Suatu ketika dulu di Jepun tatkala zaman keperwiraan para samurai dan
ninja, sudah menjadi satu kebiasaan bagi golongan pahlawan tersebut
melakukan harakiri dengan menusuk pedang bagi merobek perut sendiri
bila mana gagal atau tewas dalam sesuatu pertempuran.
Malah dikalangan rakyat Jepun sendiri upacara harakiri juga seperti
sudah menjadi satu rutin bagi menebus kesalahan atau perasaan malu
yang dialami.
Di zaman moden ini, sukar dipastikan sama ada upacara tersebut masih
diamalkan atau sebaliknya, tapi rasanya kita di Malaysia mungkin buat
julung kalinya boleh meyaksikan demonstrasi harakiri itu dijalankan
secara langsung di depan mata kita.
Manakan tidak, jika dilihat pada nasib malang yang menimpa SUARAM yang
sudah berkali-kali terlondeh dan dilondehkan penipuan serta
propagandanya dalam isu pembelian kapal selam Scorpene, jelas sekali
tak tertanggung aib yang sedang membebani NGO itu.
SUARAM yang mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Umum PKR Anwar
Ibrahim, kelihatannya sudah terperosok di hujung penjuru. Propaganda
mereka dalam isu itu sudah disahkan adalah hanyalah satu penipuan
semata-mata.
Cubaan SUARAM untuk memesongkan khalayak kononnya wujud salah laku
rasuah dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene secara umumnya
telah menemui noktah apabila kenyataan rasmi dari pendakwa Kerajaan
Perancis, Yves Charpenel telah mengesahkan tiada perbicaraan
dijalankan berhubung isu tersebut.
Manakala sumber lain pula mengesahkan hingga kini tiada sapina
dikeluarkan terhadap mana-mana individu, jelas jauh berbeza dengan
gambaran persepsi negeatif yang cuba dicipta oleh SUARAM dalam
usahanya untuk mencalar imej Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.
Malah jumlah serta angka melibatkan wang rasuah juga sering berubah-
ubah dari EURO 114.96 juta (RM410.27 juta) kemudian berubah pula
menjadi USD 1 bilion (RM3.8 billion), menampakkan lagi isu tersebut
hanyalah rekaan sahaja.
Apa yang penting, kenyataan dari Yves Charpenel telah membuktikan
SUARAM adalah penipu paling besar di Malaysia. Patutlah begitu serasi
sekali NGO tersebut dengan mentornya, Anwar yang juga terkenal hebat
dalam bab tipu menipu khalayak.
Pilihan yang tinggal kini, sama ada NGO itu meneruskan saja
penipuannya sambil mengharapkan masih ada sisa-sisa keyakinan umum
terhadapnya ataupun jika masih memiliki secebis maruah eloklah menebus
kesalahan mengit gaya orang Jepun dengan segera melakukan upacara
harakiri.
TQ : Beruang Biru
0 comments: