Karpal menjadi ‘juara’ memperjuangkan ‘satu calon, satu kerusi’ bagi PRU kali ini atas alasan memastikan wakil rakyat dapat menumpukan sepenuhnya kepada kawasan masing-masing.
Walaubagaimanapun, cadangan Karpal diragui oleh berbagai pihak dalam DAP sendiri dan ditempelak Teresa Kok dengan penghinaan bahawa Karpal adalah ‘old story’ atau cerita lama. ( Di Sini )
Tindakan Teresa Kok menimbulkan kemarahan beberapa pihak kerana dilihat tidak menghormati orang tua dan juga Pengerusi parti yang telah lama berjuang dan banyak pengalaman. Akibatnya, Ahli Parlimen, Kota Alam Shah M. Manoharan telah membangkitkan kegagalan Teresa untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan baik kerana memegang begitu banyak ‘kerusi’ atau jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri.
Namun, akhir-akhir ini, nampaknya semakin ramai di dalam DAP menyuarakan sokongan terhadap idea Karpal ini, sekali gus, ‘menggilapkan’ lagi namanya.
TQ : PDTM
0 comments: