Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidil Adha. Begitu sayu di hati bila saya sebagai anak rantau di negeri orang tidak dapat pulang menyambut Hari raya bersama keluarga tercinta hanya sebatangkara di negeri orang. Namun, saya redha kerana demi tugas untuk bangsa dan tanah air saya ikhlaskan.
Ini juga dinamakan Qurban bagi saya kerana saya bekorban masa saya demi tugas. Masih ingat pada Hari Raya Puasa yang lepas saya bercuti sakan menyambut Raya, hampir 2 minggu saya di kampung di Negeri Serendah Sekebun Bunga Kelantan darul Naim. Mungkin itu sebagai galang ganti untuk saya yang tidak dapat pulang pada kali ini dan saya harus memberi peluang kepada rakan yang lain bercuti.
Jika kawan kawan pembaca masih ingat artikel saya selepas Raya Puasa tempoh hari, (Klik Di Sini ) Saya ada bercerita tentang masalah air di Kelantan.
Kali ini Family (Umi dan Abah, mereka balik awal ) saya juga balik ke kampung yang sama untuk menyambut Hari Raya. Pagi tadi saya menerima panggilan dari Umi, katanya kali ini masalah yang sama masih berlaku dan ianya tidak langsung berubah. Masalah air tetap seperti tempoh hari, hanya tengahmalam air dari paip kerajaan boleh digunapakai.
Kenapa masalah ini masih berlaku, tidakkah langkah yang sepatutnya diambil untuk menangani masalah ini??? Atau masalah ini dipandang remeh oleh pihak berwajib???
Air adalah merupakan satu keperluan yang sangat penting dan mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan seharian kita. Air bukan sahaja perlu dalam masakan, mandi dan hal hal lain, malahan air sangat penting untuk kita sebagai umat Islam untuk berwuduk.
Saya amat berharap masalah ini dapat diselesaikan segera dan seharusnya rakyat Kelantan perlu sedar dan nampak bahawa kepimpinan yang ada sekarang di Kelantan sangat menyusahkan dan harus di TUKAR!!!
Renung Renungkanlah...
0 comments: