Kalau dulu orang ramai bercakap pasal saman ekor, kini pula muncul satu sistem yang lebih teruk dari saman ekor dan lebih canggih dari itu.
Perkara itu yang dimaksudkan adalah AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES).
Sistem ini mula beroperasi secara rasmi pada 23 September 2012. Tujuan perlaksanaanya adalah untuk merakam kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya terutamanya melebihi had laju, 24 jam sehari dan kemudiannya saman akan dihantar secara pos. Katanya untuk mengatasi kemalangan jalan raya.
Hal ini memang menjadi sebutan ramai, sehinggakan saya pergi ke kantin orang bercakap pasal itu, pergi kedai kopi orang bercakap pasal itu, pergi ke surau pun orang bercakap pasal itu, sambil menunggu anak di sekolah pun orang bercakap pasal itu. Golongan ibu yang menunggu anak di padang permainan waktu petang pun bercakap pasal itu.
Bukan niat saya hendak mempertahankan orang yang melakukan kesalahan jalan raya , tetapi kaedah yang digunakan itu tidak betul. Mengikut bualan orang ramai pelaksanaan kaedah AES tidak lebih kepada usaha kerajaan nak mencari duit kerana nak bagi BRIM, bantuan anak sekolah RM 100 dan macam-macam bantuan lain lagi yang bernama 1Malaysia.
0 comments: