Showing posts with label TPPA. Show all posts
Showing posts with label TPPA. Show all posts

Wednesday, 2 October 2013

Obama Tangguh Lawatan Ke Malaysia Berhubungkait TPPA???




2 Oktober, 2013 - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (gambar) membatalkan lawatannya ke Malaysia akibat daripada krisis domestik di negara itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata, pertembungan di antara parti Republican dan Demokrat di AS menyebabkan negara itu tidak berfungsi sepenuhnya dan ini bermakna Obama perlu menyelesaikan krisis itu.

“Obama menyatakan rasa kesalnya kerana tidak dapat melawat Malaysia seperti dijadualkan. Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS John Kerry akan hadir sebagai wakil Obama,” katanya.

Ianya mungkin berhubungkait mengenai Perjanjian Trans Pasific (TPPA) yang masih belum ditandatangani oleh Malaysia.

Perjanjian TPPA dilihat seperti Amerika mahu menggunakan aset dari negara lain untuk melabur. Mendapatkan keuntungan dari negara Asia khususnya yang dibutakan dengan perjanjian 'win-win situation'. Namun pada dasarnya hakikatnya, negara yang mana Amerika bakal melabur tidak akan mendapat apa-apa kerana Amerika sedang menghadapi zaman hitam dalam ekonomi dunia.

Selepas ini tidak mustahil jika kuasa besar dalam ekonomi dunia bakal bertukar tangan jika masalah pembayaran gaji kepada kakitangan awam Amerika tidak dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Bersyukur kita masih punyai seorang pemimpin yang dapat melihat jauh melangkaui zaman. (Di Sini)

Operasi AS terpaksa dihentikan secara rasmi selepas Kongres menolak rancangan pelan kesihatan yang dibawa pentadbiran presiden Obama.
Ini pertama kali berlaku di negara berkenaan dalam tempoh 17 tahun.
Dewan Senat yang diketuai Demokrat enggan menyokong cadangan Dewan Rendah yang diketuai Republikan dengan undian 54 menolak 46 menyokong.

Dewan Rendah pada Jumaat menyertakan pindaan bersama bajet yang diluluskan Senat meminta agar perlaksanaan pelan kesihatan Obama ditunda untuk tempoh setahun.
Perkembangan yang berlaku menyebabkan kakitangan kerajaan persekutuan terpaksa menghentikan kerja mereka kecuali untuk beberapa sektor kritikal.

Perkhidmatan seperti kawalan sempadan, pemeriksaan daging dan trafik udara akan kekal beroperasi namun, pengeluaran pasport akan tergendala.
Dalam meraih sokongan pentadbiran Obama sebelum ini berusaha untuk memujuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana membeli skim insurans kesihatan baru yang disubsidi kerajaan. 

Sumber : Di Sini

Monday, 26 August 2013

#BantahTPPA : Kenali Perjanjian yang boleh memusnahkan negara tetapi dirahsiakan


Perjanjian ini dikatakan boleh membuat keuntungan besar kepada perdagangan negara tetapi pada masa yang sama jika tidak dikaji secara menyeluruh ia bolehmembawa kemusnahan kepada negara.

Mari kita kongsikan serba sedikit tentang TPPA agar kita dapat tahu apa yang mampu perjanjian ini lakukan kepada bangsa, agama dan negara kita.
Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) memang ramai yang tidak tahu tentangnya dan tidak kurang juga ramai yang diantara kita tidak ambil tahu dan menganggapnya adalah perkara biasa dalam rundingan antara kerajaan dalam perdagangan antarabangsa.

Namun jika anda tahu apakah yang TPPA mampu buat pada anda dan keluarga anda sudah pastinya agenda menentang perlaksanaan TPPA oleh kerajaan ini akan menjadi perjuangan utama anda untuk memastikan masa depan anda dan keluaraga terjamin.

Jadi untuk pusingan pertama penjelasan yang ringkas dan mudah anda fahami, penulis mahu menjelaskan bahawa TPPA dibimbangi akan menjejaskan nasib para usahawan Melayu dan rakyat dalam negara ini atau dalam bahasa kasarnya akan membawa bencana kepada ekonomi negara.

Antaranya TPPA dipercayai akan menyekat peluang syarikat tempatan dan memberi kelebihan kepada syarikat asing untuk menyertai pasaran tempatan. 
Perkara itu dibimbangi akan berlaku memandangkan data berhubung perjanjian TPPA masih belum didedahkan dan ia terus menjadi rahsia kepada mereka yang terlibat dalam rundingan perjanjian ini termasuklah kerajaan.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan beberapa NGO lain antara yang lantang menyuarakan kerisauan tentang perkara ini percaya jika TPPA dilaksanakan ia akan menutup terus pintu rezeki syarikat tempatan, dan akan membuka seluas-luasnya akses perniagaan kepada entiti asing yang mempunyai keupayaan modal dan sokongan lebih baik.

Tanpa maklumat yang lebih terperinci daripada MITI, terlalu banyak yang meragukan tentang perjanjian ini dan sebagai contoh mudah untuk penulis menimbulkan keraguan ialah tentang beberapa negara besar seperti China dan India yang tidak mahu menyertainya dan jika kita lihat negara yang penulis sebutkan tadi mempunyai kuasa ekonomi yang kuat dan antara pemain yang hebat dalam arena ini.

Beberapa negara jiran Malaysia yang tidak mengambil bahagian dalam perjanjian ini juga harus diambilkira .
Jika tidak salah penulis, beberapa bahagian dalam perjanjian itu telahpun diputuskan sebagai selesai oleh pihak perunding dimana perkara itulah yang menjadi tanda tanya kepada MTEM tentang apakah isi yang telah dipersetujui dan bagaimana ia akan dilaksanakan bersama hujah risiko untung rugi yang akan ditangung oleh Malaysia.
Penulis bukan pakar ekonomi tetapi bila diterangkan sendiri tentang orang yang arif tentang perkara ini, penulis merasakan perlu ada perbincangan meluas berkenaan dengan isi perjanjian dan kerajaan perlu mengambil masa mengkaji tentang banhtahan yang dibuat oleh badan-badan NGO ini yang juga merupakan pemain dalam sektor ekonomi negara.

Penulis akan cuba mengulas sedikit demi sedikit tentang TPPA ini dalam beberapa artikel akan datang dan diharap ianya akan menjadi panduan dan seterusnya membawa kepada bantahan yang lebih besar dalam "KEMPEN BANTAH TPPA" untuk kebaikan dan masa depan negara.


#BantahTPPA
Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan