Thursday 31 January 2013

YB Dr Zul & Rumah Pelacoran Di Kuala Selangor Ada Kaitan???



YB Dr Dzul jangan asyik nak berdolak dalik hingga sanggup menghalalkan yang haram semata-mata mahu menjaga periuk nasi politik YB Dr Dzul sendiri. Kerana takutkan hilang undi dari kaum Cina dan bukan Islam YB Dr Dzul sanggup menutup mata walaupun maksiat itu berlaku di depan mata dan tahu ianya dosa namun tak mampu berbuat apa apa. ( Di Sini )

Ayuh YB Dr Dzul buktikan bahawa kamu tidak terlibat dalam sindiket maksiat dan pelacuran ini dan buktikan bahawa kamu tidak menerima sebarang habuan daripada aktiviti tersebut!!!
 
Beliau mempunyai kuasa tersebut untuk memberi tekanan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bertindak menghentikan pembinaan lebih banyak rumah urut dikawasan itu. Tetapi sehingga kini aku lihat semakin banyak rumah urut yang dibuka dan ianya bertambah setiap masa.

Persoalannya, apakah yang sebenarnya berlaku hingga tiada langsung tindakan dan usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut? Dan disebabkan itulah timbul banyak persepsi yang mengaitkan YB Dr Dzul sendiri dalam konspirasi rumah urut di Kuala Selangor.

Jangan salahkan orang lain dan jangan asyik nak sama bila orang kata YB Dr Dzul dapat habuan daripada hasil perniagaan tersebut? Jika tidak mengapa tidak YB Dr Dzul sebagai Manusia paling Islam dalam Parti Paling Islam Di Dunia menentangnya. Ini adalah maksiat depan mata yang harus di hapuskan jika tidak mahu bala Allah swt melanda.
 
TQ : PDTM

Sunday 27 January 2013

Rakyat Menuntut Hak...Di Mana Kerajaan Negeri???


Tindakan Kerajaan Kelantan yang di dakwa mengambil balik tanah yang diterokai rakyat seluas 160 hektar di kampung Serian mendatangkan kemarahan peneroka yang menyebabkan mereka mengadakan demonstrasi secara aman.
Sekumpulan peneroka telah berdemo selama lebih kurang 2 jam  itu menuntut kepada Kerajaan Kelantan supaya menghentikan tindakan mereka kerana ianya menjejas pendapatan peneroka.

Tanah itu telah di usahakan sejak lebih 20 tahun lalu, hampir keseluruh tanah terbabit di bayar premium bagi mendapatkan geran. Namun di dakwa ada pihak yang terbabit melambatkan proses mengeluarkan geran.

Apalah nasib rakyat yang di aniaya sebegini? Di mana orang yang bertanggungjawab membela nasib rakyat???
Siapa yang harus bertanggungjawab akan hal ini???
Rakyat semakin kecewa dengan Kerajaan Negeri nampaknya. Jangan salahkan rakyat jika PRU 13 nanti jika rakyat tidak memilih kerajaan negeri yang sedia ada.
Jadi, kesimpulannya di sini Kerajaan Negeri Kelantan semakin di tolak rakyat Kelantan kerana kegagalan mereka sendiri dalam mentadbir...

Renung Renungkanlah...

Ramai Menanti Ketibaan Wira Negara








Saturday 26 January 2013

MASALAH AIR DI SELANGOR BERTAMBAH BURUK???


Menteri Besar Selangor, Datuk Khalid Ibrahim seringkali  berucap di merata tempat menyata kan betapa cukup nya bekalan air seolah olah air lombong, longkang, hujan dan sungai ada lah sumber nya tanpa membeza kan jumlah air yang di rawat dan air yang tidak di rawat.Kelihatan MB Khalid semecam cuba memperbodoh kan rakyat.
Di pihak Syarikat SYABAS pula mereka telah berusha menjelas kan kedudukan mereka dengan  had had kuasa dan kerja yang mereka boleh laksana kan sebagai pihak lantikan kerajaan negeri. Penjelasan SYABAS nampak sekali hal ini bergantung kepada kerajaan negeri.yang mempunyai kuasa penuh.dalam menetukan pelbagai peraturan. ( Di Sini )

Perang air di negeri Selangor ini sudah melimpah sehingga ke Pahang apabila Datuk Seri Adnan Yakob turut memberi kenyataan tentang projek air Langat dan betapa ianya harus di sokong dan di laksana kan dengan segera.Malah menambah kata bahawa terpulang kepada rakyat negeri Selangor untuk menentu kan nasib mereka di dalam hal ehwal air ini

Kerajaan Selangor ketika menuduh Syarikat SYABAS sengaja mahu menyusahkan rakyat dan mensyaki kerja sabotaj oleh SYABAS untuk kepentingan SYABAS dan agenda bersama kerajaan pusat, tuduhan ini telah dijelaskan bahawa amat mustahil SYABAS mahu membuat perkara ini kerana SYABAS terpaksa keluar kan kos lebih tinggi dengan kerja penyewaan lori dan kerja tambahan untuk membawa bekalan kepada penduduk dianggap tidak masuk diakal.


TQ : PAPA GOMO

TPM Lancar Buletin GM1M...


Rombongan Tan Sri Muhyidin seterus bergerak ke SMK Sungai Besar untuk bersama sebilangan lagi guru yang turut menanti di sana. Kehadiran lebih 5000 orang untuk mendengar taklimat yang akan diberikan.


Dalam acara yang sama juga Timbalan Perdana Menteri melancarkan Buletin GM1M yang merupakan laman sosial dan web untuk para guru berkongsi maklumat berkenaan pelajaran dan isu-isu dalam perguruan.

TQ : JAWA BERNAM

PAKATAN BAKAL REBAH PRU 13???


Statistik kaji selidik UMCEDEL menunjukkan BN mendahului Pakatan Rakyat dengan lima mata peratusan dengan BN memperolehi 42 peratus  berbanding 37 peratus yang memberikan keyakinan kepada PR berdasarkan kepada soal selidik ke atas saiz sampel 1,409 pengundi.
Malah pemimpin BN berpendapat bukan sahaja parti pemerintah akan menang besar tetapi juga akan berjaya merangkul kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan Keyakinan ini bukanlah cakap-cakap kosong kedai kopi tetapi berlandaskan kepada fakta dan realiti di peringkat akar umbi pengundi.
Sikap keterbukaan dan pendekatan inovatif pentadbiran Perdana Menteri, Najib Razak merupakan dua faktor amat penting yang menyumbang kepada keyakinan rakyat kepada BN. ( Di Sini )
 
Ini kerana asas politik pembangkang adalah kebencian dan perpecahan serta memporak perandakan negara demi untuk memperolehi kuasa politik malah Pembangkang tidak peduli tentang aspek keselamatan negara mahupun kedaulatannya kerana apa yang penting bagi mereka ialah merampas Putrajaya dengan menimbulkan kekacauan dan huru hara.
Ini terbukti dengan siri demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering diadakan sejak PRU 2008 kononnya untuk memperjuangkan hak rakyat yang sebenarnya bukan rakyat yang menjadi fokus gerakan pembangkang tapi mahu menjadikan Negara huru hara.
Rakyat hanya dimobilisasikan sebagai satu gerakan massa bagi kepentingan politik pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat yang masing-masing mempunyai halatuju dan ideologi yang berbeza.
 

Friday 25 January 2013

Anwar Ibrahim Risaukan PM Najib Razak Di GAZA???


Anwar Ibrahim perlekeh PM Najib Razak yang berjumpa dengan pimpinan Hamas kerana selama ini yang selalu ditindas oleh rejim Zionis adalah rakyat Gaza yang dipimpin oleh HAMAS. Parti HAMAS pula mentadbir Gaza atas hasil undian rakyat mereka sendiri melalui sistem DEMOKRASI. Parti FATAH pula merupakan sebahagian lagi yang juga merupakan Palestine yang mana parti FATAH diiktiraf oleh Israel dan Israel pula mengiktiraf parti Fatah. ( Di Sini )
Benda paling mudah untuk semua faham, Anwar Ibrahim sebenarnya terkedu kerana jika Najib Razak dan rombongan pergi berjumpa pihak FATAH maka mereka akan SPIN bahawa Najib Razak iktiraf Israel dan tidak membantu Hamas yang ditindas rejim Zionis.

Dengan kehadiran PM Najib Razak dan rombongan berjumpa pimpinan HAMAS memberikan mesej jelas kepada dunia bahawa Malaysia mengiktiraf parti HAMAS dan tidak mengiktiraf ISRAEL sebagai sebuah negara. Dan secara automatiknya Anwar Ibrahim serta puak pakatan pembangkang yang lain tidak mampu mentertawakan PM Najib Razak. ( Di Sini )


TQ : PAPA GOMO

Budiman Tak Tahu Khalid Dah Tunai Janji Rumah Rakyat???


Gewe Kelate menulis tentang negeri Selangor lagi nampaknya. Bukan tak ada isu di Kelate, tetapi di sebabkan isu di Selangor ini sangat menarik dan terpanggil untuk menulis lagi di petang yang redup ni.
Semasa saya membelek belek blog kawan kawan tadi, terjumpa 1 artikel sabahat saya ( Di Sini ). Agak menarik minat saya untuk berkongsi cerita beliau. Kisah nya tentang janji Kerajaan negeri di bawah pemerintahan PR juga iaitu Selangor. 

MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menunaikan janji rupanya. Tengahari tadi saya ada menulis sedikit tentang janji janji Kerajaan Selangor kepada rakyatnya yang belum tertunai menjelang PRU 13 ( Di Sini ), tetapi tanpa saya sedari bahawa salah 1 janji telah ditunaikan rupanya. Agak menarik kisahnya, pembaca boleh baca cerita selanjutnya di blog sahabat saya ( Di Sini ).
Rasanya rakan rakan pembaca boleh faham apa sebenarnya cerita disebaliknya kan???

Renung Renungkanlah...

TQ : JAWA BERNAM

KHALID GAGAL TADBIR SELANGOR???


Tan Sri Khalid Ibrahim & Kerajaan negeri Selangor gagal mentadbir Selangor??? Kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini menabur janji kepada rakyat masih belum tertunai. PRU 13 hampir tiba, di mana janji mereka sebelum menang???
Adakah rakyat perlu tunggu & terus menunggu sehingga tibanya PRU yang akan datang???


Antara janji janji yang ditabur Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat :-
 


--> Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor

--> Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri

--> Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah

--> Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti

--> Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor

--> Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga

--> Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia

--> Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim

--> Memberi elaun ibu tunggal yang layak

--> Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka

--> Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri

--> Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam 


Kerajaan seperti inikah yang harus rakyat pilih di masa akan datang???

Renung Renungkanlah...

PANAS!!! PAS Jemput DS Shahidan Kassim Ceramah???


Pas & Pakatan hampir ketandusan idea untuk berceramah & menarik minat rakyat sehingga menggunakan "Orang UMNO" dalam banner ceramah mereka. Terbaru, mereka menggunakan nama YB Dato Seri Shahidan Kassim yang mana dikatakan oleh mereka bahawa akan berceramah di pentas mereka ( Pas) pada 23 Januari lepas.
 
Gambar Ds Shahidan Kassim telah diletakkan pada banner ceramah perdana Pas  sebenarnya dijadikan modal politik untuk Pas Kedah menarik penonton pada ceramah perdana berkenaan... ( Di Sini )

Kesediaan Dato' Seri Shahidan berbahas dan berforum tentang masa depan Melayu & Islam dijadikan modal manipulasi media dengan menggambarkan "orang UMNO totok" yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO tersebut telah bersama parti itu di pentas ceramah.
 
Apa sudah jadi dengan Pas di Kedah ni? Mungkin ini salah satu petanda bahawa Pas di Kedah hampir tersungkur... Wallahualam...
 
Renung Renungkanlah...

PAS RELA MENGADAI AGAMA DEMI DAP???

Jika diteliti, jelas siapa yang sebenarnya yang memainkan isu perkauman dan agama sehingga boleh mencetuskan huru-hara dan adakah ini yang mereka mahukan supaya kerajaan boleh dipersalahkan seterusnya mengajak rakyat turun ke jalanan untuk meniru gaya "Arab Spring" yang akhirnya kerajaan akan tumbang supaya mereka boleh menerajuinya. ( Di Sini )

Rakyat seharusnya faham tentang perancangan jahat meraka ini yang sejak dulu gagal. Kali ini mereka menggunakan Tuhan kita pula sebagai bola untuk disepak terajang dan mengajak kita bermain bersamanya.

Adakah kita sanggup melihat Tuhan kita dihina sedemikian dan yang paling menyedihkan peloppor kepada permainan ini adalah Cina DAP Komunis yang sejak dulu berangan mahu memerintah negara keramat ini.

TQ : PDTM

Thursday 24 January 2013

PM Di Fitnah Hingga Ke GAZA???


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu berkata lawatan beliau ke Gaza adalah lawatan kemanusiaan dan bukan mahu campur tangan dalam urusan dalaman Palestin.

Najib berkata demikian dalam sidang akhbar di hari terakhir lawatan kerja tiga hari beliau di Mesir yang bermula Isnin lepas sebelum berangkat menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, Rabu.

Najib juga berkata lawatan semalam memberi peluang kepada beliau menyatakan sokongan kepada Fatah dan Hamas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan secepat mungkin. ( Di Sini )

Kewujudan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas penting bagi rakyat Palestin iaitu pra-syarat untuk mereka mendapatkan kejayaan yang diidam-idamkan dalam perjuangan mereka, katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Presiden Palestin Mahmoud Abbas tidak senang hati dengan lawatan beliau, Najib berkata mungkin ada salah faham tetapi beliau telah menjelaskan kepada wakil Fatah di sini semalam bahawa isu terkini Palestin ialah mengenai penderitaan rakyat di Gaza bukannya Tebing Barat.

"Saya tidak dapat lawat Ramallah (Tebing Barat yang dikuasai Fatah) yang ruang udaranya di bawah kawalan Israel dan Israel tidak akan memberikan kebenaran melainkan kita ada hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.

TQ : KL Pos

PERMAINAN PEMBANGKANG : REVOLUSI WARNA...

Demonstrasi,mogok lapar dan perhimpunan haram semuanya digunakan bagi tujuan melumpuhkan kerajaan memerintah dan memaksa perubahan yang mereka perjuangkan dan pergerakan revolusi ini semuanya menggunakan warna tertentu atau bunga sebagai simbol mereka. ( Di Sini )
Revolusi warna ini amat ketara sekali di dalam menggunakan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang sengaja ditubuhkan dan khususnya kumpulan-kumpulan aktivis pelajar di dalam mengatur penentangan aman atau perhimpunan-perhimpunan haram ataupun menyerap masuk individu-individu tertentu di dalam agensi-agensi kerajaan bagi menyelaraskan gerakan revolusi yang dirancang,  
Revolusi warna sebeginii amat berjaya sekali di Serbia terutama dalam Revolusi Jentolak padatahun 2000), di Geogia melalui Revolusi Bunga Ros (2003), di Ukraine dengan Revolusi Oren (2004), di Lubnan dinamakan Revolusi Araz (yang paling ganas pernah berlaku), di Krygyzstan dengan Revolusi Tulip (2005), Revolusi Biru di Kuwait (2005), di Iraq ia dikenali sebagai Revolusi Unggu (2005) dan di Czechoslovakia ia dikenali sebagai Revolusi Baldu (2005).
 

KERAJAAN SELANGOR KEJAM TERHADAP RAKYAT???


Ketika kerajaan  Pakatan Rakyat mula menaiki tahta pemerintahan, rakyat di negeri Selangor telah berdepan dengan pelbagai isu, dari hal ladang babi mega  di mana kerajaan Pakatan Rakyat tetap meneruskan projek tersebut menganggap apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan BN sebelumnya sebagai satu bentuk pembaziran. Kemudian menyusul isu di mana rakyat negeri Selangor diuji pula dengan perihal UNISEL diikuti oleh perlantikan bukan Melayu ke jawatan utama  PKNS dan terakhir berkaitan acahan mahu memasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UITM. ( Di Sini )

Belum pun perkara atas reda Politik negara menjadi kecoh apabila kisah wakil DAP yang terpaka menjadi pemberi maklumat rasuah parti pimpinan Karpal Singh tersebut telah dilaporkan membunuh diri di pejabat SPRM , walaupun dipercayai DAP yang mengugutnya, namun kematian nya di jadikan wayang untuk tayangan perdana seluruh Negara. Kepada Pakatan Rakyat apa sahaja yang boleh di jadi kan isu utuk  alih perhatian terhadap rasuah dan kepincangan kerajaan Selangor ia tentu sekali akan di manipulasi dan menjadi isu.besar.

TQ : PAPA GOMO

Perutusan PM Najib : "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

 
 
 Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Saudara dan Saudari sekalian,
Sesungguhnya kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia. Maka pada 12 Rabiulawal 1434 Hijriah bersamaan dengan 24 Januari 2013 Masehi, sekali lagi kita meraikan sambutan yang penuh barakah ini di negara kita.
Rasulullah SAW merupakan pemimpin terunggul ummah yang begitu menyayangi umatnya dengan meninggalkan Al-Quran dan As Sunnah sebagai petunjuk kehidupan manusia sepanjang zaman. Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 15 yang bermaksud :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”
Rasulullah SAW adalah qudwah yang mengamalkan wasatiyyah dalam hidupnya. Bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, kita melihat konsep wasatiyyah yang baginda tunjukkan telah melahirkan kesatuan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia. 
Kesederhanaan yang diamalkan oleh baginda telah membawa kepada momentum dalam memacu kemajuan setiap bangsa dan negara di dunia ini.
Justeru, momentum ini perlu diteruskan untuk memastikan misi kita untuk membina negara maju dan berdaya saing mampu untuk dicapai. Sememangnya keyakinan mengenai kemampuan Malaysia dalam merapatkan hubungan antara barat dan Islam sepertimana yang diutarakan oleh bekas Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN (Dr. Surin Pitsuwan) adalah contoh kejayaan pendekatan wasatiyyah yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia dalam menangani pelbagai isu dan konflik di rantau ini. 
Kita yakin amalan kesederhanaan yang diamalkan Malaysia menjadi contoh terbaik kepada negara Islam lain bagi menyelesaikan isu serantau. Kejayaan negara sebagai mediator dalam krisis selatan Filipina membuktikan Malaysia dihormati bukan saja dalam kalangan negara Islam, bahkan negara Barat.
Saya sendiri telah mengadakan lawatan kemanusiaan ke Negara Palestin bagi menunjukkan sokongan penuh kita terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis di Gaza dan kita percaya pembentukan kerajaan perpaduan di antara Hamas dan Fatah merupakan kunci kepada kejayaan perjuangan masyarakat Palestin. Malaysia bersedia membantu ke arah ini. 
Hakikatnya dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai suara pendamai yang penting. Makanya, kita perlu mengekalkan negara kita sebagai kerajaan yang berwibawa dan dihormati pada peringkat antarabangsa.
Mengakhiri perutusan, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam kepada baginda Rasullullah SAW sebagai tanda kasih dan sayang kita terhadap baginda. Sesungguhya Rasulullah SAW merupakan insan yang paling unggul dan hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat. 
Saya mendoakan, agar sambutan Maulidur Rasul kali ini, benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Insya-Allah.
Wabillahi Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 

Wednesday 23 January 2013

SELAMAT TINGGAL PAS : BN BAKAL RAMPAS KELANTAN!!!



7 janji Projek yang di buat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak kepada Rakyat Kelantan Ahad lalu, umpama rasuah kata Nik Aziz. Bila diumum untuk beri pembangunan dan kemudahan kepada rakyat kelantan, kata rasuah tapi PAS Kelantan sudah masuk 23 tahun memerintah Kelantan, satupun tidak ada pembangunan infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat Kelantan meningkatkan ekonomi. Ada tanah habis dijual dan digadai, Ladang Rakyat bagi ke cina asing, rakyat  Kelantan merempat dalam tanah sendiri. ( Di Sini )


"Kalau betul-betul nak buat kena buat sekarang kerana ia sudah menjadi tanggungjawab mereka (pusat) untuk menyalurkan duit untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Jika mereka laksanakan sekarang ia langsung tidak memberi apa-apa tekanan atau menggugat sokongan rakyat kepada Pas kerana rakyat sudah tahu pelaksanaannya adalah untuk  kebaikan bersama" . Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Air Kelantan di Pasar Kok Lanas.



Nampak macam tak puas hati betul MB Kelantan dengan kejayaan PM menambat hati rakyat Kelantan, mungkin beliau ( Nik Aziz ) berasa sedikit tergugat bila mana kehadiran PM ke Kelantan disambut baik semua pihak. Malah kerajaan pusat bakal laksanakan 7 projek di Kelantan.

Cukuplah rakyat Kelantan teraniaya sejak 23 tahun lalu, kini tiba masa rakyat bangkit & mengubah haluan untuk terus maju bersama kerajaan BN/UMNO. Selama ini pun kerajaan pusat yang membantu rakyat Kelantan, kerajaan negeri tidak pernah ambil peduli akan nasib kami rakyat yang tidak pernah terbela di negeri sendiri.

Kepada rakyat Kelantan yang masih tidak sedar akan penganiayaan ini, mohon bangkit & sedar untuk masa depan generasi akan datang  & anak cucu kita kelak. Hanya BN/UMNO yang mampu menerajui negara & membela nasib kita.

Renung Renungkanlah...


PANAS!!! DAP Hentam DAP...???

Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng didesak supaya menjelaskan secara terbuka status Dana Mangsa Perang tamil di Sri Lanka yang berjumlah RM73,960.40 yang dikutip pada 2009 oleh parti itu. ( Di Sini )

Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata sehingga kini Guan Eng masih lagi gagal menjelaskan dana Mangsa Perang Sri Lanka yang dikutip ketika parti itu mengadakan kutipan derma kepada orang ramai.
 
"Saya percaya dia harus mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan kepada orang ramai terutama kaum Hindu di mana sebenarnya dana ini pergi ke selepas 2009 sehingga kini.
 
"Banyak soalan telah diajukan kepada Guan Eng tetapi tetapi dia masih lagi gagal memberikan kenyataan," katanya ketika ditemui oleh pemberita.
 
TQ : KLPos

#JANJI DITEPATI : KELANTAN MILIK BN PRU 13

Walaupun pekara ini telah berlalu beberapa hari tetapi sehingga kehari ini media pembangkang dan Harakah masih tidak berhenti mengutuk janji yang dibuat oleh Perdana Menteri tersebut.( Di Sini )

Perkara ini berlaku disebabkan janji yang dibuat oleh Perdana Menteri telah memberikan satu kesan besar dan harapan baru kepada rakyat Kelantan dan ini telah diterjemahkan dengan kehadiran puluhan ribu rakyat yang hadir pada program tersebut.

Rakyat Kelantan bukan seperti dulu boleh ditipu dan diperbodohkan, mereka kini mahukan perubahan dan mahu nasib mereka dibela dan yang paling penting pemerintahan yang boleh membela dan memelihara Agama Islam.( Di Sini )

PAS tidak layak memerintah Kelantan dan Negara Malaysia kerana PAS hanyalah sebuah parti pelacur yang sanggup melacurkan apa saja untuk berkuasa dan dan memuaskan nafsu syaitan dalam diri.

Selamat tinggal PAS... Selamat Kembali BN ke Tanah Cik Siti Wan Kembang....
 
TQ : PDTM

PM Najib Razak Ke GAZA...Pemimpin PR Meroyan Di Malaysia...







Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama untuk menjejakkan kaki di bumi Palestin dalam rangka lawatan kemanusiaan ke Gaza, Selasa, hari ini. Beliau tiba pada jam 10.40 pagi (4.40 petang waktu Malaysia) di sempadan Palestin berhampiran Rafah.

Najib turut menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan lintasan sempadan. Lagu kebangsaan 'Negaraku', dan lagu kebangsaan Palestin telah dimainkan sewaktu pertemuan kedua-dua pemimpin itu.
Sebelum itu, Perdana Menteri terpaksa mengharungi perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke sempadan Rafah melaui jalan darat.
Selepas memeriksa kawalan kehormat oleh pasukan Polis Palestin, Perdana Menteri Malaysia dan Ismail mengadakan mesyuarat di Pusat Imigresen Rafah.

Najib dijadualkan untuk melawat sebuah sekolah yang dibiayai Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak bagi pembinaan sebuah pejabat baru bagi Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza.
Pejabat lama Ismail telah mengalami kemusnahan teruk sewaktu serangan Israel pada bulan November tahun lepas.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijadualkan untuk menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Ismail di Movenpick Hotel sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan ijazah doktor kehormat.
Selepas menerima ijazah kedoktoran, Najib akan berlepas ke Kaherah untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Mohamed Morsi.


TQ : KLPos

Tuesday 22 January 2013

#LISTEN #LISTEN #LISTEN!!! Lets Khaled Nordin Speak!!!



Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Khaled Nordin diatas sokongan & ulasan beliau terhadap insiden  pertikaman lidah antara Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi isu hangat dalam blog dan laman sosial sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Kementerian Pengajian Tinggi mahupun kerajaan.
 
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program tersebut diadakan di atas anjuran pelajar di universiti itu sendiri dan Sharifah Zohra dijemput atas kapasitinya sendiri untuk menjadi moderator.

"Di universiti bukan semua program yang diadakan anjuran kerajaan, kerana ada juga program yang dianjurkan oleh golongan mahasiswa sendiri.

"Tetapi apa yang terjadi dalam isu ini seolah-olah kita pula yang atur program itu dan meminta Sharifah bercakap seperti itu atas alasan berkehendakkan minda pelajar disekat dan ditutup.

"Sharifah bukan tenaga akademik dan bukan kakitangan kementerian atau UUM, dia dijemput oleh pelajar untuk menjadi moderator, dari mana dia datang saya tidak tahu,” katanya.

PANAS!!!PAS RELA JADI ANJING DEMI DAP???

 
 
Semakin tak faham dengan pendirian ahli PAS sekarang (Di Sini). Kejap nak bantah, sekali kena sergah sikit dengan DAP dah terus berubah pendirian (Di Sini). Terpaksa batalkan piket aman mendesak Karpal jangan campur tangan dalam keputusan Majlis Syura tentang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.
PAS kini terus menjadi anjing DAP. Hilang telur kerana takut dengan ugutan yang diterima.
 
TQ : JAWA BERNAM

#LISTEN #LISTEN #LISTEN...KAKI FITNAH PUTAR BELIT CERITA!!!





Nampaknya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan ikon #LISTEN #LISTEN #LISTEN ( Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin ) & SW1M. 


  Begitu terdesak pihak ini sehingga sanggup menabur fitnah & menanianya pihak lain.



 Mungkin gambar gambar ini mampu menceritakan lebih lanjut tentang apa yang berlaku.


Renung Renungkanlah...

AHLI PAS KECAM KARPAL SINGH???

 
 
Bantahan ini ( Di Sini ) sebagai salah satu kecaman terhadap Presiden DAP, Karpal Singh yang masuk campur dalam urusan Majlis Syura dengan mengarahkan Hadi Awang menasihati Majlis Syura supaya mengubah keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.

Perkara mendapat kritikan yang cukup kuat di Sabak Bernam kerana ahli PAS di sana adalah ahli-ahli lama yang berjuang bersama Arwah Ustaz Fadzil Nor. Mereka dikatakan begitu terkesan dengan tindakan DAP yang masuk campur dalam urustadbir agama Islam. 
 
TQ : JAWA BERNAM

PAS FOR ALL GADAI ISLAM???

 
Dzulkifli Ahmad 
 
Dalam Forum PASS FOR ALL pada 20 Jan 2013 di Petaling Jaya dengan bangganya dia mempertahankan penggunaan kalimah Allah untuk bukan islam. 

Dia(Gambar) tetap berkeras mengatakan Kalimah Allah sudah digunakan oleh agama lain sejak sebelum zaman nabi lagi dan bagi saya semua orang sudah lama faham dan jelas tentang perkara tersebut dan tiada siapa pun yang menafikannya. ( Di Sini )

Tetapi persoalannya mengapa setelah ribuan tahun baru kini DAP mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible!

Di situ sudah jelas menunjukkan sesuatu yang mencurigakan dan tidak masuk akal.
 
TQ : PDTM

"Serangan Waktu Subuh" Tun M...



Tun M memang antara pemimpin negara yang terbaik diantara yang terbaik di Malaysia malah beliau juga boleh dikatakan dipandang tinggi dimata dunia. Budi & jasa beliau amat tinggi dan terpuji. Patutlah beliau di sanjung & menjadi ikon, rupanya insan bernama Mahathir Bin Mohamad ini seorang yang bijaksana dalam mentadbir negara.


Siapa kenal dia ? Nama beliau ialah Margaret Thatcher. Sepanjang karier beliau, beliau dikejutkan dengan rancangan genius oleh mantan PM kita yang tercinta, Tun Dr Mahathir.
Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali dengan nama, "Serangan Subuh." Pada september 1981, Tun Dr Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah Ku Li dan Ghaffar Baba.
Tun Dr Mahathir telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British.
Guthrie, Sime Darby dann Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa.
Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie.
Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut.
Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.
Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

#LISTEN #LISTEN #LISTEN!!! LET ME SPEAK!!!



Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, Presiden Suara Wanita 1Malaysia telah membuat kenyataan media untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan Mahasiswa sendiri.


 TQ : PDTM

Friday 18 January 2013

Zairil Berdarah Keturunan DAP...


Hakikatnya yang sebenar DAP tahu bahawa Zairil ini adalah berketurunan dan berdarah daging Cina dan bukannya Melayu. Apa yang DAP lakukan adalah untuk mengkaburi mata rakyat Malaysia terutama Melayu dalam pakatan pembangkang bahawa DAP memilih seorang Melayu menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif pusat DAP. ( Di Sini )
Pendek kata DAP sekali lagi menipu orang Melayu agar Melayu terus menjadi budak suruhan DAP!!! Sebab itulah pimpinan DAP tak menentang perlantikkan sesama bangsa mereka dalam jawatankuasa Eksekutif pusat DAP.


Orang orang lama di Kampung Kancut, ( Di Sini ) Alor Setar memang mengetahui bahawa Pak Khir Johari (Tan Sri Khir Johari) bersama sama Che Tom Abdul Rahman (Puan Sri Kelsom) berkahwin pada 1943 dan Che Tom meninggal pada 20hb September 1994. Umum juga mengetahui bahawa Che Tom dan Pak Khir mempunyai 7 orang anak. Zairil mengumumkan beliau mempunyai 9 adik beradik. Sembilan tolak 7, jadi 2. 

Mana datangnya selebihnya dua orang itu.Selepas peninggalan Che Tom, Pak Khir Johari berkahwin semula dengan Puan Sri Christine Lim (ibu kepada Zairil) pada Februari 1996. Jika Zairil dilahirkan pada 1996 atau 1997, sah dan jelas bahawa Zairil bukan anak kandung Pak Khir? Beliau adalah anak Christine Lim bersama bapak kandung asalnya yang berbangsa China? Atau pun Christine Lim tidak pernah berkahwin dengan sesiapa pun sebelum beliau berkhawin dengan Pak Khir? ( Di Sini )

TQ : PAPA GOMO

#LISTEN #LISTEN #LISTEN!!!...BAWANI AGEN PAKATAN!!!




Jelas, Bawani telah membuat persediaan dalam memberikan hujah-hujah. Mengharapkan penjelasan daripada Puan Sharifah terhadap persoalan yang diajukan adalah seperti meminta penjelasan daripada seorang pakar Matematik tentang Undang-Undang. ( Di Sini )

Apa yang menghairankan adalah publisiti yang diterima Bawani. Dari ucapan yang diberi hinggalah segala komen di Youtube dan juga artikel yang dikeluarkan tentang perkara ini, segalanya boleh Bawani dari seorang hero kepada pelajar yang gagal.

Facebook Bawani menjelaskan pandangan politiknya, itu hak Bawani. Rangkaian komuniti sosial UUM pula menjelaskan minat Bawani terhadap dunia politik, juga hak Bawani. (Di Sini )

Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa Bawani adalah penyokong tegar Parti Sosialis Malaysia (PSM).


 #WeAreAllSharifahZohra

TQ : PDTM

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan