Thursday 3 October 2013

Isu K-Pop : Jawapan KJ...




Laporan Ketua Audit Negara 2012 semalam mendedahkan penganjuran konsert yang menelan belanja RM1.6 juta bagi membawa tiga kumpulan penyanyi K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu datangnya daripada dana kerajaan meskipun KBS menafikan tahun lalu dengan mengatakan kos konsert itu ditanggung penaja.

Laporan audit itu turut mendedahkan KBS telah berbelanja melebihi had iaitu RM1.11 juta untuk promosi dan publisiti untuk acara tersebut.
Selain itu, KBS ditegur kerana membelanjakan RM48,300 untuk ‘lawatan kerja’ ke Institut Kemahiran Belia Negara di Jitra, Songkhla, Phuket dan Krabi di Thailand untuk 21 sekretariat Hari Belia Kebangsaan dan pegawai kanan kementerian. (Di Sini )
Ikuti jawapan YB Khairy Jamaluddin berkaitan tuduhan ini...

" Saya memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini.
Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian saya. Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah.
Oleh itu saya telah jelaskan bahawa dalam kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan saya diberitahu siasatan tersebut sudah sampai peringkat terakhir.
Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012. Untuk makluman, acara konsert K-pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013 dan seterusnya.
Mengenai perkara-perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan audit, saya telah minta maklumbalas yang terperinci dari pegawai-pegawai tinggi KBS sebelum tindakan selanjutnya diambil pada pihak berkenaan yang bertanggungjawab keatas kes-kes tersebut.
Yang pasti, kami di KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi. Dana karajaan adalah wang rakyat. Kita mesti accountable pada setiap sen yang dibelanjakan.
Harap maklum dan kalau ada apa-apa lagi perkembangan saya akan muat naik disini. "


Tiga kumpulan K-pop berkenaan adalah U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet manakala persembahan mereka dibawakan oleh Stadium First Sdn Bhd.


0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan