Sedih bercampur pilu bila mengenangkan apa yang terjadi di Palestin. Anak anak kecil dan mayat bergelimpangan, bagaimana jika semua itu berlaku di negara kita dan melibatkan sanak saudara kita?
Wujudkah manusia yang memandang semua itu sebagai endah tak endah dan tanpa belas kasihan?
Bila perkara seperti ini berlaku, kita sepatutnya tidak bercakap dan melibatkan soal politik lagi untuknya. Tetapi nampaknya seperti ada segelintir manusia yang cuba mempolitikan dan mengejek ngejek akan perkara ini.
Gambar di atas adalah contoh keperihatinan seorang insan yang bergelar nama manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang berbelaskasihan kepada sesama manusia. Tetapi apa yang saya sampaikan bukanlah mengenai watak watak manusia di dalam gambar tersebut, yang ingin saya ceritakan ialah kotak kecil disebelah kiri atas gambar tersebut.
Itu adalah contoh manusia yang menggunakan politik dalam setiap perkara dan setiap saat dalam kehidupannya.
Abby Abadi yang sedia kita maklum adalah seorang artis yang mula berjinak jinak dalam dunia politik selepas "INSAF" kononnya dan memilih PAS sebagai jalan mencari kebenaran. ( Di Sini )
Kadang kadang saya nampak Abby keterlaluan dalam ber"POLITIK" dan bercakap soal Agama umumnya. Adakah beliau berasa dirinya cukup layak dan terlalu bijak soal Agama hingga setiap yang disampaikan itu terlalu sensitif dan terlalu menyentuh soal Islam yang suci.
Abby agak celupar sedikit sekarang ini dalam soal berpolitik mungkin sudah mula lupa di mana asal beliau sebelum ini. Jika pembaca masih ingat, saya pernah menulis kisah bekas penyanyi dan pelakon ini beberapa bulan lalu. ( Di Sini )
Rasanya tidak perlulah Abby menjadi terlalu taksub sehingga menampakkan beliau seperti kesesatan di jalan yang terang.
Bagi saya, Abby perlu menjadi bijak dan bersederhana dalam berpolitik dan beragama kerana beliau boleh di anggap sebagai dalam proses bertatih dalam mencari dan mendalami ilmu agama terutama bila melibatkan soal Agama Islam yang suci, kerana Islam bukan Agama mainan dan yang sesuka hati boleh di perkecilkan.
Abby dinampakan seperti menganggap parti politik yang di"Anuti"nya itu seperti Agama, mungkin beliau merasakan dan berkefahaman bahawa PAS itu Islam dan UMNO itu kafir seperti yang di gembar gemburkan oleh PAS. Sebab ini jelas kerana Abby menggangap UMNO juga haram di ikuti. Wallahualam...
Seharusnya Abby perlulah berserdahana seperti artis lain yang juga bertukar imej kerarah kebaikan dengan memakai tudung. Bukan Abby seorang sahaja artis yang bertudung,malah ramai lagi artis yang berhijarah contohnya Diana Amir ( Di Sini ).
Jadi, diharap jika ada artis artis yang lain dan baru berniat hendak berhijrah kearah kebaikan dan bertudung ini, jangan terlalu taksub seperti Abby. Bersederhanalah jika niat itu benar benar inginkan keredhaan oleh Allah swt, In Shaa Allah diberkati. Ameen...
Renung Renungkanlah...
.
0 comments: