Monday 7 October 2013

#TestedTeam4UMNO : Pasukan Yang Telah Di Uji



Dengan izin Allah S.W.T, sejarah akan menilai dan berlaku adil kepada kita kerana Pergerakan Pemuda UMNO tidak pernah gagal untuk bertindak secara bijaksana dalam saat-saat paling mencemaskan. Inilah tradisi gemilang Pemuda UMNO - kita tidak pernah mengelak dari memikul tanggungjawab dan amanah apatah lagi melarikan diri dari menangani krisis yang mendatang, walaupun sebesar tsunami.

Sepanjang perjalanan parti, perpaduan tidak datang bergolek dan kekuatan tidak datang melayang. Pergerakan Pemuda, seperti juga parti kita UMNO pernah melalui pelbagai sejarah getirnya, bukan sekali, tetapi diuji bertubi kali. Sejak tertubuhnya Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 1949, kita telah didewasakan oleh pelbagai cabaran. Kita telah merasai suka duka serta pelbagai konflik yang melanda parti dan negara tercinta ini. Kita belajar dari sejarah, menimba dari pengalaman dan dimatangkan oleh permasalahan. Mendung berlalu, krisis berakhir, pergolakan dapat ditenangkan. Sepanjang perjalanan itu, Pemuda menjadi lebih matang dan mengerti untuk membezakan di antara pejuang dengan petualang. Kita menyaksikan mereka yang tidak setia pada perjuangan gugur di pertengahan jalan dan hanyut ditelan ombak. Ini kerana kesetiaan sentiasa terpahat sebagai landasan perjuangan Pemuda. Mereka yang tidak setia tidak ada tempat dalam parti UMNO kita ini. Di Sini...


"Patah atap kerana buluh;
Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh;
Namun undur pantang sekali."


Petikan : MUKADDIMAH : BELAJAR DARI SEJARAH TAHUN 1998

Selanjutnya Di Sini...

#TestedTeam4UMNO


0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan