Saya
merujuk kepada kenyataan pemimpin pembangkang bahawa pemberian kontrak
pembekalan benih padi sah diberikan kepada syarikat yang tidak layak
seperti dakwaan YB Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini.
Semasa
penggulungan bajet semalam, saya menjawab tuduhan dari pembangkang
mengenai isu ini, Tender benih padi sah ini telah dibuat secara Tender
Terbuka dalam memastikan banyak pihak berpeluang melibatkan diri dan
bagi menjaga kualiti benih padi, kementerian telah menetapkan
syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi oleh petender. Syarat-syarat
tender adalah seperti berikut:
1-syarikat berstatus Bumiputera daripada Kementerian Kewangan.
2-mempunyai kod bidang 120201 (tanaman/benih semaian)
3-mempunyai kilang pemprosesan benih padi milik sendiri.
4-mempunyai mesin Indented Cylinder atau Optical Color Sorter iaitu mesin pengasing benih padi mengikut saiz.
Sehingga
tarikh akhir tender iaitu pada 29 Mac 2012 hanya 5 syarikat sahaja yang
memenuhi syarat tender termasuklah syarikat Seri Merbuk Sdn Bhd dan
S.M.Nor Sdn Bhd yang dituduh sebagai kroni kepada saya dan 3 lagi
syarikat adalah Kilang Beras Jelapang Selatan, Pertubuhan Peladang
Kawasan Lahar Bubu dan OBL Maju Sdn. Bhd.
Mengikut Peraturan Kewangan hanya syarikat yang memenuhi syarat tender sahaja yang layak dipertimbangkan. Walaubagaimanapun Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani beranggapan bahawa peluang harus diberikan supaya banyak syarikat mengambil bahagian.

Kementerian
telah memberi kelonggaran kepada syarikat yang berminat supaya memenuhi
syarat tender yang telah ditetapkan WALAUPUPUN TARIKH AKHIR TENDER
TELAH TAMAT dengan syarat semua kreteria dipenuhi SEBELUM Mesyuarat
Jawatankuasa Penilaian yang terdiri daripada Jawatankuasa Teknikal dan
Jawatankuasa Kewangan bermesyuarat.
Sebagai
contoh. Syarikat Felcra Plantation Services Sdn Bhd telah mengemukakan
Sijil Status Bumiputera kepada kementerian hanya pada 16 April 2012.
Ekoran
daripada kelonggaran yang diberikan oleh kementerian terdapat 5 lagi
syarikat telah memenuhi syarat tender iaitu Paddytech Resources Sdn Bhd,
Padi Pukal Parit 7 (Sekinchan) Sdn Bhd, PPK Puteri Saadong, FELCRA
Plantation Services Sdn Bhd dan Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn
Bhd. Ini telah menjadikan keseluruhan syarikat yang memenuhi syarat
tender adalah 10 syarikat.
Semasa
Mesyuarat Penilian dibuat didapati kesemua 10 syarikat tersebut telah
memenuhi syarat tender. Kementerian telah menetapkan kuota bekalan
(grading) adalah berdasarkan kepada kapasiti kilang syarikat dengan
tujuan untuk mengelakkan wujud kegiatan monopoli.
Sebagai contoh, kapasiti pengeluaran kilang Sri Merbok Sdn Bhd dan Hj Md.Nor Sdn Bhd adalah besar tetapi mereka tidak diberikan kuota yang sangat banyak sehingga menjejaskan syarikat lain.
Sebagai contoh, kapasiti pengeluaran kilang Sri Merbok Sdn Bhd dan Hj Md.Nor Sdn Bhd adalah besar tetapi mereka tidak diberikan kuota yang sangat banyak sehingga menjejaskan syarikat lain.
Saya
juga melihat isu kuota ini telah cuba dipolitikkan oleh pihak
pembangkang seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata
dan mungkin pihak pembangkang lebih suka sistem monopoli ini diteruskan.
Tuduhan bahawa pemberian tender ini diberikan kepada kroni adalah tidak benar kerana kementerian masih memberikan peluang untuk syarikat berminat memenuhi syarat tender walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, 10 syarikat telah diberikan peluang.

Terima Kasih
Datuk Seri Noh Omar
Chennai, India.
TQ :Pena Noh Omar & KLPOS
0 comments: