Ya Allah... Apakah sesorang itu tidak lagi menggunakan akal fikirannya untuk berkata kata. Adakah kita kini berada di dunia akhir zaman? Ataukah sememangnya sudah tiada sopan santun dan tatasusila seorang makhluk yang bernama manusia?
Salah Satu Siri Penghinaan Terhadap Sultan Johor Sebelum Ini |
Saya begitu sedih dan pilu bila terlihat kawan kawan seperjuangan "share" sesuatu yang agak mengaibkan Kesultanan yang melibatkan Sultan Johor. Saya rasa, bukan Sultan Johor sahaja yang dihina malahan sebelum ini pernah Sultan dari negeri lain pun pernah dihina.
Tidak berasa keji kah seseorang itu bila menghina makhluk yang bernama manusia dan dibandingkan pula dengan haiwan. Sudah hilang rasa hormat dan perikemanusiaankah seseorang yang bertindak sedemikian?
Klik Di Sini Untuk Lebih Banyak Foto Gambar diatas adalah siri terbaru penghinaan terhadap Sultan Johor, mengapa perkara sebegini boleh berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini? Adakah faktor kurang didikan tentang "Adab dan Sopan" atau sememangya sudah hilang budaya dan adat Melayu yang dijunjung selama ini? Siapakah yang harus diapersalahkan pada hari ini? Renung Renungkanlah.... |
0 comments: