Saturday 28 July 2012

Inspektor Aliza vs Abby Abadi Bergelumang Dosa Selama Ini...???


Cerita pelakon Abby Abadi  yang menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas dan dikatakan berkhawin dengan YB Pas???

Bagaimanapun, Abby yang sebelum ini pernah menafikan hal itu dan mengakui amat tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana mana parti politik.

Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan dan menunjuk pandai bercakap tentang agama. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas.

Paling ketara, status di laman sosial, Facebook miliknya, terang terangan menyokong dan mempertahankan parti Pas baru dianutinya.


Malah statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat peminatnya, yang menyokong dan malahan ramai juga yang menghentam.

Walaupun begitu, bekas pelakon Gerak Khas yang memegang watak sebagai Inspektor Aliza ini turut berbalas komen sambil tetap mempertahankan parti itu.

Adakah Abby mahu mengaku yang dirinya selama ini bergelumang dengan dosa??? Ataupun Abby merasakan dirinya sangat sebati dengan dosa pada masa dia berstatus sebagai artis???

Namun bagi pendapat saya, Abby tidak sepatutnya melebelkan kerja sebagai pelakon itu adalah menjebakkan dirinya kepada melakukan dosa dan menganut parti Pas adalah jalan untuk menyucikan dosa dosanya selama ini.


Kepada Abby yang baru mendapat hidayah kononnya itu, haruslah tidak begitu riak dengan statusnya sekarang. Renung renungkan lah...


0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan