Tuesday 22 January 2013

#LISTEN #LISTEN #LISTEN!!! Lets Khaled Nordin Speak!!!



Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Khaled Nordin diatas sokongan & ulasan beliau terhadap insiden  pertikaman lidah antara Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi isu hangat dalam blog dan laman sosial sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Kementerian Pengajian Tinggi mahupun kerajaan.
 
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program tersebut diadakan di atas anjuran pelajar di universiti itu sendiri dan Sharifah Zohra dijemput atas kapasitinya sendiri untuk menjadi moderator.

"Di universiti bukan semua program yang diadakan anjuran kerajaan, kerana ada juga program yang dianjurkan oleh golongan mahasiswa sendiri.

"Tetapi apa yang terjadi dalam isu ini seolah-olah kita pula yang atur program itu dan meminta Sharifah bercakap seperti itu atas alasan berkehendakkan minda pelajar disekat dan ditutup.

"Sharifah bukan tenaga akademik dan bukan kakitangan kementerian atau UUM, dia dijemput oleh pelajar untuk menjadi moderator, dari mana dia datang saya tidak tahu,” katanya.

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan