Thursday 14 June 2012

JOM BERKENALAN





Yang Berhormat Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali (28 November 1947 - ) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Gombak Setia serta bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor sehingga digugurkan pada Jun 2011 dan akhirnya dipecat pada Januari 2012.
Beliau merupakan penceramah yang hebat kerana dapat mempengaruhi pendengar . Sebelum menceburi politik PAS pada 1999, beliau sering menjadi penceramah dan ahli panel dan disiarkan melalui RTM1. Tokoh lain yang menjadi penceramah ketika itu ialah Datuk Ismail Kamus dan mufti Selangor Datuk Ishak bin Baharom.


Pendidikan

Beliau dilahirkan di Klang, Selangor pada 28 November 1947.
Beliau mendapat Ijazah pertama dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana Urban Planning dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat pada tahun 1975 dan PhD Urban Science dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat pada tahun 1985.

Kerjaya

YB Dato’ Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Beliau juga pernah menjawat pelbagai jawatan dalam kerajaan seperti:
  • Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
  • Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor
  • Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  • Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM
  • Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah
  • Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  • Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM.
  • Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM
Beliau merupakan penceramah motivasi dan pernah menjadi pengerusi majlis Forum Perdana Ehwal Islam di RTM1 selain memberi ahli panel di al-Kuliyyah (TV3) dan banyak lagi. Pada 2008, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan