Puncak Alam, Fasa III - Terkini!!! 2 pelajar jatuh dari motor dan cedera parah akibat terlanggar jalan berlubang yang sudah sekian lama tidak diturap. Dalam kejadian terbabit, remaja terbabit dalam perjalanan pulang dari arah Alam Jaya ke Puncak Alam kira kira jam 11 malam.
Mengikut saksi, mangsa terjatuh lebih kurang 100meter dari lubang tersebut.
Kawasan kejadian sememangnya agak gelap dan tidak berlampu, hal ini bukanlah baru kerana sudah sekian lama lampu jalan tidak berfungsi di laluan itu.
Malah tempat kejadian adalah selekoh tajam, ditambah pula dengan jalan yang tidak berlampu. Maka lokasi itu memang mengundang bahaya kepada pengguna jalan tersebut.
Lokasi tersebut ialah jalan utama dari Shah Alam Dan Kuala Selangor ke Puncak Alam.
Disini rasanya kita boleh bertanya kepada Kerajaan yang memimpin Negeri Selangor...
Apa yang meraka buat??? Kenapa jalan tidak dapat diturap sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada rakyat???
0 comments: