Tuesday 23 October 2012

Nik Aziz Bakal Letak Anak Menantu Sebagai Calon???


Masih ingatkah lagi satu ketika dulu kenyataan yang dibuat oleh anak kepada MB Kelantan merangkap Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang bersedia untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya dikehendaki oleh parti.Nik Abduh berkata, tidak timbul soal beliau dipilih kerana kedudukannya sebagai anak kepada Mursyidul Am Pas kerana percaya parti hanya memilih calon atas dasar kebolehan dan kelayakan mereka.

"Isu kroni adalah isu lama yang sering didendangkan dalam musim pilihan raya sedangkan semua orang tahu sebarang keputusan bergantung kepada parti. Terpulanglah sama ada hendak bersetuju atau tidak," katanya 

Nik Abduh diminta mengulas ura ura yang mengatakan nama beliau termasuk dalam senarai pendek calon Pas dari Kelantan yang akan dibawa ke peringkat Pas Pusat untuk diputuskan.
Jumaat lalu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengesahkan Pas negeri sudah menyenarai pendek nama calon yang menjadi pilihan mereka.

Nik Abduh bagaimanapun menjelaskan, beliau belum mendapat makluman rasmi mengenai namanya dicalonkan dan hanya mendengarnya daripada khabar angin sahaja.

"Tidak ada sesiapa pun boleh mengesahkan dan mengaku nama mereka sudah tercalon kerana pejabat parti tidak menghantar apa-apa makluman, perkara ini masih peringkat awal lagi," katanya.
"Pada kebiasaannya mereka yang perasan namanya sudah 'lekat' itulah yang akan tersisih namanya pada akhirnya," katanya.

Selain Nik Abduh, menantu kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab. Rahman turut disebut-sebut termasuk dalam senarai pendek calon Pas Kelantan.

Dari situ kita boleh mentafsirkan bahawa mungkin Nik Aziz hanya akan menaikkan calon dari golongan "anak beranak" dan kemudiannya baru di ikuti dengan calon luar rumah mereka...???

Renung Renungkanlah...

***Saya sekadar "Refresh" kisah ini dan merungkai perasaan ingin tahu yang kuat dalam diri...
Maaf yer saya hanya bertanya...heheheee

0 comments:

◄ Newer Post Older Post ►

My Blog List

#LifeStyle

#LifeStyle

Nadi Rakyat

Nadi Rakyat
Blog NadiRakyat.Net

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)

Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)
Klik Pada Gambar Untuk Pergi Ke Laman Blog IMAM

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Misi Selamatkan Negara

Kalimah Allah

Kalimah Allah
#PertahakanKalimahAllah

JOM TUKAR

JOM TUKAR
ACU TEST SEPENGGAL
 

Copyright 2013 Sinhala MP3Gewe Kelate Template by Farhan Share and Tuliskan