita harus bersedia ke arah kesempurnaan pelaksanaan hudud dan berusaha memberi kefahaman jelas terhadap masyarakat majmuk di negara ini kerana ia adalah hukuman yang memiliki banyak cabang.

“Bagaimanapun, teori dan pelaksanaannya perlu diperhalusi. Kita tidak mahu pelaksanaannya tidak sempurna kerana ini soal hukum ALLAH SWT,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Rosnah diminta mengulas mengenai cadangan Wanita Umno Bahagian Kepala Batas yang bercadang membawa usul menyokong pelaksanaan hudud di negara ini ke persidangan Umno bahagian itu tidak lama lagi.

Menurutnya, pelaksanaan hukum hudud tidak perlu dipolitikkan dan dipermainkan demi kepentingan peribadi.

“Hukum hudud adalah sebahagian kanun jenayah Islam yang merupakan sebahagian dari syariat ALLAH. Oleh yang demikian hukum ini wajib dijunjung, diamalkan serta dipertahankan setiap Muslim dan Muslimat.

“Umat Islam wajib menyokong tanpa mengira parti dan menjauhi diri dari membuat ulasan negatif atau memukul gendang sumbang yang membayangkan pelbagai keraguan,” katanya.

Rosnah berkata, perkara utama yang perlu ditekankan ialah usaha membina semula keruntuhan akidah.

Sumber : Sinar Harian
◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan